empat puluh

6.1K 306 4
                                    

Walisah termenung jauh di dalam bilik. Dia memerhati segenap bilik tersebut. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman kecil.

Bilik tersebut sangat besar dan mewah. Dia berjalan di setiap kawasan bilik itu dengan hati yang senang. Walisah terus menghentikan langkahnya apabila dia secara tidak sengaja terlihat sebuah cermin yang besar di hadapannya. Dia merenung wajahnya. Parut tersebut tidak hilang. Dia mengeluh kecil.

"Haih..takpelah. Aku redha je. Biarlah muka aku macam ni. Sekurang-kurangnya dengan cara ini aku boleh tahu lelaki mana yang tulus suka dengan aku." katanya sendiri dengan gelakkan. Dia tidak memperdulikan pandangan orang lain. Dia cuma yakin pada dirinya dan juga ketentuan Allah.

"Haih. Dia ni pergi mana eh? Dah nak pukul 12 malam tapi tak reti nak pulang juga. Jumpa skandel lama ke apa?" omelnya. Batang hidung suaminya semenjak tadi tidak kelihatan dan semenjak tadi jugalah dia tidak keluar dari bilik tersebut.

Tok! Tok! Tok!

"Siapa tu?" soal Walisah berada di dalam. Keningnya bertaut. Siapa pula yang ketuk pintu bilik ni? Dah malam buta kot. Seram pula aku.

"Puan. Tuan Ikmal suruh Puan turun ke bawah. Dia kata ada hal yang nak dibincangkan dengan Puan," balas anak buahnya. Walisah mendekati pintu lalu membukanya. Mujur sahaja dia memang jenis yang memakai tudung apabila berada di rumah.

"Ikmal suruh turun ke bawah?"

"Ya, Puan. Katanya ada benda yang nak dibincangkan dengan Puan," ulang anak buah Ikmal sekali lagi kepada Walisah. Gadis itu seperti ragu-ragu terhadap lelaki muda tersebut.

Nak bincang apa tengah malam buta macam ni? Tak boleh ke bincang dalam bilik? Ataupun esok je ke? Aduh...

"Baiklah,"

"Jom ikut saya."

Walisah mengikuti langkah anak buah Ikmal sambil matanya meliar pada kawasan di dalam rumah tersebut. Mesti mahal kesemua barang yang ada di rumah tersebut. Walisah berfikir seperti itu.

Sampai di tingkat bawah tanah. Sebuah bilik dibuka oleh lelaki yang membawa Walisah sebentar tadi. Gadis itu memandangnya pelik. Kenapa sunyi sangat ni? Dahlah seram.

"Puan. Sila masuk." katanya. Walisah teragak-agak untuk masuk ke dalam. Namun, dia kuatkan hati untuk membuang perasaan yang pelik dan melangkah masuk.

Setelah masuk ke dalam, Walisah mencari kelibat Ikmal namun tiada. Dahinya berkerut. Eh? Mana dia ni? Katanya ada benda nak bincang. Tapi..dia takde pula.

"Eh, kau kat——"

Klak!

Pintu bilik tersebut dikunci dari luar. Walisah tergamam. Dia berlari menuju ke pintu tersebut lalu menjerit meminta untuk dilepaskan.

"Hello? Hello? Tolong buka pintu ni!!! Tolong!!!!!!" jeritnya sekuat hati namun pintu tersebut tetap sama sahaja. Walisah terdiam. Dia memejam matanya apabila dia terdengar suatu bunyi yang sangat menyeramkan.

Perlahan-lahan Walisah memusingkan tubuhnya serta matanya. Terlihat beberapa ekor ular sawa sedang berada di dalam bilik tersebut. Walisah menjerit ketakutan melihat ular-ular tersebut sedang mendekatinya.

"Ikmal!!! Argh!!! Tolong!! Tolong aku, Ikmal!!! Tolong aku!!!! Ikmal!!!!"

Jeritnya memanggil nama Ikmal berkali-kali. Dia berlari anak agar terlepas dari ular tersebut tetapi dia terperangkap di dalam bilik itu.

Airmata mengalir. Ular tersebut semakin dekat dengan dirinya. Walisah menjerit seperti orang gila meminta pertolongan.

"Tolong!!! Ya Allah, tolong aku. Ikmal!! Tolong!!!!" jeritnya lagi dengan esakkan. Dia duduk mencakung memikirkan nasibnya.

"Tolong aku, Ikmal. Tolong." katanya tersendu-sendu. Dia menghalau ular tersebut menggunakan tangannya namun hanya patukan yang dia dapat.

"Arghh!!!"

Tangannya dipatuk oleh salah seekor dari ular tersebut. Walisah jatuh terduduk. Matanya dipejamkan menahan sakit.

"T-tolong."

Selepas berapa saat dia berkata seperti itu. Pintu bilik dibuka dengan kasar. Pandangan Walisah yang kabur menyukarkan dia untuk melihat gerangan siapa yang masuk ke dalam.

"Tangkap ular-ular tu! Cepat!"

"Baik, Tuan!"

"I-ikmal." katanya perlahan. Dia kenal akan suara tersebut. Bibirnya mengukirkan senyuman lega apabila lelaki itu datang untuk menyelamatkan dirinya.

Ikmal terkejut melihat Walisah yang sudah terbaring lesu di atas lantai. Sebenarnya dia baru sahaja pulang dari markas mereka dan apabila dia sudah sampai di rumah, dia terus mencari isterinya tetapi isterinya sudah tiada dan apabila dia menyuruh anak buahnya untuk memeriksa cctv. Dia terkejut melihat isterinya dikurung di dalam sebuah bilik di bawah tanah.

"Walisah!"

Ikmal berlari anak mendekati tubuh isterinya. Kepala Walisah diletakkan di atas ribanya. Gadis itu semakin lama semakin tidak berdaya.

"Wehh!!! Jangan tutup mata kau. Tolong. Aku merayu." katanya. Walisah tersenyum hambar.

"S-sakit." adunya dengan airmata. Ikmal semakin terseksa melihat isterinya. Dia menggengam erat tangan Walisah lalu mengucupnya.

"Sakit. Aku tak tahan." selepas berkata seperti itu. Walisah sudah tidak sedarkan diri lagi. Ikmal menjadi tidak tentu arah.

"Kau kuat. Aku tahu kau kuat. Bertahan okey?" katanya lalu mengucup dahi Walisah. Selepas itu, dia menghisap darah dimana ular tersebut mematuk Walisah sebentar tadi sebelum dia meludahnya keluar. Dia melakukan seperti itu berkali-kali.

"Argh!!"

"Tuan!!"

Ikmal jatuh pengsan akibat perbuatannya sebentar tadi yang memberi kesan kepada dirinya. Anak buahnya kalut melihat ketua mereka.

"Call doktor Chong now! Faster!!!"

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now