Part 27 - Rapuh

1.5K 73 8
                                    

Tok! Tok! Tok!

"Ika, kak nis masuk ya" laung Anis dari luar pintu bilik Rafika.

"Masuklah, tak kunci pun pintunya" balas Rafika dari dalam biliknya.

"Buat apa tu?" tanya Anis yang kepalanya sudah terjengul dari sebalik pintu.

"Tak buat apa pun kak, tengah kemas buku-buku lama ni sikit" jawab Rafika.

"Ni sengih-sengih ni kenapa? Mesti ada apa-apa ni?" tebak Rafika bila melihat Anis tersenyum-senyum lain macam.

"Mana ada apa-apa" Anis melabuh duduk di barai katil Rafika.

"Err...Ika ada nak pergi mana-mana tak hari ni?" tanya Anis teragak-agak.

"Hari ni rasanya tak ke mana, kenapa? tanya Rafika semula.

"Jom keluar nak tak, kak nis nak beli baju. Dah tak ada baju nak pakai" jawab Anis sambil tersenyum.

"Tak ada baju! Kak Anis biar betul. Punya banyak baju dalam almari tu kak Anis cakap tak ada baju. Mmm, pelik" balas Rafika sambil memandang Anis sinis dengan sebelah tangan di dagu.

"Baju memanglah banyak. Tapi tak ada yang sesuai" balas Anis

"Cuba cakap betul-betul, kak Anis sebenarnya nak beli baju apa?" Rafika sedikit mendesak.

"Dia ni kan, tak bolehlah kak nis nak berahsia sikit" jawab Anis merajuk.

"Ok, nak rahsia sangat kan. Ika tak nak temankan beli baju" Rafika mengusik.

"Alaa...oklah, oklah. Azam jemput ke rumah mak ayah dia esok, katanya ada kenduri. Kenduri aqiqah dengan naik buai anak saudara dia" jelas Anis.

"Ooo....cakaplah siang-siang nak jumpa bakal mertua. ini tidak, banyak sangat simpangnya" Rafika mengusik lagi.

"Nak teman kak nis ke tak ni?" Anis pula mendesak.

"Mmm....nantilah ika pertimbangkan" balas Rafika bersahaja sambil tangannya sibuk menyusun buku-buku yang bersepah.

"Ika....janganlah macam ni. Tadi tanya kak nis dah jawab. Lepas tu tak nak temankan pulak. Boleh nak timbang-timbang pulak lagi!" Anis naik geram dengan Rafika.

"Aloloo....merajuk pulak kakak cayang ni, ika main-main aje lah. Jomlah ika temankan, nanti tak lawa pulak nak jumpa bakal mertua" usik Rafika lagi.

"Mengada ya, cubit nanti baru tahu" Anis acah-acah mahu mencubit Rafika.

"Dahlah, pergi siap sana. Kata nak keluar" Rafika menolak lembut badan Anis ke arah pintu biliknya.

"Ok, sekarang tau. Kak nis siap kejap" kata Anis dan berlalu keluar dari bilik Rafika.

Rafika senyum sambil menggeleng kepala melihat telatah Anis. Itulah manusia yang berdiri teguh di sisinya sepanjang lima tahun ini. Syukur tidak terhingga Rafika apabila Anis sudah membuka pintu hatinya menerima cinta. Paling tidak sangka bila yang berjaya mengetuk pintu hati Anis adalah Azam, kawan baik Effendi.

****

"Yang ni cantik tak ika?" Anis menayangkan sepasang kurung pahang berwarna biru lembut dengan bunga-bunga kecil berwarna kuning dan merah muda.

"Cantik! sesuai dengan kak Anis. Pergilah cuba dulu, tengok sesuai ke tak?" balas Rafika.

"Ok, tunggu kejap tau"

"Kak Anis, yang ni pun cantik cubalah sekali" Rafika menghulurkan sepasang baju kurung moden bercorak abstrak berwarna merah dan hitam.

Sambil menunggu Anis mencuba baju, Rafika berjalan-jalan sekitar butik melihat-lihat jika ada baju yang berkenan di hatinya kerana sudah lama juga dia tidak membeli baju kurung.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now