Part 39 - Permudahkanlah

2K 71 1
                                    

Rafika membuka matanya.  Terlihat suaminya di sisi sedang merenung ke arahnya.  Dengan senyuman manis yang penuh kasih sayang.  Senyuman dibalas senang.

'Tuhan, panjangkanlah mimpiku agar dapat aku mengecap bahagia menghapus rindu ini' doa Rafika di dalam hati.

"Lamanya sayang tidur, seronok tidur berlapik lengan abang"

Terbeliak mata Rafika mendengar suara di telinganya.

"Arggghhhhh!!!" jerit Rafika.

"Sayang, abanglah ni.  Hey" Effendi menarik Rafika dekat padanya.  Pucat muka isterinya.  Terkejut sangat agaknya dia.

"Macam mana awak masuk?" tanya Rafika takut-takut.  Kejung tubuhnya kerana terkejut.

"Malam semalam, sayang dah tidur.  Abang tak nak kejutkan" kata Effendi selamba.

"Owh, Anis yang bagi kunci" tambah Effendi bila melihat Rafika masih terpinga.

"Untuk apa awak datang, kan semalam..."

Belum sempat Rafika menyudahkan ayat bibirnya disambar Effendi sekilas menyebabkan Rafika semakin terkaku.

"Sorry sayang.  Semalam tu, bukan maksud abang pun.  Abang cuma nak ambil masa sikit je.  Tahu-tahu sayang dah lari.  Nasib baiklah lari tak jauh.  Kalau tak tak tahulah abang" jelas Effendi.

Rafika tunduk diam.

"Hei, kenapa diam je.  Cakaplah sayang"
kata Effendi bila Rafika diam agak lama.

"Pukul berapa dah ni.  Saya nak solat" kata Rafika terus bangun meninggalkan Effendi.

"Tunggu abang, kita solat sama" Effendi tidak berlengah sebaik Rafika keluar dari bilik air.

Ikutkan rasa hati mahu saja dia endahkan Effendi.  Dia tidak mahu diberi harapan palsu.  Mengharap pada yang tak sudi.  Namun bila diletak emosi ke tepi, Effendi masih suami yang wajib dipatuhi.

*****

Selepas berdoa dan diaminkan Rafika, Effendi mendekati Rafika.  Tangan lembut Rafika dicapai.

"Selamat hari raya sayang.  Abang minta maaf untuk segala salah silap abang pada sayang dari mula kita kenal hingga saat ini.  Untuk sayang tahu, sayang cinta mati abang.  Sejak abang berkeputusan memilih sayang menjadi suri hidup abang, abang dah berjanji hanya sayang yang berhak menghuni takhta hati abang.  Tidak pernah sekali pun abang berjaya membenci sayang, walau pernah terfikir.  Maafkan abang sayang.  Abang banyak kekurangan dan hanya sayang yang mampu menutup segala kekurangan abang.  Kalau sayang sudi bagi abang peluang lagi, abang janji tak akan sia-siakannya.  Sayang pelengkap hidup abang.  I love you sayang" tutur Effendi dalam sebak dan penuh mengharap.

Rafika diam dengan mata berkaca.  Wajah Effendi dipandang tidak percaya.

Effendi menanti dalam debar tindakbalas Rafika.

"Abang tak tipu sayang kan?" tanya Rafika.

Alhamdulillah, syukur Effendi di dalam hati.  Lega bila Rafika sudah memanggilnya 'abang' semula.

"Tak sayang.  Abang tak tipu. Abang sungguh-sungguh" kata Effendi meyakinkan.

"Tapi semalam...."

"Semalam tu bukan abang, itu orang lain" balas Effendi tanpa sempat Rafika menyudahkan.

"Sayang tak tahu nak cakap apa" kata Rafika perlahan.  Pandangan ditundukkan merenung tangan Effendi yang masih memegang tangannya.

"Sayang tak payah cakap apa-apa, sebab abang tahu apa yang ada dekat sini" kata Effendi menunjukkan ke dada Rafika.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now