Part 33 - Resah Hatiku

1.5K 83 1
                                    

Laju kaki Rafika melangkah menuruni anak tangga.  Terasa jauh pula untuk sampai ke bawah walaupun rumah sewanya itu hanya dua tingkat sahaja.

Belum sempat dia membuka mulut, sang tetamu terlebih dahulu menerpa ke arahnya.

"Hai sayang"

"Abang buat apa ni? Pukul berapa dah ni? Kenapa abang ada dekat sini?" turun naik nafas Rafika bertanya.

"Sabar sayang, jangan marah-marah.  Jiran-jiran tengah tidur tu" kata Effendi menenangkan Rafika.

"Tahu pun orang semua tengah tidur.  Yang abang tu tengah malam buta macam ni datang sini kenapa?" Rafika semakin tidak tenang.  Hilang melayang kesabarannya bila Effendi yang sepatutnya berada di Pulau Pinang ketika ini, tiba-tiba muncul di hadapannya.

"Janganlah marah, abang rindu sayang.  Sakit dada ni rindu kat sayang" Effendi menepuk-nepuk dadanya.

"Abang ni kenapa haa? Nak bagi sayang mati terkejut ke? Bukan budak kecil nak  buat perangai macam ni" marah Rafika lagi.

"Sayang...." Rafika tidak membalas.

"Sayang....." panggil Effendi lagi.

Masih diam.

"Takpelah, abang pergi dulu.  Maaf ganggu waktu tidur sayang" Effendi sudah berura hendak berlalu masuk ke keretanya. 

Penat memandu dari Pulau Pinang belum hilang.  Sampai sahaja dapat habuan marah dari isterinya lagi.

Belum sempat Effendi masuk ke dalam kereta.  Lengannya ditarik sedikit.  Lantas tangan kanannya Rafika capai dan dikucup lembut.

Sejuk sedikit hatinya biarpun masih sedikit terasa dengan sergahan Rafika tadi.  Tetapi salahnya juga kerana terlampau mengikut perasaan sehingga membuat kerja gila memandu dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur hanya kerana mahu melihat wajah isterinya.

"Abang dah makan?" Rafika bertanya lembut.  Tidak sampai hati melihat wajah mendung Effendi tadi.

Hanya gelengan diterima sebagai jawapan.

"Kenapa tak makan?" tanya Rafika lagi.

Effendi senyum sahaja.

"Jomlah, sayang temankan abang makan.  Rehat sekejap sebelum abang ke Penang balik" kata Rafika tenang.

"Takpelah, abang dah nak balik dah ni.  Sayang masuklah. Kesian sayang mesti mengantuk" Effendi menolak cadang Rafika.

"Abang merajuk ke?" tanya Rafika.  Wajah Effendi ditatap mencari jawapan.

Geleng lagi.

"Sorry, sayang terkejut tadi.  Tiba-tiba je abang ada kat sini.  Drive jauh-jauh malam-malam macam ni.  Baru je sampai sana tadi kan" lembut sahaja Rafika menjelas mahu Effendi memahami.

"Takpe, abang faham.  Abang yang salah buat sayang susah hati.  Dahlah, sayang masuklah" Effendi menolak lembut tubuh Rafika membelakanginya.

Rafika memalingkan semula tubuhnya menghadap Effendi.  Wajah suaminya ditatap sambil tangannya naik menyentuh pipi Effendi.

"Abang rindu sangat ke dengan sayang?" tanya Rafika.

"Rindu.....sangat" jawab Effendi dalam suara yang tersekat sedikit sebak.  Entah kenapa.  Tangan Rafika yang menyentuh pipinya dicapai.  Dikucup dan digenggam erat tangan itu menyalurkan rasa rindu.

'Alahai suami. Jangan bagi isterimu ini touching boleh tak?'

Terasa bersalah memarahi Effendi tadi.  Sedangkan sang suami sanggup menempuh perjalanan yang jauh hanya kerana rindu padanya.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now