lima puluh enam

6.3K 261 0
                                    

Putri Qhaisara memandang wajah suaminya dengan geram. Dia rasa nak je bunuh lelaki tersebut biar mampus!

"Abang! Abang ni memang sengaja kan?"

"Sengaja apa pula ni sayang?"

"Huh? Sengaja buat kek aku hangus terbakar dalam oven kan? Arghh!!!!!!!! Bencilah!!!" jerit Putri Qhaisara melepaskan geramnya. Irfan menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan sengihan.

"Sayang janganlah marah. Abang tak sengaja sayang. Abang dah periksa. Abang fikir kek tu belum masak sebab tu abang pusing dan pusing lagi masa dia." kata Irfan membela dirinya. Dia bukannya tahu sangat jika kek itu sudah masak ataupun tak.

Putri Qhaisara memandang suaminya tajam lalu kek yang hangus tadi diletakkan di muka Irfan dengan geram.

Pap!!

"Sayang!" Irfan terkejut. Putri Qhaisara tersenyum puas lalu dia tergelak melihat wajah suaminya yang dipenuhi dengan kek.

"Pftt HAHAHAHAHHAAHHAAHAH" gelaknya. Irfan menahan geram dengan sikap isterinya. Dia membersihkan wajahnya yang penuh dengan kek. Dia mengukirkan senyuman jahat.

"Sayang, Ikmal ada dekat belakang sayang." kata Irfan kepadanya. Putri Qhaisara menghentikan tawanya dan memusingkan tubuhnya ke belakang. Dia mencari kelibat Ikmal namun tiada.

"Abang. Abang kata ada Ikmal. Takde pun." katanya pelik. Dia berasa pelik kerana suara suaminya tiada kedengaran. Dia memusingkan tubuhnya kembali menghadap Irfan.

"Ab——"

Pap!!

"HAHAHAHAHAHAH"

Wajah Putri Qhaisara sudah dipenuhi dengan kek seperti Irfan. Putri Qhaisara diam tidak berkutik manakala Irfan pula galak mentertawakannya.

"ABANG!!"

"HAHAHAHAHA MACAM MAK LAMPIR!! HAHAHAHAHAHA." kutuk Irfan lalu segera melarikan diri.

"KURANG AJAR!!!"

Dia membuka langkah lalu mengejar suaminya. Anak buah Irfan hanya mampu melihat mereka berdua yang sering bergaduh manja namun hubungan mereka sangat bahagia.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now