Part 4 - Masih Terasa

1.6K 93 0
                                    

"Abang...anak kita bang, dia pergi bang, anak kita pergi bang.  Abang...abang nak pergi mana...abang...tolong....jangan tinggalkan sayang...abang....abang kat mana....sayang takut abang...jangan tinggalkan sayang sorang-sorang.  Ibu....ayah...ika takut"

"Ika...ika...Rafika...bangun....ika....hei" Anis menepuk-nepuk pipi Rafika.

Tekaknya rasa haus jadi dia mahu ke dapur untuk membasahkan tekak.  Semasa lalu di hadapan bilik Rafika.  Anis terdengar Rafika menjerit meracau.  Terus dia menerpa mendapatkan Rafika.

"Ika...mimpi lagi" Anis menepuk lembut belakang Rafika menyalurkan semangat.

Rafika di dalam pelukan Anis mengangguk-angguk.

"Kak Anis....ika sakit....sakit sangat" Rafika bersuara perlahan.

"Kenapa ni mmm...dah lama ika tak macam ni.  Cuba cerita pada kak nis" tanya Anis kerana sudah lama Rafika tidak meracau dalam tidur begitu.

"Kak Anis, kenapa semua orang tinggalkan ika...semua orang benci ika ke...anak ika pun tinggalkan ika...dia pun tak suka ika" Rafika menggogoi dalam pelukan Anis.

"Shhhh...jangan cakap macam tu.  Kak nis ada kak nis tak tinggal ika.  Kak nis sayang ika kan" pujuk Anis.

"Kak Anis...kenapa tuhan tak ambik ika sekali.  Kenapa dia ambik anak ika je" Rafika menangis lagi.

"Allahu...Rafika, jangan macam ni.  Mengucap dik, ingat tuhan.  Jangan menidakkan takdir sayang." Anis seperti mahu menangis melihat Rafika begitu.

"Ika dah penat...ika dah tak larat"

"Shhh....dah...dah.  Ika tidur dulu.  Kak nis temankan ye.  Esok ika ceritakan semuanya pada kak nis, okay.  Dah tidur"

Anis membaringkan tubuh Rafika.  Dia turut baring di sisi Rafika.  Sisa air mata di pipi Rafika disapu.  Di tepuk perlahan lengan Rafika supaya tidur.  Dilihatnya Rafika sudah memejamkan mata. 

Sudah lebih lima tahun Rafika tinggal bersamanya.  Dulu mereka tinggal di rumah sewa di Gombak.  Tapi bila dia mendapat kerja baru di Damansara.  Mereka berpindah menyewa di rumah yang baru ini.

Wajah Rafika yang penuh duka ditatap.  Hilang hausnya tadi entah ke mana.  Kasihan sungguh Anis pada Rafika.  Baginya liku hidup yang terpaksa ditempuh Rafika sangat berat bagi seorang gadis semuda itu.  Entah bila, Anis turut terlelap di sisi Rafika

"Assalamualaikum, morning.  Dah bangun.  Kak nis dah sediakan sarapan, nanti ika makan tau.  Ika demam, hari ni tak payah pergi kerja.  Kak nis telefon  pejabat bagitahu ika tak kerja harini.  Kak nis nak pergi pejabat kejap, nak uruskan apa yang patut.  Tengahari nanti kak nis balik.  Ika mandi dulu, then makan, okay.  Kak nis pergi dulu" becok mulut Anis meninggalkan pesanan.

Rafika yang baru terjaga terpisat-pisat memandang Anis.  Kepalanya terasa berat mungkin kesan menangis semalam.

"Ika okay tak ni.  Boleh bangun tak" Anis risau melihat wajah Rafika yang pucat.

"Ika okay kak, cuma pening sikit" jawab Rafika sambil memegang kepala.

"Ika baringlah dulu.  Karang rasa okay sikit baru bangun mandi.  Kak nis pergi office kejap.  Jap lagi kak nis balik kita pergi klinik ye" kata Anis sambil merasa dahi Rafika dengan belakang tangannya.

"Ika okay lah kak, sikit je ni.  Tak payah la pergi klinik" dalih Rafika.  Dia tidak mahu menyusahkan Anis.  Dapat tinggal serumah dengan Anis saja sudah seribu rahmat baginya.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now