Part 32 - Menahan Rindu

1.5K 75 2
                                    

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam! Eh, awal balik kenapa tak call, boleh kak nis jemput" kata Anis sambil melirik kepada jam di dinding yang baru menginjak ke jam 6.30 petang.

"Takpelah, ika tak nak susahkan kak Anis. Mana tahu entah kak Anis keluar dengan Azam ke? Nanti kacau daun pulak" balas Rafika bergurau.

"Nak kena cubit ke? Biasa sangat tu mengata kak nis" Anis mengacah mahu mencapai lengan Rafika namun dielak sambil terkekeh tawanya.

"Ika naik dulu, nak mandi nak solat. Penatlah" laju kaki Rafika melangkah memanjat anak-anak tangga menuju biliknya.

"Nanti turun, makan. Kak nis dah siap masak" pesan Anis.

Hanya aggukan dan isyarat tangan dari Rafika.

*****

"Kak Anis masak apa?" tanya Rafika sebaik turun setelah selesai mandi dan solat.

"Eh! Turun dah. Jom makan, kak nis masak your favorite, gulai lemak nenas dengan ikan masin" kata Anis sambil bangun menuju ke meja makan.

"Wah! Sedapnya, gulai lemak nenas ikan masin. Tak sabar nak makan" kata Rafika memghidu hidangan di atas meja sampai terpejam mata.

"Dah tu, duduklah boleh makan" balas Anis sambil menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada Rafika yang telah melabuh duduk.

Suasana agak senyap seketika kerana masing-masing asyik menikmati juadah makan malam mereka hari itu.

"Macam mana kerja, okay" tanya Anis sambil makan setelah agak lama keduanya senyap.

"Okay je, macam biasa" balas Rafika.

"Baguslah. Suami awak macam mana pulak" tanya Anis lagi.

Pertanyaan itu, membuatkan Rafika terhenti.

"Macam biasa je. Err...kenapa?" tanya Rafika semula.

"Saja tanya" ringkas Anis menjawab.

"Saja? Macam ada apa-apa je. Kalau kak Anis nak tanya apa-apa tanya je. Ika okaylah" balas Rafika senyum.

"Kak nis suka tengok ika macam ni. Ceria, gembira" Anis berkata sambil tunak memandang Rafika.

Rafika panggung kepala sambil menanti bicara Anis seterusnya.

"Ika betul-betul dah terima Effendi semula?" tanya Anis perlahan.

Rafika memandang seketika wajah Anis sebelum tersenyum sambil mengangguk perlahan.

"Ika dah buat keputusan untuk meneruskan hubungan dengan Effendi. Ika dah sedia terima apa saja kemungkinan yang berlaku selepas ni" jawab Rafika tenang.

"Maksud Ika?" tanya Anis tidak faham dengan jawapan Rafika.

"Maksud ika jelas, ika mahu kembali bersama Effendi. Ika tahu status Effendi. Ika tahu Ika kena berkongsi kasih Effendi dengan orang lain. Tapi ika tak rasa ika merampas hak sesiapa. Macam ika cakap tadi, ika bersedia dengan segala kemungkinan. Sampai masanya nanti hubungan kami ni mesti dimaklumkan pada keluarga. Biarlah Effendi saja yang buat keputusan sama ada masih mahu kekalkan ika sebagai isteri atau sebaliknya. Ika akan redha dan pasrah" jelas Rafika panjang lebar.

Pelik, tiada langsung rasa sedih di hatinya. Tiada langsung rasa gundah gelisah. Malah dia lebih tenang. Mungkin redha adalah kunci utama kepada keresahannya selama ini.

Anis sungging senyum. 'Ternyatalah Rafika masih belum tahu tentang status Effendi yang sebenar. Biarlah, Effendi pasti punya alasan sendiri'

"Harini tak keluar dengan suami ke?" tanya Anis.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now