Part 5 - Sakitnya Rindu

1.7K 83 0
                                    

"Apa katanya?" Effendi menyoal sebaik saja kenderaan mereka bergerak.

"Huissh, kot ye pun sabarlah. Bawak bertenang. Kita berhenti mana-mana kedai, makan dulu isi perut. Lepas tu aku story. Lapar ni" kata Azam sambil menggosok-gosok perutnya.

"Baru tadi kau makan kan. Lapar apanya lagi" balas Effendi.

"Hello, tadi tu pukul berapa. Sekarang ni dah pukul berapa. Cuba kau tengok jam kau tu. Lagipun aku kalau banyak fikir kena banyak makan. Kalau tidak, otak aku tak boleh mencerna" Azam menyimpan senyum melihatkan Effendi yang sudah tidak sabar itu.

"Banyak lah engkau punya cerna" Effendi membuang pandangan ke luar. Diikutkan saja kemahuan Azam, walau hatinya mendesak ingin tahu.

Pagi tadi sepatutnya dia mendengar taklimat daripada encik Nazri berkenaan projek yang sedang berjalan di Cyberjaya. Dia tahu Rafika adalah salah seorang yang terlibat dengan projek itu.

Tetapi dia hairan bila Rafika tidak ada bersama pasukan itu. Sengaja dia membacakan nama-nama ahli pasukan untuk projek itu. Terkejut dia bila encik Nazri memaklumkan Rafika tidak hadir hari ini kerana tidak sihat. Taklimat yang sepatutnya berlangsung selama satu jam, dipendekkan menjadi setengah jam sahaja. Itu pun sudah cukup lama dirasakan oleh Effendi. Otaknya tidak dapat menerima satu pun perkara yang dibentangkan oleh encik Nazri berkenaan projek itu.
Hanya Rafika di fikirannya.

Selepas menamatkan sessi taklimat itu. Lekas-lekas dia menghubungi Azam, hingga Azam terpaksa membawanya ke rumah sewa Rafika. Dapat dia melihat Rafika yang turun dari kereta ketika dia sampai tadi. Wajah sugul dan pucat Rafika menjentik tangkai hatinya. Sakitkah Rafika?

"Erkkkk....Alhamdulillah" Azam sendawa selepas habis sepinggan nasi.

Effendi menunggu dengan penuh sabar sehingga Azam menghabiskan makanannya.

"Nah" Azam menghulurkan sekeping kertas kepada Effendi.

"Apa ni?" Effendi mengambil kertas itu. Dia melihat di atasnya tertulis perkataan 'Sijil Cuti Sakit' dan tertera nama Rafika sebagai pesakit.

"Cuti sakit sampai dua hari, sakit apa? Teruk sangat ke sakitnya" sengaja Effendi bertanya. Bukan dia tidak nampak semasa mereka sampai ke rumah sewa Rafika tadi.

"Kalau dah doktor bagi cuti, maknanya sakitlah. Kau bukan doktor kan" balas Azam sinis.

"Tadi tu kawan dia, namanya Anis. Apa yang aku tahu mereka tinggal berdua je dalam rumah tu. Maknanya, Rafika belum kahwin dan cik Anis yang comel tadi pun belum kahwin. Aku harap si Anis tu belum berpunya jugak, sebab aku nak try, hihihi" tersengih-sengih Azam menyebut nama Anis.

"Alamak, aku lupa la nak mintak nombor telefon cik Anis tadi, aduh. Fendi, lepas ni kita pergi balik rumah Rafika, aku nak ambik nombor telefon cik Anis. Nanti kalau apa-apa hal senang" Azam menepuk sedikit tangan Effendi.

Effendi diam, dia tidak terkejut. Mana mungkin Rafika berkahwin, sedangkan dia tidak pernah melafazkan talak. Apa yang dijelaskan Azam tadi tidak cukup baginya. Dia mahukan lagi. Dia mahu tahu banyak lagi tentang Rafika. Rasanya cadangan Azam mendapatkan nombor telefon Anis boleh membuka jalan kepadanya.

*****

"Hei, kenapa tak makan lagi ni. Tak berusik pun nasi dalam pinggan tu" Anis yang baru selesai solat zohor menegur Rafika.

"Ika takde selera lah kak, mulut ni rasa pahit je" jawab Rafika hingga berkerut dahinya.

"Orang demam memang lah macam tu, tapi awak kena makan jugak, sebab nak makan ubat" arah Anis.

