lima

7.6K 397 10
                                    

Ikmal memandang kearah dalam van tersebut. Suara gadis itu seperti dia kenal. Otaknya ligat memikirkan siapa gadis tersebut.

'Aku rasa aku kenal dengan suara tu. Tapi, siapa?' soalnya di dalam hati.

"Korang bawa ketua korang ni pergi dari sini. Semak ah!" kasar lelaki yang berkulit hitam itu berkata. Ikmal tersenyum sinis. Kasarnya bahasa.

"Aku nak korang lepaskan perempuan yang berada dalam van. Kalau tak korang tahulah nasib korang." dingin Ikmal berkata. Anak buah musuhnya tergelak seakan merendahkan kemampuan dirinya.

"Eh, kau fikir kami takut ke? Kami takkan buat apa yang kau suruh. Kau siapa nak arah kami? Boss kami ke?" kata lelaki yang berkulit hitam itu dengan senyuman mengejek.

Ikmal tersenyum sinis. Nampaknya, mereka masih belum kenal siapa dirinya. Mungkin mereka adalah orang baru dari kumpulan musuhnya.

"I see. Aku dah cakap elok-elok, korang tak dengar." kata Ikmal lalu melepaskan tembakan secara mengejut tepat di dahi lelaki tersebut.

Bang! Bang! Bang!

Tiga das tembakan dilepakan dengan senyuman sinis. Anak buah musuhnya ingin menembak Ikmal namun anak buah Ikmal terlebih dahulu bertindak.

Bang! Bang!

"Argh!!"

Hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi. Mereka berbalas tembakan antara satu sama lain. Jumlah musuh tidaklah ramai dan itu memudahkan Ikmal dan anak buahnya membunuh mereka.

Bang! Bang! Bang!

Anak buah musuh Ikmal tumpas. Ikmal tersenyum puas. Orang dah cakap elok-elok, dia balas kasar pula. Kan dah kena.

"Korang pergi periksa perempuan yang ada dalam van tu." Arahnya kepada anak buahnya. Anak buahnya mengganguk faham dan menghampiri van tersebut.

Walisah dan Diana terkejut dengan kehadiran anak buah Ikmal. Wajahnya sangat menakutkan dan bengis. Mereka berfikir bahawa lelaki itu adalah orang jahat.

"Lepaskan kami! Kami dah bayar hutang dekat korang! Korang nak apa lagi?" tengking Walisah tidak gentar.

"Aku bukan orang jahat. Lebih baik kau diam!" marah lelaki tersebut kepada Walisah. Walisah menjelingnya tajam.

Tali ikatan mereka berdua dibuka. Walisah dan Diana mengerutkan dahinya. Dalam fikirannya siapa lelaki yang telah menolong mereka?

Ikmal pula sudah masuk ke dalam kereta. Dia malas nak bertembung dengan gadis itu. Dia masih belum tahu bahawa perempuan yang dia selamatkan itu adalah Walisah.

Dia kembali sibuk dengan telefon bimbitnya. Malas nak mengambil tahu. Yang penting dia sudah selamatkan gadis tersebut sudah cukup.

Walisah dan Diana keluar dari van tersebut. Rasanya sebelum mereka dilepaskan, dia terdengar suara lelaki yang dia kenal.

'Aku rasa suara tu dari mamat sialan tu. Tapi, mana dia ek?' soalnya dalam hati.

"Korang berdua tunggu sini." dingin anak buah Ikmal berkata. Kedua gadis itu hanya mengganguk faham sahaja. Tubuh yang tidak bernyawa itu dipandang dengan perasaan takut.

"Wal, mereka tu pembunuh ke?" soal Diana takut. Walisah mengangkat kedua bahunya. Dia sendiri pun tidak tahu.

"Tak tahulah, Dia. Aku rasa macam iya, macam tak," balas Walisah tidak pasti. Tapi, dia bersyukur kerana mereka telah diselamatkan.

Tok! Tok! Tok!

Tingkap cermin kereta diketuk sebanyak tiga kali. Ikmal menurunkan cermin tingkap. Matanya tidak diahlikan dari telefon bimbit.

"Hmm."

"Dua orang perempuan tu macam mana?" soal anak buahnya. Ikmal sama sekali tidak mengangkat wajahnya.

"Kau suruh yang lain hantar mereka pulang. Aku nak cepat ni," balas Ikmal dingin. Anak buahnya mengganguk faham lalu dia mengarahkan rakannya yang lain untuk menghantar Walisah dan Diana pulang ke rumah.

