empat puluh satu

6.1K 283 0
                                    

Irfan, Putri Qhaisara dan yang lain sedang berada di rumah Ikmal dan Walisah. Anak buah Ikmal memberitahu kepada Irfan tentang kejadian tersebut dan mereka terus datang ke rumah Ikmal untuk melihat keadaan suami isteri tersebut.

Putri Qhaisara memerhatikan wajah mereka berdua. Wajah masing-masing pucat lesu dan tidak berdaya. Dia yakin semua yang terjadi pasti datangnya dari musuh mereka.

"Aku rasa dia dah mulai bertindak, Syah. Kesian anak dan menantu kau." kata Daniel kepada Irfan yang seperti memikirkan sesuatu.

Putri Amelia menahan amarahnya melihat abang kandungnya terlantar di atas katil dengan wajah yang sangat pucat. Matanya dipejam lalu dibuka. Serta-merta warna anak matanya bertukar.

"Aku nak korang cari siapa yang buat Ikmal jadi macam ni." kata Amyra dengan suara dinginnya. Mereka yang lain terkejut lalu menoleh ke arahnya.

"Aku dah suruh anak buah aku cari orang sial tu! Kau jangan risau, Myra," balas Iskandar kepadanya. Gadis itu mengganguk faham sebelum dia keluar dari bilik tersebut.

Bibirnya mengukirkan senyuman sinis. Dia tahu orang yang menyamar menjadi anak buah Ikmal berada di dalam rumah tersebut. Dia yakin yang orang tersebut tidak dapat melarikan diri lagi akibat kawalan yang semakin diperketatkan.

Amyra kenal kesemua anak buah Ikmal tanpa ada yang terkecuali. Kerana dia selalu memerhatikannya menggunakan tubuh Putri Amelia. Dan dia tahu siapa yang menyamar jadi anak buah palsu Ikmal.

"Aku nak korang semua berkumpul depan aku sekarang!" Arahnya dengan lantang dan bengis. Anak buah Ikmal menjadi kecut perut melihat wajah Amyra yang membengis memandang mereka semua.

Apabila semuanya telah berkumpul. Amyra memerhati kesemua anak buah tersebut dengan tajam seperti burung helang yang mencari mangsanya.

Bibirnya tersenyum sinis. Dia mendekati salah seorang yang hanya menundukkan kepalanya. Dia dapat melihat yang lelaki tersebut menggigil namun berlagak seperti biasa.

"Kau budak baru dekat kumpulan ni ke?" soalnya tegang. Mereka yang lain perasan. Setahu mereka, Ikmal tiada memberitahu yang dia mengambil anak buah baru. Sejak bila lelaki itu masuk?

"Yes,"

Buk!! Buk!!

"Argh!!"

"Stupid!!"

Mereka yang berada di situ terkejut dengan serangan Amyra yang secara tiba-tiba. Gadis itu mengukirkan senyuman jahat.

"Kau jangan nak berlakon depan aku. Kau ingat aku tak tahu yang kau tu siapa?" ujarnya dengan sinis. Lelaki tersebut perlahan-lahan bangkit dan memandang tajam ke arah Amyra.

"Puan cakap ni? Aku memang budak baru dalam kumpulan ni." tipunya. Amyra berdecit halus. Dia membuat pusingkan 90 darjah lalu menyepak kepalanya.

"Argh!!"

"Lain kali jangan nak bodohkan aku. Kau ingat aku ni bodoh sangat ke sampai nak percaya apa yang kau cakap?" ujar Amyra. Lelaki itu menjadi bengang lalu mengeluarkan pistol yang dia sembunyikan di sebalik pinggangnya.

Bang! Bang! Bang!

Pechh!!! Pechh!!

Benda kaca di dalam rumah tersebut terkena tembakan dari lelaki itu. Amyra sempat mengelak kesemua tembakan itu dengan pantas.

Anak buah Ikmal yang lain mencari tempat persembunyian lalu mengeluarkan senjata mereka masing-masing untuk menyerang musuh.

"Bunyi apa tu?" soal Raziq kepada mereka yang lain. Irfan terus bergegas keluar dari bilik tersebut diikuti dengan yang lain. Masing-masing terkejut melihat rumah tersebut bersepah.

"Adik mana, abang?" soal Putri Qhaisara kepada suaminya. Irfan mencari kelibat anak perempuannya.

Terlihat gadis itu sedang bersembunyi di sebalik meja. Dia tahu itu bukan anaknya tapi itu adalah Amyra.

"Sayang tunggu je dekat sini dengan yang lain. Is, Aiman, Daniel, Raziq, Sandy ikut aku. Kita kena tangkap orang tu. Aku yakin yang Amyra dah jumpa orang tersebut."

"Jom!"

"Sayang tunggu dekat sini eh? Jangan pergi mana-mana." pesan Irfan kepada isterinya. Putri Qhaisara mengganguk faham. Kesemua lelaki tersebut menuju mendekati Amyra untuk membantu gadis tersebut. Manakala Putri Qhaisara dan yang lain hanya mampu melihat mereka tanpa masuk campur. Atilia, Hande, Merlyn dan Riana sedang berada disitu. Kemana suami mereka pergi pasti mereka akan dibawa. Mereka takut jika mereka masuk campur. Mereka akan dimarah oleh suami masing-masing.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now