dua puluh lima

5.9K 295 7
                                    

Aiman, Sandy dan Iskandar sudah mendahului mereka semua. Mereka bertiga diikuti dengan anak buah mereka sudah berada di dalam rumah usang tersebut.

Kesemua anak buah musuh juga sudah mereka tumpaskan. Mereka mencari bilik yang meletakkan Walisah dan Putri Qhaisara.

"Aku rasa ketua mereka dah melarikan diri dulu." teka Aiman kepada mereka.

"Aku rasa macam tu juga. Dasar pengecut!"

"Takpelah. Jom, kita masuk. Kita kena cari Putri dan Walisah dekat bilik yang mana satu,"

Mereka mengganguk faham dan membuka pintu bilik. Bilik dalam rumah tersebut ada 3. Kebetulan mereka ada bertiga. Mereka berpecah dan membuka pintu bilik yang dipilih masing-masing.

Klak!

"Bukan dekat sini. Wehhh!! Takde ahh!!"

Jerit Sandy kepada Aiman dan Iskandar. Kedua lelaki itu hanya mengganguk. Aiman membuka pintu bilik yang kedua namun tidak ada juga.

"Wehh!! Dekat sini pun takde!" jerit Aiman pula. Hanya tinggal Iskandar sahaja. Bilik yang terakhir dibuka oleh Iskandar dan Putri Qhaisara berada di dalam dengan keadaan tertidur dengan tangan dan kaki diikat pada kerusi.

"Wehh!! Adik aku ada dekat sini!!" jerit Iskandar kepada mereka berdua. Kedua lelaki tersebut terus menuju masuk ke dalam.

"Adik!! Adik tak apa-apa ke ni?" soal Iskandar terus memeluk tubuh adiknya. Gadis itu tidak sedarkan diri. Mereka berasa pelik. Iskandar memeriksa nadi Putri Qhaisara. Dia menghembuskan nafas lega. Gadis itu masih hidup.

"Kenapa akak tak bangun?" soal Aiman pelik. Sandy juga turut pelik.

"Aku tak pasti. Mungkin mereka ada buat sesuatu dekat dia," jawab Iskandar tidak tahu. Aiman dan Sandy mengganguk faham.

"Akak dah jumpa. Budak Walisah tu mana pula?" soal Aiman lagi. Iskandar baru teringat. Gadis itu tidak ada berada dekat bilik tersebut.

"Aku—-"

"Sayang!!!"

Iskandar tidak dapat meneruskan ayatnya apabila mendengar jeritan dari Irfan yang sedang meluru masuk dan terus memeluk tubuh isterinya.

"Sayang tak apa-apa ke ni? Sayang? Sayang?" Irfan mengejutkan isterinya dengan menggoyangkan tubuh gadis tersebut berkali-kali namun gadis itu tidak sedarkan diri.

"Kenapa bini aku tak bangun?"

"Kau jangan risau. Dia masih hidup lagi cuma aku rasa mereka ada buat sesuatu dekat dia sebab tu dia tidak sedarkan diri," balas Iskandar. Irfan mengetap gigi.

"Sial!!"

"Along, aku rasa ketua mereka dah larikan diri dulu."

"Tch!!! Pengecut!! Tak padan dengan mafia tapi pengecut," ejek Irfan bengang. Dia mengusap pipi isterinya dengan lembut. Ikmal yang baru sahaja melangkah masuk terus berdiri di sebelah Sandy.

"Mana Walisah?" soal Irfan mencari kelibat gadis tersebut. Ikmal pun baru perasan yang gadis itu tidak ada berada di situ dengan ibunya.

"Tak tahulah. Kami dah periksa kesemua bilik dekat sini tapi dia takde," balas Iskandar.

"Korang dah periksa dekat bahagian stor?" soal Irfan lagi. Dia yakin yang gadis itu berada di rumah tersebut.

"Belum lagi."

"Kalau macam tu. Jom kita cari dia," kata Irfan lalu dibalas anggukan dari mereka semua. Ikatan tali pada isterinya dibuka lalu tubuh tersebut di cempung oleh Irfan. Sempat dia mengucup dahi isterinya seketika sebelum mencempungnya. Mereka semua bergegas menuju ke tempat stor.

Pintu bilik stor dibuka oleh Sandy. Terlihat tubuh Walisah yang sangat teruk dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.

"Walisah!!!"

Jerit Irfan. Dia tidak dapat membantu gadis tersebut kerana dia sedang mencempung tubuh isterinya. Iskandar terus mendekati tubuh Walisah yang sedang berada di atas lantai.

Ikmal terkaku melihat keadaan gadis tersebut yang sangat teruk. Wajahnya sebelah sudah hancur dan sangat menyeramkan.

"Wehh!! Aku rasa muka dia kena simbah asid!! Arghh!! Kurang ajar!! Berani mereka buat dia macam ni. Perempuan ni tak salah pun!!"

Bengang Aiman. Dia sudah menganggap Walisah seperti adik kandungnya. Ikmal pula hanya berdiam. Dia hanya merenung wajah Walisah yang tidak sedarkan diri.

"Takpe. Kita kena bawa dia pulang. Nanti korang call doktor Chong suruh rawat dia dan isteri aku nanti. Cepat!!" gesa Irfan lalu dibalas anggukan dari Iskandar. Tubuh gadis tersebut dicempung oleh Iskandar namun dihalang oleh Ikmal.

"Takpe. Biar aku je yang angkat dia." kata Ikmal mendatar. Iskandar terdiam sebelum dia mengganguk faham. Tubuh Walisah dicempung oleh Ikmal dengan penuh berhati-hati.

"Jom."

Mereka semua bergegas pulang ke rumah setelah misi menyelamatkan kedua gadis itu sudah selesai. Mereka tidak akan maafkan orang yang telah buat kedua gadis itu terseksa.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now