tiga puluh enam

5.9K 294 4
                                    

Ikmal memandu kereta tanpa sebarang suara. Walisah di sebelah hanya bermain dengan jari-jarinya. Dia tidak ada topik yang ingin dibualkan bersama lelaki tersebut.

"Hmm..bosannya." keluh Walisah perlahan namun dapat didengari oleh Ikmal. Lelaki tersebut menoleh seketika ke arahnya sebelum fokus kembali dengan pemanduannya.

"Kenapa kau senyap je ni?" soal Ikmal kepadanya. Walisah tersentak. Dia menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Erkk..takde apa. Aku tak tahu nak cerita apa dekat kau. Sebab tu aku senyap je," jawab Walisah kepadanya. Ikmal mengganguk faham. Walisah melihat wajahnya yang kelihatan hodoh sebelah. Wajahnya ditatap dengan sayu.

"Hmm.." sekali lagi dia mengeluh. Ikmal perasan akan wajah mendung gadis tersebut. Dia menggengam tangan Walisah dengan erat. Walisah terkaku.

"Kau jangan sedih. Kau tetap cantik depan mata aku." kata Ikmal. Walaupun nadanya dingin namun Walisah dapat rasa lelaki itu ikhlas berkata seperti itu kepada dirinya.

"Kenapa kau terima aku? Aku ni dahlah hodoh perangai pun macam tomboy. Bak kata kau lah aku macam tomboy. Dan kau bukannya kenal aku sangat aku pun. Tapi kenapa kau terima juga?" soal Walisah ingin tahu. Ikmal berdehem sebelum dia menjawab soalan tersebut.

"Aku terima kau sebab kau dah tertulis jadi jodoh aku. Aku tak kisah rupa kau macam mana. Kau jadi macam ni pun disebabkan aku. Kalau kau tak rapat dengan aku pasti kau takkan jadi macam ni," balas Ikmal tenang dan lancar. Walisah tahu tentang latar belakang keluarga keluarga Putri Qhaisara. Dia juga tahu yang Ikmal adalah ahli mafia bukan setakat ahli tapi ketua mafia menggantikan Tengku Irfansyah.

"Tapi kau bukannya suka aku pun." kata Walisah lagi. Ikmal mengeluh kecil.

"Suka dan cinta tu boleh dipupuk. Kau jangan risau. Aku akan cuba buka hati aku untuk kau sebab kau dah jadi isteri aku yang sah dan aku dah janji dengan ibu supaya jaga kau dengan baik. Kau jangan risau. Aku tak mahu kau sedih," balas Ikmal kepadanya. Walisah tersenyum kecil. Walaupun sikap lelaki dingin dengannya namun dia dapat rasakan kasih sayang lelaki tersebut terhadapnya.

"Yelah,"

"Okey,"

Mereka berdua kembali senyap. Ikmal setia menggengam erat tangan isterinya tanpa melepaskannya. Walisah hanya membiarkan sahaja. Dia berasa selesa bersama lelaki tersebut.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now