Part 25 - Sayang Atau Benci

1.5K 90 7
                                    

"Ika ada pergi mana-mana ke hari ni?" tanya Anis semasa mereka sedang sarapan.

"Pagi kat office je. Petang ada meeting and site visit kat cyber. Kenapa kak?" tanya Rafika semula.

"Ika pergi sendiri ke?" tanya Anis lagi.

"Taklah, ika pergi dengan Encik Rafiq" jawab Rafika jujur.

"Ooo...Encik Rafiq tu bos baru yang ika cakap hari tu ke?" tanya Anis lagi.

"Haah, sekarang ni projek kat cyber banyak dia yang handle termasuklah yang ika kena pergi meeting harini ni. Tu yang ika pergi dengan dia" terang Rafika lagi.

"Err....pergi berdua je ke?" Anis cuba mencungkil.

"Eh taklah, satu pejabat pergi termasuk pakcik guard" jawab Rafika menyindir.

"Ooo...." Anis mengangguk sedang Rafika dah tersengih-sengih.

"Rafikaaaa...." jerit Anis tiba-tiba.

"Apa? Kak anis nak air, tolong tuangkan jap" balas Rafika selamba sambil menghulur cawan.

"Ika kenakan kak nis kan, biasa sangat ni dah pandai loyar buruk" rungut Anis sambil menampar perlahan bahu Rafika.

"Kak Anis tu banyak tanya sangat dah macam polis pencen. Dah kenapa kak Anis pelik sangat hari ni. Selalu tak ada pun kak nis tanya macam tu" jelas Rafika sambil ketawa terkekeh.

"Tak boleh ke kalau kak nis tanya, salah" balas Anis sambil menuangkan air ke dalam cawan kosong Rafika.

"Salah tu tidak tapi pelik" balas Rafika pula.

"Apa yang peliknya, ke ika ada sorok apa-apa dari kak nis ni" sengaja Anis menduga.

"Ika pulak, mana ada!" sangkal Rafika.

"Betul ni takde, dengar cerita Encik Rafiq tu handsome, single pulak tu" tebak Anis.

Cawan yang baru hendak dibawa ke mulut Rafika letak perlahan. Wajah Anis ditenung dalam. Lama dia diam tanpa Anis perasan.

"Kak Anis" panggil Rafika.

"Mmm" Anis mendongak memandang Rafika. Air muka Rafika berubah. Anis baru sedar ketelanjuran bicaranya.

"Ika, kak nis......" Anis menyentuh tangan Rafika.

"Kak Anis ada terfikir ke ika akan buat benda tak elok atau kak Anis rasa ika dah lupa siapa ika, status ika" kata Rafika sayu.

"Kak nis gurau je ika. Tak terfikir langsung nak menuduh. Kak nis kenal adik akak takkan buat perkara tak elok. Kak nis tak maksud apa-apa pun. Ika jangan salah faham" jelas Anis tapi Rafika hanya diam.

"Ika...." diam Rafika buat Anis gusar.

"Hmmm....takde apalah. Jom kak, nanti lambat, ika tunggu kat luar ya" Rafika senyum hambar.

Anis hanya mampu melihat Rafika bangun mengangkat cawan yang digunakan ke dapur.

"Balik nanti kak nis ambik ya" tawar Anis sebaik keretanya berhenti berhampiran tempat kerja Rafika.

"Takpelah kak, ika balik sendiri je. Takut balik lambat. Tak pun ika suruh Encik Rafiq hantarkan nanti" Rafika menolak, namun sengaja menekan nama Rafiq di situ.

"Oklah kalau macam tu, kak nis pergi dulu ya. Jaga diri, apa-apa call kak nis" pesanan Anis masih seperti selalu biarpun wajah Rafika jelas mendung.

Anis melihat Rafika turun dari kereta dan berjalan terus ke pintu masuk bangunan tempat dia bekerja.

"Apa kau dah buat ni Anis? Kalau budak tu merajuk macam mana? Kena bagitahu Fendi ke ni hah? Alamak! Tiba-tiba yang aku jadi bengap ni apahal. Hishhh, ni semua si Fendi punya pasal. Aku tak kira Fendi, baik kau settle kan cepat hal kau dengan Ika. Tengok, tak memasal aku terjebak" Anis merungut sendiri.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now