Part 35 - Jika Benar Itu

1.5K 77 2
                                    

"Kita pergi klinik ya sayang" ajak Effendi memujuk.

Rafika hanya menggeleng dengan mata terpejam. Tangannya sentiasa dalam genggaman Effendi.

"Abang risau tengok sayang macam ni. Kita pergi kejap je" pujuk Effendi lagi.

"Taknak abang, sayang tak larat. Nak tidur je. Abang hantar sayang balik ya" Rafika membalas lembut masih pejam.

Nafas dihela perlahan. Rafika susah dipujuk kalau sebut pasal klinik. Dia lebih rela tidur dalam gelap di bawah katil.

"Okay, tapi balik rumah kita. Abang nak jaga sayang" Effendi tidak memberi pilihan.

Rafika diam tidak membantah. Dia hanya mahu baring dan memejamkan mata melayan sakit dan pusing di kepalanya.

Effendi menoleh Rafika yang lena di sebelah tempat duduk pemandu. Anis sudah dihubungi memaklumkan keberadaan dan kesihatan Rafika. Sakit jugalah telinganya tadi menadah soalan berganti-ganti seorang Anis. Anis sangat protective. Apa sahaja yang berkaitan Rafika sangat diberatkan. Begitu sayangnya Anis terhadap Rafika.

Tetapi tidak semuanya diberi maklum. Peristiwa yang berlaku tadi tidak dikhabarkan. Bimbang Anis terkejut.

Rafiq! Geram bila teringatkan lelaki itu. Kalau tidak memikirkan Rafika tadi, mahu lunyai Rafiq dikerjakan.

Tidak sangka Rafiq yang nampak baik pekertinya boleh bersikap seperti itu. Kasihan Rafika menjadi mangsa keadaan. Tindakan harus diambil, tetapi bukan sekarang. Keselesaan Rafika wajib diutamakan. Kemudian barulah hal yang satu lagi diselesaikan. Effendi tahu apa yang perlu dibuat.

*****

"Abang"

"Sayang dah bangun ada sakit kat mana-mana tak?" tanya Effendi lembut. Tadi dia melihat kesan lebam di lengan semasa baju Rafika ditukarkan.

Geleng sahaja.

"Sayang kat mana ni?" tanya Rafika melihat sekeliling.

"Rumah kita sayang, tak ingat ke?" jawab Effendi senyum.

"Oooh" hanya itu.

"Sakit kepala lagi?" tanya Effendi bila Rafika sedikit meringis sambil memegang kepalanya.

"Tak, pening sikit je" balas Rafika.

"Abang ada masakkan bubur. Sayang makan ya. Perut tu dah kosong sangat dah kan. Dari tengahari tak makan apa-apa" kata Effendi.

Kepala diangguk. Effendi lega, sekurang-kurangnya yang ini dia setuju.

"Pandai abang masak. Sedap" puji Rafika.

"Abang tanya pakcik google" Effendi menayang sengih. Demi Rafika dia sanggup berperang di dapur hanya untuk semangkuk bubur.

"Taknak dah" tolak Rafika, cukuplah untuk mengalas. Perutnya sebu. Tekaknya perit. Kepalanya berpusing.

"Sikit sangat sayang makan. Tak sedap ke?" Effendi gusar.

"Abang masak sedap. Cuma sayang tak larat dah" balas Rafika.

Effendi tidak mahu memaksa. Kasihannya jatuh di pandang Rafika.

"Abang simpan dulu. Nanti boleh sambung makan lagi" senyum Effendi.

Rafika mahu baring sahaja. Tetapi bila diingatkan tunai yang satu belum lunas. Dia bangun semula dari pembaringan.

"Eh, nak pergi mana?" Effendi cuak.

"Solat" ringkas jawapannya.

"Oooo okay, jom abang pimpin" Effendi turut bangun lantas tangan Rafika dipaut.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now