Part 36 - Ku Mohon

1.5K 74 6
                                    

"Kak Anis, lupalah nak bagitahu" kata Rafika semasa mereka sedang berehat-rehat selepas makan malam.

"Mmm apa dia yang lupa sangat tu" balas Anis.

"Isnin ni kan puasa, minggu depan hari sabtu abang ngah jemput ke rumah dia.  Buka puasa sama-sama" beritahu Rafika.

"Sabtu!  Ika kan hujung minggu balik rumah suami.  Effendi lepas ke?" tanya Anis lagi.

"Nanti ika cakap lah nak pergi rumah abang ngah.  Takkan lah dia tak nak lepas" jawab Rafika.

Terlupa pula Rafika pada Effendi dek teruja mahu bersama keluarga abang ngahnya.

"Kak nis boleh je, takde masalah" balas Anis pula.

"Kalau macam tu nanti ika bagitahu abang ngah" Rafika kelihatan gembira.  Tidak sabar menanti hari sabtu.  Sekurang-kurangnya terubat juga rindu terhadap keluarga di kampung.

*****

"Sayang, esok abang ada meeting kat Johor.  So, sayang duduk dengan Anis lah ya this week" kata Effendi semasa dalam perjalanan pulang menghantar Rafika dari pejabat.

"Berapa hari abang pergi?" tanya Rafika.

"Dalam dua hari je sayang.  Sayang okay kan?" tanya Effendi semula.

"Eh, sayang okay je.  Cuma tu lah.  Minggu depan dah puasa.  Tak dapatlah sahur pertama dengan abang" kata Rafika.

"Buka puasa dengan abanglah kalau macam tu.  Abang balik hari ahad malam" balas Effendi.

"Tengoklah macam mana nanti.  Abang pun mesti penat balik dari outstation" kata Rafika.

"Sayang ikut abanglah kalau macam tu" cadang Effendi.

"Jangan nak mengada.  Cuti sayang dah tak banyak dah ni, abang nak suruh sayang cuti lagi ke?" Rafika menjeling sekilas.

"Yelah, gurau pun nak marah" Effendi ketawa melihat Rafika yang memuncung.

*****

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam.  Ha, dah sampai dah.  Jemput masuk dik, Anis.  Terima kasih Anis sudi datang rumah kak ngah" kata kakak iparnya, Maiza sambil mempelawa masuk ke rumah.

"Terima kasih jugak sebab sudi jemput saya ni" balas Anis.  Rafika yang sudah mendahului bersalam dan memeluk Maiza.

"Apa pulak gitu nis.  Kita kan keluarga" kata Maiza sambil bersalam dan menarik Anis dalam pelukan.

"Bang ngah mana kak? Kerja ke?" tanya Rafika kerana tidak nampak langsung kelibat Razif.

"Bang ngah keluar kejap ke kedai depan sana tu.  Beli barang.  Ika, Anis duduk dulu lah ya, kak ngah nak ke dapur" balas Maiza.  Rafika dan Anis mengangguk faham.

"Aina, sini kat ashu" panggil Rafika bila anak buahnya itu dari tadi asyik memeluk kaki ummi nya.

Perlahan-lahan anak itu mendekati Rafika selepas disuruh umminya.

*****

"Kak ngah masak apa? Nak ika tolong?" tanya Rafika menjengah ke dapur

"Takpe dik, dah nak siap dah ni.  Nanti adik tolong kak ngah hidang ye" balas Maiza.

"Banyaknya kak ngah masak.  Macam bukan makan untuk empat orang" Rafika melihat lauk pauk yang dimasak oleh Maiza.

"Oohh, bang ngah ada jemput kawan dia jugak.  Tu yang kak ngah masak banyak.  Kalau ada lebih kita buat makan sahur.  Ika tidur sini kan?" beritahu Maiza sambil bertanya.

Sesat Dalam RinduWhere stories live. Discover now