dua puluh empat

5.6K 281 1
                                    

Dapat sahaja menjejaki kedudukan Putri Qhaisara dan Walisah. Sandy terus memberitahu hal tersebut kepada rakannya yang lain.

Irfan dan yang lain terus bergerak menuju ke lokasi tersebut bersama senjata dan anak buah mereka sekali yang mengikuti mereka dari belakang.

"Syah, kenapa kau diam je? Kau takde bercakap apa-apa pun." kata Iskandar kepada Irfan yang semenjak tadi tidak mengeluarkan sebarang suara. Ikmal hanya berdiam begitu juga dengan yang lain. Mereka juga perasan hal tersebut.

"Takde apalah. Aku risaukan anak perempuan aku yang duduk dekat rumah tu. Aku takut kalau musuh ambil dia pula dekat sana," jelasnya. Dia sedang memikirkan Putri Amelia yang berada di rumah mereka. Namun, anak buah Irfan ada untuk menjaganya.

"Kau jangan risau. Anak buah kau yang lain pasti takkan biarkan dia. Anak buah kau ada untuk jaga dia dekat rumah," celah Raziq. Mereka yang lain mengganguk setuju dengan apa yang dikatakan oleh Raziq sebentar tadi.

"Hmm. Aku harap takde terjadi apa-apa," kata Irfan dengan perlahan. Mereka sedang dalam perjalanan menuju ke lokasi dimana Putri Qhaisara dan Walisah diculik.

Setelah mengambil masa yang sedikit lama. Mereka semua telah pun tiba di lokasi tersebut. Rumah yang usang dan nampak menyeramkan dari pandangan luar.

"Kita berpecah. Irfan dengan Ikmal. Aku dengan Daniel. Aiman, Iskandar dan Sandy . Anak buah yang lain ikut berpecah ikut kumpulan." ujar Daniel serius. Semua mengganguk faham lalu mereka berpecah seperti yang disuruh oleh Daniel.

"Ikmal, ikut dekat belakang ayah. Jangan berpisah dengan ayah."

"Baiklah," balas Ikmal.

Mereka semua bergegas masuk ke dalam untuk menyelamatkan Putri Qhaisara dan Walisah. Anak buah musuh mereka tidak perasan akan kehadiran mereka disitu. Jumlah anak buah musuh mereka tidaklah ramai itu dapat memudahkan kerja mereka semua.

"Ayah, tunduk."

Bang!

Bang!

Bang!

Tiga das tembakan dilepaskan kepada seorang anak buah musuh. Irfan tersenyum senget. Anaknya sangat cekap dalam hal-hal seperti itu.

"Good job." puji Irfan disambut sengihan dari Ikmal sahaja. Mereka melanjutkan langkah mereka menuju ke dalam.

Raziq dan Daniel pula sibuk menumpaskan kesemua anak buah musuh yang agak ramai dekat mereka. Namun, itu bukanlah halangan untuk mereka berdua.

"Weh, Ziq! Pistol aku habis peluru siak!!"

"Aduh..kau ni—"

Buk!!!

"WHATT!!!!"

Tubuh Daniel terjatuh akibat tumbukan yang secara mengejut. Raziq membulatkan matanya. Dia sendiri tidak sangka yang pihak musuh menyerang dengan cara mengejut.

"Berani kau sentuh kawan aku!!!"

Buk!

Buk!

Buk!

"Aku belum puas!"

Dia menumbuk wajah dan perut lelaki yang menumbuk Raziq tadi secara berkali-kali tanpa henti. Tidak cukup dengan itu, dia mematahkan tangan yang berani menyentuh rakannya.

Krak!!

"Arghh!!!"

"Bodoh!!"

Bang!

Bang!

Bang!

Bang!

Lelaki tersebut sudah tidak bernyawa. Raziq tersenyum puas sebelum dia mendekati tubuh Daniel.

"Bro kau tak apa-apa kan?"

"Aku tak apa-apalah. Jangan risau. Uish lain macam garang kau tadi ek? Sayang juga kau dekat aku kan?"

Pak!

"Aduhhh...."

"Kau jangan nak berdrama dekat sini. Cepat berdiri! Kau ingat aku nak buat scene Kuchi Kuchi Hota Hei dekat sini?" ujar Raziq kepadanya. Daniel menggosok kepalanya yang elok sahaja diketuk oleh Raziq.

"Kurang ajar punya member!! Hampehhh!!!"

Mereka meneruskan langkah mereka dengan menewaskan kesemua anak buah musuh mereka tanpa penat dan lelah.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now