Part 41 - Ku Bersyukur

2.1K 98 10
                                    

"Dia lena dah, pi lah rehat fendi.  Penat bawak kereta tadi pun belum hilang apa" suruh Puan Arfah.

"Terima kasih ibu, saya okay je tak apa" balas Effendi perlahan-lahan tangan yang di dalam genggaman Rafika ditarik lepas.

"Ija, pi ambik kain tola bagi fendi kot dia nak mandi.  Mandi na fendi boleh bagi segaq sikit badan tu" kata Puan Arfah lagi.

"Takpelah ibu, jangan susah-susah" Effendi serba salah.

"Tak dak susah haih.  Ni ibu nak pi masak, satgi hang sudah mandi boleh kita makan.  Lapaq apa dah perut tu" Puan Arfah bangun dan berlalu meninggalkan Effendi yang tidak sempat menegah.

Melihatkan Rafika yang masih lena, Effendi lantas bangun perlahan meninggalkan bilik.  Dilihat Encik Razman duduk sedang duduk di kerusi memandang jauh ke luar tingkap.  Baru dia berniat hendak menghampiri terdengar orang memberi salam.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam, Razif"

Razif baru sampai bersama isteri dan dua anaknya.

"Fendi" Razif terkejut dengan apa yang dilihat.  Tetapi bibirnya menguntum senyum sambil memandang isterinya Maiza di sebelah.

"Bang ngah sampai dah" sahut Rafiza yang baru keluar dari bilik dengan sehelai tuala di tangan.

"Baru kak chaq" jawab Razif.

"Fendi, nah tuala.  Pi lah mandi, dalam bilik tadi ada bilik ayaq, pi lah" kata Rafiza.

"Terima kasih" Effendi menyambut tuala yang diberi Rafiza.  Dalam keretanya ada segala perkakasan tetapi tidak perlu lagi rasanya dibawa keluar.  Sekejap lagi mungkin mereka akan beredar dari rumah tersebut.

"Okay ke?" tanya Razif perlahan bila melihat ayahnya masih tidak mempedulikan kepulangan mereka.

Effendi hanya menjongket bahu.

"Takpe, kejap lagi okaylah tu" Razif menepuk bahu Effendi sebelum berlalu mendekati ayahnya.

"Ayah.  Selamat hari raya, bang ngah minta maaf zahir dan batin.  Ayah sihat ka?" Razif menyalam ayahnya yang masih diam hanya memandang ke arah cucu-cucunya.

"Alhamdulillah" jawab Encik Razman.

Maiza pula mengambil giliran bersalam dan terus meminta diri ke dapur bertemu ibu mentuanya.

"Aina Rafika, mai kat tokwan" Encik Razman menyebut nama penuh cucunya.

Laju si kecil mendekati lantas memeluk tubuh tua itu.  Effendi dapat melihat ayah mentuanya mencium senang cucunya namun sempat menyeka mata yang mungkin berair.  Sebak dia melihat.

"Assalamualaikum"

"Ada orang mai tu" kata Encik Razman kepada Razif.

"Sat bang ngah pi tengok" Razif segera melihat.  Effendi mengekori di belakang kerana suara yang memberi salam seakan biasa didengar.

"Waalaikumsalam" jawab Razif melihat tetamu kemudian menoleh ke arah Effendi yang mengekorinya tadi.

"Abah, mak!" terkejut Effendi dengan kehadiran kedua orang tuanya.

"Pakcik makcik, jemput naik" kata Razif mengalu kedatangan tetamu jauh sambil menghulur tangan.

Encik Roslan senyum mengangguk diikuti Puan Khairani.

"Sapa mai bang ngah?" tanya Puan Arfah.

"Tetamu dari jauh ibu" kata Razif menjawab Puan Arfah sambil memandang Encik Razman yang sudah bangun ingin melihat tetamu yang dikata Razif.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now