Part 7 - Berikan Senyumanmu

1.6K 94 0
                                    

Effendi baru sahaja selesai melunaskan kewajipannya yang satu itu. Semasa keluar dari surau bahagian lelaki dia nampak susuk tubuh seseorang yang baru hendak memasuki surau bahagian wanita.

'Dah lewat macam ni tak balik lagi' dia berkata di dalam hati sambil melihat jam di tangan.

Kasut di rak dicapai, sengaja Effendi melambat-lambatkan pergerakannya. Dia mahu menunggu Rafika selesai solat. Dia mahu menghantar Rafika pulang. Kerana sudah waktu sebegini agak bahaya kiranya dibiarkan wanita itu pulang sendiri.

Tidak lama itu, Effendi terdengar pintu surau bahagian wanita dibuka dari dalam. Kelihatan Rafika keluar dari pintu itu. Shah Effendi lantas berdiri dan menghampiri wanita itu.

"Rafika....tak balik lagi" tegur Shah Effendi.

"Ya Allah...Astaghfirullah" Rafika yang membelakanginya tersentak lantas mengurut dada.

"Sorry....sorry, I buat you terkejut" tersengih Effendi atas ketelanjurannya menyebabkan wanita itu terkejut.

"Tuan, maaf tak perasan tadi. Itu yang terkejut. Tuan tak balik lagi" Rafika bertanya kembali menyembunyi debar.

"I tanya you, you tanya I balik" Effendi membalas tanya.

"Saya baru nak balik tuan. Tapi solat dulu, takut tak sempat nanti" jawab Rafika.

"Oh, samalah. I pun baru nak balik. Ni balik naik apa?" tanya Effendi lagi.

"Naik grab tuan. Okay tuan, saya balik dulu" Rafika mahu lekas pergi.

"Eh, tunggulah I. Kita naik lif sekali. I pun nak balik dah ni" Effendi menahan Rafika.

"Hah! Aa...ye tuan" Rafika berjalan perlahan menyaingi Effendi.

Sebaik masuk ke dalam lif, Rafika memeriksa telefon bimbitnya bagi menghilangkan debar di dada. Ada panggilan tidak dijawab dan pemanggilnya adalah Anis.

'Alamak, lupa nak inform kak Anis' Rafika berkata di dalam hati sambil tangan menepuk sedikit dahinya.

Effendi hanya memerhati Rafika membuat panggilan telefon.

"Assalamualaikum, kak nis. Sorry, ika lupa nak bagitau ika balik lewat sikit. Ya kak nis, ika nak balik dah pun. Naik grab. Belum, kejap lagi ika call grab. Rasanya ada je, sini grab banyak. Baik kak nis, ika ingat pesan kak nis tu. Ika hati-hati ye. Okay kak nis, ika nak letak dah ni. Assalamualaikum, bye" Rafika menamatkan panggilan setelah lif sampai ke tingkat bawah.

Telefon bimbitnya masih di tangan kerana selepas ini dia mahu membuat tempahan grab. Dia melangkah keluar dari lif mendahului Effendi.

Effendi menyusul selepas Rafika keluar dari perut lif. Tadi dia mencuri dengar panggilan telefon yang dibuat Rafika. Tahulah dia wanita itu membuat panggilan kepada Anis.

"You, tak payah call grab lah membazir je. Apa kata I tumpangkan you balik" Effendi memberi cadangan.

Langkah Rafika terhenti, dia menoleh kepada Effendi yang ditinggalkan di belakang tadi.

"Tak payah la tuan, buat susah tuan je. Lagipun dah lewat ni. Tuan mesti nak sampai rumah cepat" Rafika menolak hormat pelawaan Shah Effendi.

"Sebab dah lewat la I nak hantar you balik, bahaya kalau you balik sorang. Lagipun kalau I cepat sampai rumah pun bukannya ada yang tunggu, melainkan pintu rumah je. You ikut I balik ye" kata Effendi lagi

"Hah! Ikut tuan balik" Rafika beriak terkejut.

"Bukan! maksud I. You ikut dengan kereta I, then I hantar you balik rumah you" Effendi membetulkan kenyataannya.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now