enam

7.3K 362 8
                                    

Tengku Irfansyah, Tengku Aimansyah, Raziq, Danial, Iskandar dan Tengku Ikmal berkumpul di markas mereka. Wajah kesemua lelaki itu dingin dan ketat.

"Kumpulan Dragon apa cerita?" soal Tengku Irfansyah kepada mereka semua. Kakinya disilangkan.

"Aku dapat tahu yang mereka berdendam dengan kau lagi. Sekarang mereka target nak jatuhkan Ikmal pula," jawab Daniel serius.

"Apa hal pula mereka nak target anak aku? Ikmal takde kena mengena dalam hal ni!" tengking Tengku Irfansyah. Ayah mana je tak sayang anak kan? Mesti semua sayang.

"Mereka target sebab Ikmal dah mulai terkenal dalam dunia mafia. Second, dia anak kau. Anak kau darah daging kau. Mungkin dengan jatuhkan Ikmal, kau pun akan turut sekali," balas Daniel lagi. Raziq mendengar dengan teliti.

"Bodoh ke apa? Apa lagi yang dia tak puashati? Sial!" maki Aiman kuat. Ikmal hanya mendengar tanpa menyampuk.

"Ikmal kena berhati-hati selalu. Kumpulan Dragon tu bijak. Mereka akan buat kerja tanpa kita tahu. Sebab itu, kau kena selalu berhati-hati. Kawalan keselamatan rumah kena ketatkan lagi." ujar Raziq kepada Ikmal dengan serius.

"Betul tu, Ikmal kena hati-hati." pesan Iskandar pula.

"Korang tak perlu risau. Ikmal pandai jaga diri sendiri. Jadi, tak perlu risau," balas Ikmal dingin. Ayahnya memandang kearahnya.

"Amboii..kau. Pandai jaga diri konon. Kau tu dari kecil ayah yang jaga tahu tak? Perasan kuat lah tu." cebik Tengku Irfansyah.

"Itu dulu, ayah. Sekarang, Ikmal dah boleh jaga diri sendiri," balas Ikmal kepada ayahnya.

"Boleh percaya ke dekat kau ni? Kau ni dahlah lembut macam perempuan," ejek Tengku Irfansyah. Raziq, Daniel, Aiman dan Iskandar tergelak.

"Ayah ni! Bila masa pula Ikmal lembut macam perempuan ni? Siap ayah nanti! Ikmal bagitahu ibu." ugut Ikmal kepadanya. Ikmal terus menghentikan tawanya begitu juga dengan Raziq, Aiman, Iskandar dan Danial.

"Tak payahlah bagitahu ibu kau tu. Ibu kau tu dahlah garang macam singa kelaparan kalau marah. Mampus ayah. Ikmal sanggup ke tengok ayah kena dera dengan ibu kau?" ujar Tengku Irfansyah. Isterinya memang sangat garang dan tidak boleh dibawa main.

"Sejak bila kau jadi penakut ni bangang?" soal Danial lalu tergelak diikuti dengan yang lain.

"Uwww...Irfan dah jadi pondan," ejek Iskandar. Mereka gelakkan Tengku Irfansyah dengan asyik. Lelaki itu merengus geram.

"Tak payah nak menganjing akulah! Aku ni sayang dekat bini aku sebab tu aku jadi lembut dan penakut. Kalau dengan orang lain, aku jadi singa. Bukan macam korang tak sayang bini." kata Tengku Irfansyah dengan senyuman sinis.

"Woii! Kau! Eh, kami ni sayang bini kami tahu tak? Kami sanggup je buat apa untuk anak bini kami. Menggadai nyawa pun sanggup," balas Raziq mewakili mereka.

"Betul!" ujar Aiman dan Raziq, Iskandar serentak. Hanya Ikmal sahaja tidak mengeluarkan suara kerana dia mana ada isteri.

"Tak padan dengan tua." kutuk Tengku Irfansyah.

"Habistu, kau tu muda ke? Kau lagi tua macam atok jual air tebu dengan pasar," balas Iskandar tidak puashati.

"Cuba korang tengok muka aku ni? Masih kacak kan? Terimalah hakikat yang aku ni lagi kacak dari korang semua. Aku ni makin tua makin kacak ah." bangga Tengku Irfansyah berkata. Yang lain menjulingkan mata mereka. Tidak sah kalau tidak riak. Muka mereka masing-masing walaupun sudah tua namun tetap kelihatan kacak. Awet muda.

