dua puluh sembilan

5.9K 303 0
                                    

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Hari itu adalah hari perkhawinan antara Ikmal dan Walisah. Ramai tetamu yang datang ke majlis tersebut.

Walisah menjadi malu kerana wajahnya yang hodoh. Ramai yang berkata buruk terhadap dirinya. Ada yang mengatakan dia tidak layak dengan Ikmal. Ada juga yang kata mukanya terlihat jijik. Dia hanya mampu berdiam sahaja.

Jika dulu dia seorang yang kasar dan akan melawan cakap orang yang menyakitkan hati namun tidak pada waktu itu. Disebabkan kejadian dimana kehidupannya berubah, dia terus menjadi seorang yang pendiam.

"Aku tak layak khawin dengan dia. Dia kacak. Aku hodoh." gumamnya perlahan dengan airmata yang mengalir sedikit.

Seorang gadis mendekati dirinya yang sedang duduk termenung jauh. Dia mengambil tempat di sebelah Walisah.

"Wal, kenapa kau termenung je ni? Kau ada masalah ke?" soal gadis tersebut kepadanya. Walisah mengeluh kecil.

"Aku rasa aku tak layak dengan dia, Diana. Kau pun mesti dengar tetamu kata apa. Aku ni hodoh sebab muka aku je ni. Hmmm.." ujar Walisah kepada Diana.

"Beb, kenapa kau macam tu? Kau tak hodoh pun beb. Kalau kau buat pembedahan muka kau ni pasti kau akan dapat muka kau yang dulu,"

"Aku taknak, Diana. Biar jelah aku macam ni sampai bila-bila. Aku tak kisah kalau orang menjauh dengan aku sebab muka aku yang hodoh ni je," balas Walisah dengan perlahan. Diana menggelengkan kepalanya.

"Kau janganlah macam ni. Aku yakin kau kuat." kata Diana memberikan dia semangat. Tanpa mereka sedari. Perbualan mereka berdua didengari oleh Ikmal yang berada di dalam belakang mereka. Dia menghampiri kedua gadis tersebut.

"Ehem!!"

"Eh? Ikmal. Bila kau ada dekat situ? Tak perasan pun." kata Diana kepada Ikmal. Walisah terus menundukkan kepalanya.

"Baru je," tipu Ikmal. Diana mengganguk faham.

"Kalau macam tu..aku masuk dulu eh? Korang boraklah." kata Diana lalu masuk ke dalam membiarkan kedua pasangan pengantin baru tersebut berbual.

Ikmal mengambil tempat Diana lalu memandang wajah Walisah yang hanya menundukkan wajahnya. Ikmal tahu gadis itu mesti malu dengan wajahnya.

"Kau tengok lantai tu dah kenapa? Ada apa dekat lantai tu? Ada emas?" 

Walisah mendengus geram. Mamat ni kan memang tak sah kalau tak sakitkan hati aku. Nak je aku cakar muka dia tu.

"Takde apa. Wal masuk dalam dulu."

Walisah terus berdiri dan membuka langkah ingin masuk ke dalam rumah. Pergelangan tangannya dipegang oleh Ikmal. Gadis itu terkejut.

"Apa ni? Lepaslah! Tak malu ke orang tengok?" ujar Walisah lalu mencuba melepaskan cengkaman Ikmal. Matanya meliar pada kawasan tersebut jika ada orang berada disitu.

"Duduk."

"Taknak. Lepaslah!!"

"Aku cakap duduk."

"Taknak!"

"Degil!"

Tanpa berkata apa-apa. Tangan Walisah ditarik secara mengejut dan secara serta-merta tubuh Walisah terikut sekali. Tubuhnya sudah berada di atas riba Ikmal. Jantung Walisah berdegup dengan laju.

"Apa ni? Tak malu ke? Hish!! Lepaslah!!! Wal nak masuk!!!!!!!" jeritnya. Ikmal lantas menekup mulut Walisah menggunakan tangannya.

"Diamlah! Kau nak aku buang kau dekat kolam tu ke?" ugut Ikmal lalu dibalas gelengan dari Walisah dengan laju. Dia terus mengunci mulutnya.

"Bagus. Aku taknak dengar suara kau. Baik kau diam je. Kalau tak..aku buang kau dalam kolam tu." kata Ikmal lagi. Walisah menggangguk faham berkali-kali. Ikmal menahan senyum melihat sikap gadis itu yang sangat comel di pandangannya.

Walaupun wajah gadis itu sudah hodoh pada bahagian sebelah namun dia tidak kisah. Dia tetap terima gadis itu.

"Kenapa kau tak masuk dekat dalam? Kau buat apa dekat sini? Tetamu ramai dekat dalam. Kenapa tak masuk je?" soal Ikmal kepadanya. Walisah menundukkan kepala.

"Erkk..Wal saje je nak ambil angin dekat sini."

"Dekat dalam takde angin ke? Dekat dalam kan ada aircond. Apa lagi yang kau tak rasa sejuk? soal Ikmal. Walhal dia sudah tahu kenapa gadis itu tidak mahu masuk.

"Erkk..."

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now