Part 21 - Terusik Rasa

1.8K 89 15
                                    

"Assalamualaikum" sapa Anis sebaik melangkah masuk ke rumah.

"Waalaikumussalam" jawab Rafika.

"Hai adik awal awak balik hari ni siap bersantai-santai lagi" tegur Anis sambil melirik kepada jam di dinding.  Dilabuhkan duduknya di sebelah Rafika yang sedang bersila di sofa menghadap televisyen.

"Hmmm" ringkas Rafika membalas.

"Kenapa ni, tak sihat ke?" tanya Anis sambil tangannya dinaikkan ke dahi Rafika.

"Takda apa, ika sihat je" balas Rafika sambil menepis lembut tangan Anis.

Anis diam sambil memandang lama wajah Rafika di sebelahnya.  Seperti ada yang tidak kena dengan emosi Rafika pada ketika ini menurut pengamatannya.

"Jom makan kak, ika dah masak" ajak Rafika sambil bangun menuju ke meja makan.

"Kak nis kenyang lagi lah ika, tadi sebelum balik kak nis makan dengan Azam" tolak Anis.

"Ooo ya ke. Tak apalah kalau macam tu"  balas Rafika sedikit perlahan jadi langkahnya.

"Err....ika masak apa?" Anis bertanya sambil menurut langkah Rafika.

"Masak gulai lemak ikan merah dengan pucuk paku goreng belacan" jawab Rafika lemah.

"Wah!! Sedapnya, terliur kak nis.  Ish! Tak jadi ni, kak nis naik mandi dan solat kejap.  Lepas tu kita makan sama ya" kata Anis cuba mengambil semula hati Rafika.

"Okay, ika siapkan meja" Rafika teruja bila Anis mahu makan bersamanya.

"Okay, tunggu tau jangan makan dulu" Anis lekas berlalu meninggalkan Rafika.  Lega sedikit hatinya bila Rafika senyum.

*****

"Ika buat apa lagi tu?" tanya Anis sebaik menjenguk ke dapur.

"Eh! Dah sudah.  Jap ika nak senduk gulai dalam mangkuk.  Ika panaskan sikit, baru sedap nak makan nanti" balas Rafika sedang tangannya lincah melakukan kerja.

"Sini kak nis tolong angkat mangkuknya" Anis menawarkan diri membantu.

"Erkkk....Alhamdulillah, oooppss" Anis melepas sendawa tanpa sempat menutup mulut.

"Eiii tak senonohlah" Rafika ketawa melihat Anis.

"Hehe....sorry.  Itulah, ika masak sedap sangat.  Double kenyang dah ni, esok kena start dietlah kalau macam ni selalu" balas Anis sambil menepuk-nepuk perutnya perlahan.

"Eh! Tak payah angkat, biar ika buat semua" Rafika menegah bila Anis ingin mengemas pinggan di meja.

"Tak apalah kak nis tolong" bantah Anis.

"Dah dah tak payah, kak anis pergi duduk depan sana biar ika kemas semua ni" balas Rafika sambil menolak Anis jauh dari meja.

Anis akur tapi hatinya kian resah.  Rafika kalau sudah mula menyibukkan diri pasti ada sesuatu yang menggangu fikirannya.


"Nah! Untuk kak anis" Rafika menghulur sepiring puding karamel di hadapan Anis setelah selesai mengemas.

"Wah! Sempat buat dessert.  Kalau macam ni hari-hari makin gemuklah akak.  Ika ni kejamlah" kata Anis namun piring dari tangan Rafika tetap disambut.

"Hmmm, sedapnya.  Sejuk je masuk ke tekak" bersungguh Anis menggambarkan kesedapan puding yang dibuat Rafika sambil memejam mata.

"Mengada je kak anis ni kan?  Bukan tak biasa makan puding karamel yang ika buat" Rafika tertawa kecil melihat reaksi Anis.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now