"Mamat sengal." kutuk Aiman kepada abang kandungnya. Tengku Irfansyah tergelak.

Mereka sambung bercerita mengenai kumpulan musuh mereka. Jika sebentar tadi mereka bergelak tawa, sekarang wajah mereka kembali diketatkan dan serius.












Putri Qhaisara, Putri Amelia, Hande, Merlyn, Tengku Atilia dan Riana berkumpul di rumah milik Danial. Mereka bersembang rancak.

"Iya weyh. Suami aku tu buat aku geram je. Ada je benda dia nak sakitkan hati aku." cerita Putri Qhaisara kepada mereka semua. Anaknya, Putri Amelia menggelengkan kepala.

"Sabarlah, beb. Biasalah tu. Gaduh sayang kan?" kata Hande disambut gelakkan dari mereka semua. Putri Qhaisara tersengih malu.

"Hehe. Tahu takpe." ujarnya lalu tergelak. Masing-masing menceritakan mengenai hal kehidupan mereka yang sangat bahagia.

Sedang elok mereka berbual dengan bergelak tawa, terdengar bunyi tembakan dari luar rumah tersebut. Anak buah Tengku Irfansyah berlari anak menuju ke tempat mereka semua.

Bang! Bang! Bang! Bang!

"Puan!"

"Kenapa?"

"Puan kena pergi ke bilik kebal tingkat bawah. Disini tak selamat. Bawa mereka sekali. Cepat!" Arah anak buah suaminya kepada gadis-gadis tersebut.

"Tapi, apa yang jadi?" soal Hande ingin tahu. Belum sempat lelaki itu menjawab, dia ditembak dari jauh. Gadis-gadis tersebut menjerit kerana terkejut.

"Putri, masuk bilik kebal sekarang!" Arahnya ibunya Putri Amelia.

"Taknak! Putri nak dengan ibu." degil Putri Amelia. Putri Qhaisara merengus geram dengan sikap anaknya. Persis seperti suaminya, Tengku Irfansyah. Degil. Itu yang boleh dia katakan.

"Korang pergi ambil pistol dengan laci dekat sana. Cepat!" Arah Putri Qhaisara kepada kesemua gadis tersebut. Mereka tidak banyak soal, terus laci yang ditunjukkan oleh Putri Qhaisara dihampiri lalu beberapa buah pistol diambil dan dibahagikan untuk mereka.

Bang! Bang! Bang!

Pechh!

Pasu rumah pecah akibat tembakan tersebut. Mereka semua berpecah dan menyorok di tempat masing-masing.

Putri Qhaisara mengeluarkan sedikit kepalanya lalu target dikenal pasti. Bibirnya tersenyum sinis. Dia sama sekali tidak takut kerana dia sudah dilatih oleh suaminya. Begitu juga dengan yang lain.

"Sorry, darling."

Bang! Bang! Bang!

Tiga das tembakan dilepaskan pada target. Sasaran mengena dan terus rebah. Masing-masing berbalas tembakkan antara satu sama lain. Jumlah musuh mereka agak ramai. Manakala, jumlah pengawal di rumah Danial pula hanya sedikit sahaja.

"Beb! Belakang kau!" jerit Merlyn kepada Hande. Gadis itu terus menoleh ke belakang lalu melepaskan tembakan secara bertalu-talu.

Bang! Bang! Bang!

"Arghh!!"

"Good job, beb!" puji Merlyn kepadanya. Hande tergelak mendengar pujian tersebut.

Tengku Atilia berbalas tembakkan dengan seorang lelaki yang berbadan besar. Lelaki itu pandai mengelak setiap tembakan yang dia lepaskan.

"Argh!! Dia ni kan! Kalau aku panggang, sia-sia hidup dia." bebel Tengku Atilia tidak puashati. Dia menghentikan tembakannya menunggu lelaki itu keluar dari tempat persembunyian. Setelah lelaki itu keluar, dia terus melepaskan tembakan sebanyak 2 kali.

Bang! Bang!

"Done!" kata Tengku Atilia dengan senyuman puas. Dia memandang kearah Putri Amelia yang sibuk berbalas tembakan dengan musuh mereka.

Matanya perasan tentang kewujudan salah seorang musuh yang berada di belakang gadis itu ingin melepaskan tembakan kepada Putri Amelia. Tengku Atilia berlari anak menuju kearahnya.

"Putri!" jeritnya dengan lantang. Yang lain memandang kearah Tengku Atilia yang menjerit nama Putri Amelia.

Bang! Bang!

"Arghh!!"

"No!"

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now