Part 16 - Lepaskan

1.7K 74 0
                                    

"Morning kak Anis"

"Morning, awalnya bangun mimpi apa ni"

"Takde mimpi apa, saja sebab dah lama ika tak masuk dapur.  Dah berabuk skill memasak ni" jawab Rafika sambil berlalu semula ke dapur.

Terkejut Anis melihat Rafika yang sedang menyiapkan sarapan.  Di atas meja sudah terhidang nasi goreng dan roti bakar.

"Duduklah makan, tengok apa.  Nanti lambat" tegur Rafika bila melihat Anis hanya berdiri memandang makanan yang terhidang.

"Ika buat semua ni?"

"Haah"

Rafika lantas menuang air di dalam cawan yang dibawa bersama dari dapur tadi.

"Rajinnya, ika okay ke tak ni" tanya Anis sambil merasa dahi Rafika dengan belakang tangan.

"Apa kak anis ni, ika okay lah.  Makanlah sejuk nanti tak sedap" Rafika menepis tangan Anis.

Dia lantas menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan.  Satu untuknya dan satu lagi untuk Anis.  Selepas mengaminkan doa Rafika terus menyudu nasi goreng ke mulutnya.  Dia makan dengan berselera.

Perlahan-lahan Anis mencapai sudu kemudian nasi goreng disuap ke mulutnya.  Nasi dikunyah perlahan.  Mata masih kepada Rafika yang begitu berselera sekali.

"Kak Anis nak roti? Nak jem ke kaya?"

"Kak nis taknak roti, ika makanlah"

"Okay"

Rafika mencapai sekeping roti yang telah dibakar lalu menyapu jem strawberi di atasnya.  Habis sekeping roti dia menyambung makan nasi goreng yang masih belum habis di pinggannya.

"Kak Anis jangan risau, ika okay" bibirnya mengukir senyum kepada Anis.

"Bukan apa, kak nis cuma takut....."

"Takut ika jadi macam dulu" Rafika mencelah tanpa sempat Anis menghabiskan bicaranya.

"InsyaAllah, ika okay.  Ika dah boleh terima.  Ika akui, sebelum ni ika terlalu ikutkan perasaan.  Ika selalu kalah dengan emosi" diam seketika.

"Ika janji takkan buat kak Anis risau lagi. Ika tak nak kak Anis susah hati" Rafika memandang Anis.

"Ika sayang kak Anis, ika tahu selama ni ika banyak susah kan kak Anis.  Ika mintak maaf, ika..." Rafika memeluk Anis.  Dia mahu menangis tetapi ditahan kerana sudah berjanji tidak mahu mengikut perasaan.

"Jangan cakap macam tu ika.  Kak nis pun sayang ika.  Kak nis tak pernah rasa ika ni menyusahkan.  Ika tanggungjawab kak nis.  Ika tahu kan kak nis dah tak ada siapa-siapa.  Kak nis sayang ika jugak, sayang sangat" Anis sudah meleleh air mata.

"Alolo, jangan la nangis dah tak cantik dah kakak sayang ika ni.  Nanti Azam tengok muka macam ni malulah" Rafika mencubit-cubit pipi Anis.

"Ika lah ni, buat drama sinetron pepagi ni" kata Anis sambil mengelap air mata dengan belakang tangan.

"Eh! Ika pulak yang salah.  Hihihi sorry" Rafika ketawa melihat wajah sebek Anis.

*****

"Ika cepatlah, nanti kita dua-dua lambat" laung Anis dari luar.  Entah apa dibuat Rafika di dalam rumah belum keluar lagi.  Anis membelek jam di tangan.

"Kejap kejap" terkocoh-kocoh Rafika memakai kasut.

"Kunci pintu tu, raya lambat lagi.  Akak awak ni belum nak buat open house tau" pesan Anis.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now