lima puluh tiga

5.6K 267 8
                                    

Walisah menangis teresak-esak melihat suaminya yang diseksa di hadapan matanya sendiri. Dia ingin menghalang namun tubuhnya diikat membuatkan dia tidak mampu berbuat apa-apa.

"Dah! Cukup! Tolong berhenti!" rayunya dengan esakkan. Viona tergelak. Dia tersenyum sinis. Kayu yang menjadi alat untuk memukul Ikmal dilepaskan. Dia memandang tubuh Ikmal yang penuh dengan lumuran darah.

"Itu baru sikit. Aku masih belum puas!"

Bang!! Bang!!

"Bunyi apa tu?" soal Viona. Lee terkejut. Begitu juga dengan yang lain. Bunyi tembakan menggangu aktiviti mereka.

"Lee, kau tunggu dekat sini. Aku nak periksa dulu apa yang jadi." ujarnya kepada Lee. Lelaki tersebut mengganguk faham. Viona melangkah keluar dari bilik tersebut.

Sampai diluar dia terkejut melihat anak buahnya yang terbaring tidak bernyawa di atas lantai. Ramai anak buahnya yang sudah tumpas.

"Sial! Macam mana benda ni boleh?" soalnya bengang. Irfan yang sedang berada di belakangnya terus melepaskan tembakan pada betisnya.

Bang!!

"Arghh!!" Viona menjerit kesakitan. Dia memegang betisnya yang terkena tembakan dari Irfan. Irfan tersenyum sinis.

"Hello, Miss Viona?" ujar Irfan dengan senyuman senget. Iskandar dan yang lain masih berbalas tembakan antara satu sama lain dengan anak buah Viona.

"Kau nak apa setan! Kau memang layak mati!" kata Viona lalu melepaskan tembakan namun sempat dielak oleh Irfan dengan pantas.

"Sial!" makinya dengan kuat. Viona menahan sakit di bahagian betisnya lalu berlari anak menuju ke bilik untuk meminta bantuan daripada Lee.

Irfan terus mengejar langkah Viona dengan laju. Putri Amelia juga turut mengikuti langkah ayahnya.

"Lee! Lee!! Tolong aku!!" pekik Viona meminta pertolongan. Sampai di dalam bilik tersebut dia terus mendekati tubuh Lee.

"Apa jadi dekat kau? Siapa yang tembak kau?" soal Lee ingin tahu. Viona menarik nafas sebelum dihembuskan.

"Mereka dah sampai." katanya tersekat-sekat. Lee mengetap rahang. Dia memeluk pinggang Viona dengan erat.

Irfan dan Putri Amelia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Mereka berdua terkejut melihat keadaan Ikmal yang penuh dengan darah dan lebam. Lelaki itu tidak sedarkan diri.

"Apa korang buat dekat anak aku?" marah Irfan. Belum sempat Irfan mengelak. Lee terlebih dahulu menembak Irfan dengan pantas.

"Arghh!!"

"Ayah!!!"

"Good job, Lee."

Putri Amelia mengancing gigi menahan dirinya. Matanya dipejamkan rapat sebelum dia membukanya kembali.

"Sekarang tinggal perempuan lemah ni pula!"

Putri Amelia membuka matanya. Warna matanya sudah berubah. Bibirnya tersenyum sinis sebelum dia menoleh ke arah Viona dan Lee.

"Perempuan lemah? Kau kata perempuan lemah?"

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now