Prolog

22.7K 636 22
                                    

Seorang lelaki penuh dengan lebam dan darah sedang terbaring di atas lantai. Nafasnya tersekat-sekat. Perutnya pula terasa senak akibat ditumbuk berkali-kali.

"Uhuk! Uhuk! Bunuh....jelah..aku." ujarnya tersekat-sekat. Cecair merah keluar dari mulutnya. Dia tidak sanggup lagi menahan kesakitan tersebut. Lebih baik dia mati sahaja.

"Aku belum puas dengan kau. Takkan aku nak bunuh kau dengan senang? Fucking jerk! Aku akan seksa kau secukup yang mungkin," balas seorang lelaki yang berwajah kacak tapi dingin.

Pisau rambo yang kecil tapi sangat tajam diambil olehnya dan kembali menghampiri tubuh tersebut bersama senyuman psycho.

"Oh, man! Come on! Wake up! Takkan dah nak mati kot? Aku baru seksa sikit je," ejek lelaki tersebut kepada mangsanya.

"KAU..MEMANG..SIAL!" tengking lelaki itu. Tajam anak matanya melihat lelaki muda yang berada di depan matanya itu.

"Aku tahu aku sial. Tak perlu cakap," balas lelaki muda tersebut dengan senyuman sinis. Pisau rambo yang berada di tangannya ditekankan pada peha kiri lelaki tersebut sehingga mengena pada tulangnya.

"Arghh!!!!!"

"Bertenang. Itu baru sikit." katanya sinis. Pisau ditarik secara kasar lalu ditekankan pula pada peha sebelah kanan lelaki itu.

"Arghh!!!!"

"Ini sebab kau berani sentuh keluarga yang aku sayang. Aku percayakan kau, Syarul. Tak sangka pula kau berani sentuh keluarga yang aku sayang!" suaranya naik seoktaf. Urat-urat hijaunya mulai timbul pada bahagian lehernya.

"Aku cuma ikut arahan tuan aku, Ikmal. Maafkan aku." pintanya simpati. Lelaki muda yang bernama Ikmal tersebut tergelak sinis.

"Maafkan kau? Are you kidding me? What the fuck friend! Aku dah anggap kau kawan tapi kau anggap aku lawan! Maaf? Kau ingat dengan perkataan maaf kau tu dapat ubah semuanya ke sial? Disebabkan kaulah, adik yang aku sayang terlantar dekat hospital!" tengkingnya dengan kuat dan menoreh wajah Syarul tanpa belas kasihan.

Putri Amelia adalah adik kepada Tengku Ikmal Hakimi. Dia sangat menyayangi gadis tersebut lebih dari nyawanya.

Tetapi, lelaki yang bernama Syarul tersebut berani menyentuh adiknya. Dia menembak gadis itu semasa gadis itu berada di luar membeli barang. Kebetulan waktu itu Putri Amelia tidak ada mempunyai pengawal yang menjaga keselamatannya.

Dan lelaki tersebut mengambil peluang tersebut dengan menembaknya. Perempuan tersebut masih belum sedarkan diri. Mengenangkan hal tersebut membuatkan dia berasa marah.

"Arghhhh!!! Tolong..Ikmal..berhenti." rayunya dengan airmata yang bercampur darah. Ikmal tidak menghiraukan apa yang dikatakan olehnya. Sesakit yang Syarul rasakan, tidak sesakit apa yang hati dia rasakan.

"Kau nak aku berhenti? Tunggu kau mati sial!" marahnya lagi. Biji mata lelaki itu dia cucuk. Syarul menjerit dengan kuat. Sakit yang dia rasakan hanya tuhan sahaja yang tahu.

Nafasnya juga sudah hampir putus. Dia yakin yang sebentar lagi dia akan menemui ajalnya. Dia menyesal kerana menyentuh orang yang Ikmal sayang walaupun dia tahu akan nasibnya. Dia hanya menurut sahaja apa yang tuan dia arahkan. Tidak mampu untuk dia bantah.

Pisau tersebut dilemparkan di atas lantai. Alat seksaan dihampiri. Samurai tajam diambil dan kembali menghampiri tubuh lelaki tersebut.

"Aku dah kata dengan kau dulu yang aku takkan lepaskan sesiapa sahaja yang berani sentuh orang yang aku sayang. Tapi, kau buat juga. Kau memang cari maut setan!" tengkingnya dengan lantang. Samurai diangkat lalu kedua tangan lelaki itu dipotong.

Zap! Zap!

"Arghhh!!!!"

Ikmal tersenyum puas. Darah membuak-buak keluar hanya dipandang kosong oleh Ikmal. Sudah terbiasa bermain dengan darah.

Anak buahnya hanya melihat Syarul dengan dingin dan kosong. Kasihan? Mereka tidak kasihankan lelaki itu. Siapa suruh cari pasal dengan lelaki yang bernama Ikmal. Memang cari maut. Walaupun lelaki itu masih muda tapi dia sangat kejam. Dia mewarisi sikap ayahnya, Tengku Irfansyah.

"Nak mati dah ke? Kalau macam tu biar aku tamatkan je riwayat kau." katanya sinis. Pistol dikeluarkan dan dihalakan kearah Syarul.

"Goodbye, man!"

Bang! Bang! Bang!

Tiga das tembakan dilepaskan. Dua ditembak secara dua kali dan satu lagi tepat di dahi lelaki tersebut. Syarul sudah lagi tidak bernyawa. Ikmal tersenyum puas kerana dapat menyeksa dan membunuh lelaki yang berani menyentuh adiknya, Putri Amelia.

"Korang bersihkan mayat jahanam ni. Pastikan korang bersihkan betul-betul. Faham tak?" tegas dia berkata.

"Faham boss!"

"Bagus."

Ikmal terus melangkah keluar dari bilik seksaan tersebut. Wajahnya ketat dan dingin tapi tetap kelihatan kacak.

Dia ingin melawat adik kesayangannya yang terlantar di hospital. Dia tidak boleh berjauhan dengan gadis tersebut kerana sejak mereka kecil lagi mereka sentiasa bersama-sama kemana sahaja mereka pergi.

'My sweetie bunny, tunggu abang.'







Hello gais? So macam mana? Kita berjumpa lagi hehe. Jangan lupa komen dan vote okeyh ❤️ jumpa next part nanti .

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now