lapan

6.6K 396 16
                                    

Putri Amelia memandang tajam kearah lelaki yang menampar ibunya. Putri Qhaisara pula sudah menelan air liur dengan kesat.

"Amyra."

Putri Qhaisara menyebut nama tersebut dengan perlahan. Dihadapannya waktu itu bukan Putri Amelia tapi Amyra!

Amyra memandang wajah Putri Qhaisara dengan senyuman sinis. Pistol diambil lalu melepaskan peluru secara mengejut kepada lelaki yang telah menampar Putri Qhaisara sebentar tadi.

Bang! Bang! Bang!

"Argh!!"

Amyra tersenyum sinis. Kesemua anak buah musuh mereka dipandang dengan tajam dan teliti. Dia lihat Hande, Merlyn, Tengku Atilia dan Riana rebah di atas lantai akibat ditembak.

Rahang diketap dengan wajah yang bengis. Kesemua orang yang berada di situ gerun melihat dirinya apalagi aura yang ada dalam diri gadis tersebut.

"What are you doing, bitch! Fuck you!" marahnya lalu melakukan serangan terhadap kesemua anak buah musuh mereka.

Bang! Bang!

Amyra mengelak kesemua serangan dengan pantas dan cekap. Gadis itu menembak tepat di dada dua orang musuh.

Bang! Bang!

"Argh!!"

"Let's play the game."

Katanya dengan senyuman psycho. Baru sahaja dirinya hampir ditembak, gadis itu pantas menundukkan kepalanya.

Dia memandang lelaki yang menembaknya sebentar tadi dengan sinis. Lelaki tersebut sudah seperti cacing kepanasan melihat Amyra sedang menghampiri dirinya.

"Dear, why? Come to me, baby." kata Amyra lalu tergelak jahat. Dia berlari pantas lalu membuat pusingan dan menyepak kepala lelaki tersebut.

Tidak cukup dengan itu, dia mengangkat kaki lelaki itu lalu dipatahkan dengan kasar. Amyra memecahkan cermin yang ada disitu lalu sisa cermin tersebut diambil. Wajah lelaki itu dihiris menggunakan sisa cermin tersebut sehingga menampakkan daging wajahnya.

"Arghhh!!!"

"Relax, dear. Shh!!! Good boy" katanya dengan sinis. Dia menghiris wajah tersebut sehingga hancur. Sangat ngeri jika dilihat.

"Adik!!! Berhenti!" jerit Putri Qhaisara tidak sanggup untuk melihat perbuatan anaknya yang begitu kejam. Walaupun dia tahu yang ada dalam diri gadis tersebut bukan Putri Amelia tapi Amyra.

"Yes? Sorry but i'm not adik. I'm Amyra," balasnya dengan senyuman sinis. Mereka yang berada disitu dapat rasakan aura gadis tersebut.

"Amyra, please stop!"

Suara Putri Amelia memenuhi ruang fikiran Amyra. Gadis itu tidak memperdulikannya. Mereka harus terima balasan.

Amyra melepaskan peluru terhadap semua anak buah musuh tanpa ada yang terkecuali. Dia berasa puas kerana dapat membunuh mereka dengan tangannya sendiri.

Tengku Irfansyah dan yang lain baru sahaja sampai di perkarangan rumah tersebut. Mereka terkejut melihat suasana rumah itu yang dipenuhi dengan orang yang sudah tidak bernyawa.

Lagi mengejutkan ialah gadis-gadis kepunyaan mereka tidak sedarkan diri dengan kecederaan di tubuh masing-masing.

"Sayang!"

"Baby!"

"Awak!"

"Honey!"

Iskandar, Raziq, Aiman dan Daniel menjerit melihat tubuh isteri mereka yang cedera. Tubuh kesemua gadis itu dihampiri dengan perasan marah dan risau.

Tengku Irfansyah menuju kearah isterinya Putri Qhaisara yang berdiri kaku seperti terkejut sahaja. Manakala Ikmal pula melihat adiknya yang sedang membelakangi mereka semua.

"Sayang? Sayang okey tak? Mereka ada pukul sayang tak?" risau Tengku Irfansyah lalu memeluk erat tubuhnya. Hampir luluh hatinya apabila mendapat tahu yang rumah tersebut diserang oleh pihak musuh.

"S-sayang okey," jawab Putri Qhaisara tergagap-gagap. Tengku Irfansyah meleraikan pelukkan dan memandang wajah isterinya pelik.

"Sayang kenapa ni? Sayang masih takut ke? Tak payah takut. Abang dan yang lain dah ada dekat sini. Jangan takut eh?" pujuknya berfikir yang isterinya masih takut dengan keadaan tersebut.

"Tak..sayang cuma nak cakap yang—-"

"Apa sayang?"

Belum sempat Putri Qhaisara menjawabnya. Suara dingin dari seseorang kedengaran di rumah tersebut. Suara yang sangat dikenali.

"Dah tahu ramai musuh. Kenapa tak tingkatkan keselamatan rumah? Bodoh ke apa?"

Ikmal terkejut begitu juga dengan yang lain. Suara itu adalah suara Amyra. Kenapa dia muncul pada waktu itu?

"Amyra." kata Ikmal perlahan. Dia menuju ke tempat adiknya perlahan-lahan.

Gadis itu memusingkan tubuhnya dengan senyuman sinis. Matanya yang berwarna hitam gelap menjadi tumpuan mereka.

"Damn it!" kata Ikmal. Amyra tergelak sinis. Kejutan untuk mereka semua. Setelah lama dia tidak munculkan diri.

"Kenapa? Terkejut ke?" soalnya dengan gelakkan sinis. Ikmal mengeluh kecil. Kenapa orang itu muncul pada waktu itu? Kenapa?

"Amyra! Please stop! Bagi tubuh aku balik!"

Amyra mendengus geram. Gadis itu menyusahkan dirinya sahaja. Kalau bukan sebab dia jangan harap yang ibunya akan selamat.

"Ada masa aku datang lagi." katanya lalu mata dipejamkan. Selepas itu, mata dibuka semula dan warna matanya sudah kembali seperti biasa.

Mereka menghembuskan nafas lega. Putri Amelia memandang kesemua mayat dengan pandangan kosong.

"Adik!"

Kata Ikmal lalu memeluknya dengan erat. Putri Amelia membalas pelukkan tersebut dengan senyuman manis. Dia yakin pasti abangnya sangat risaukan dirinya.

"Abang jangan risau. Adik tak apa-apa."

Persoalannya siapakah Amyra? Sejak bila orang yang bernama Amyra itu ada dalam hidup Putri Amelia? Semuanya akan terjawab pada bab yang seterusnya.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now