Anis memandang kasihan wajah itu. Dilihatnya Rafika hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggan, tidak sesuap pun dijamah.

"Ika" panggil Anis

Rafika mendongak bila terdengar namanya disebut.

"Ika ada apa-apa nak cerita pada kak nis ke?" tanya Anis.

Rafika mengeluh, tidak tahu dari mana nak dimulakan. Dia berbelah bahagi. Hatinya mahu berkongsi, tapi otaknya melarang. Rafika tidak mahu membebankan Anis lagi. Dia tidak mahu menyusahkan Anis macam dulu lagi. Tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu sembunyikan apa-apa dari Anis. Anis berhak tahu segalanya.

"Kak Anis" Rafika akhirnya membuka mulut, menceritakan segalanya pada Anis. Tentang pertemuannya dengan Effendi kelmarin.

"Ika masih sayangkan dia ke?" tanya Anis.

Rafika memandang wajah Anis lama. Terdengar keluhan kecil dari bibir Rafika. Kemudian dia menggelengkan kepalanya.

"Tak, ika dah tak nak ingat. Ika takut sakit" bergenang kolam matanya.

"Kalau macam tu tak perlu ingat okay. Buat tak tau je. Ika buat je kerja macam biasa. Lagipun dia tu bos besar, sentiasa sibuk. Ika takkan selalu jumpa dia pun, ye tak" Anis cuba menenangkan Rafika.

"Ika rasa nak berhenti kerja lah kak" Rafika menyatakan keputusannya.

"Laaa.....kenapa sampai nak berhenti pulak. Tadi ika cakap dia macam tak kenal ika kan. So, buat tak tau je lah" Anis membantah keputusan Rafika.

"Sampai bila kak Anis. Dia mungkin tak ingat ika. Tapi ika ingat dia. Ika tak cukup kuat kak. Ika tak cukup kuat untuk benci dia" akhirnya kolam air matanya pecah lagi.

Anis terus memeluk Rafika, cuba menyalurkan kekuatan. Tabahlah Rafika, jika ini ujian yang harus kau lalui. Tabahlah menempuhnya. Anis juga turut mengalirkan air mata. Tidak tahan dia mendengar tangisan Rafika. Raungan Rafika semakin kuat. Anis tahu jiwa Rafika sedang tertekan. Hanya kata sabar yang mampu diberikan kepada Rafika.

Hari ini masuk hari ketiga Rafika tidak ke pejabat. Dua hari dia mendapat cuti sakit. Hari ini, dia menyambung cuti rehat pula. Dia sudah sihat, tetapi belum bersedia untuk ke pejabat. Dia perlu rehat satu hari lagi. Pagi-pagi lagi Rafika sudah menghubungi Haida untuk memberitahu tentang ketidakhadirannya hari ini. Dia meminta Haida memaklumkan ke Bahagian Human Resource.

Hari ini tinggal Rafika seorang di rumah. Anis sudah dihalau ke tempat kerja. Selama dua hari Rafika tidak sihat, Anis juga turut bercuti. Tidak mahu meninggalkan Rafika seorang di rumah katanya.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Rafika bersiap ala kadar. Dia mahu ke kedai. Membeli sedikit barang basah untuk menambah barang sedia ada di rumah.

Semasa hendak keluar dari rumah. Dia ternampak sebuah kereta Honda City berwarna hitam di seberang jalan rumahnya. Seingatnya malam semalam semasa hendak menutup pintu rumah, kereta yang sama juga di situ. Ah! Biarlah. Saudara makcik Hasnah sebelah rumah agaknya.

Rafika ke kedai berjalan kaki. Kedai itu tidaklah jauh mana, dalam dua ratus meter sahaja dari rumahnya. Sewaktu dia balik dari kedai. Dia nampak kereta yang sama datang dari arah bertentangan. Dia mempercepatkan langkahnya. Sampai di rumah, lekas sahaja dia masuk dan mengunci pintu. Dia melihat kereta itu dari dalam rumah. Kereta itu dipandu perlahan bila tiba di hadapan rumahnya. Kemudian meluncur pergi dengan laju.

Rafika berasa tidak sedap. Dia tertanya-tanya di dalam hati. Siapa orang itu, apa mahunya?

....TBC

Terima kasih kerana sudi membaca tulisan yang tak seberapa ini. Please vote tanda sokongan dan don't forget to drop your comment yang membina
😉😉😉

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now