Walisah mengecilkan matanya memandang kearah Ikmal yang berada di dalam kereta tersebut. Keadaan yang gelap menyukarkan dia untuk melihat wajah tersebut.

'Aku rasa aku kenal dengan mamat tu.' katanya dalam hati.

Setelah dia perhatikan dengan lama. Akhirnya, dia dapat mengenali wajah tersebut. Dia terkejut dalam pada masa yang sama dia gembira.

"Korang berdua ikut kereta tu. Bagitahu pemandu tu alamat korang berdua." kata anak buah Ikmal. Walisah mengganguk sahaja begitu juga dengan Diana.

"Siapa lelaki yang berada dalam kereta tu?" soal Walisah ingin tahu. Dia kenal lelaki itu. Lelaki tersebut sudah membantunya sebanyak 2 kali.

"Bukan urusan kau," balas anak buah Ikmal lalu menuju ke kereta Ikmal dan masuk ke dalam. Walisah mencebikkan mulutnya.

"Sial punya jantan. Aku tanya elok-elok kot. Jawabnya elok-elok juga. Hampeh!" omelnya tidak puashati. Diana menggelengkan kepalanya.

"Woii! Cepat masuk!" jerit salah seorang anak buah Ikmal yang diarahkan untuk hantar kedua gadis itu pulang ke rumah.

Walisah dan Diana terkejut dengan jeritan tersebut. Mereka terus berlari anak masuk ke dalam kereta itu. Manakala, Ikmal pula sudah terlebih dahulu meninggalkan kawasan tersebut.

Walisah tersenyum dalam hati. Tak sangka mamat dia benci selalu ada diwaktu dia berada dalam kesusahan.

'Thank you, Mr. Uknown.'














Putri memandang wajah Irfan dengan geram. Lelaki itu hanya membalas pandangannya dengan pandangan kosong.

"Abang dengar tak?" soal Putri yang sudah hampir kehilangan sabar. Irfan hanya buat bodoh.

"Tengku Irfansyah! Dengar tak?" soalnya lagi dengan nada yang sedikit tinggi. Irfan mengeluh kecil.

"Aduh..sayang ni. Nanti jelah kita bincang pasal ni eh? Abang dah mengantuk sayang." kata Irfan lalu memejamkan matanya.

"Taknak! Sayang nak bincang hal ini juga!" protes Putri kepadanya.

"Sayang, Ikmal masih muda tau. Perjalanan dia masih jauh. Masih dekat India lagi. Sayang pula nak abang bagitahu dia suruh khawin secepat mungkin. Sayang tak kasihan ke?" kata Irfan dengan suara sengaja disayukan.

"Amboii..masih muda kepala babun abang! Masa abang khawin dengan sayang takde pula abang fikir abang masih muda. Keputusan sayang muktamad!" kata Putri. Irfan mengeluh lagi.

"Abang takde babun sayang. Kalau sabun banyak. Sayang pilih je sabun mana yang sayang nak dekat bilik air tu. Berlambak sabun tu sayang." ujar Irfan kepada isterinya.

"Saje je kan? Abang ni kan banyak mulut betul ah!"

"Mulut abang cuma ada satu je ni sayang. Kalau banyak tu bukan manusia. Itu makhluk jadian," balas Irfan menambahkan lagi geram Putri.

"Bencilah! Esok sayang nak pindah rumah Aiman! Sayang nak tidur dekat sana. Padan muka abang!" ugut Putri. Membulat mata Irfan mendengarnya.

"Siapa suami sayang sekarang? Abang ke Aiman? Sayang jangan nak macam-macam ek? Kalau sayang buat juga, tiada maaf bagimu." kata Irfan kepada Putri. Gadis itu tersengih sebelum dia menghampiri suaminya.

"Erk..gurau je, abang. Sayang takkan buatlah. Ish, gila ke apa tinggalkan suami aku yang gila ni. Kesian nanti abang bertambah gila pula kalau sayang tinggalkan rumah ni." ujar Putri dengan perlian.

"Sayang perli abang ke?"

"Eh, taklah. Bukan perli tu. Tapi, perlukan. Abang perlukan sayang. Abang salah dengar tu. Siapa suruh tak korek taik telinga," balas Putri.

"Betul juga tu. Abang dah lama tak korek taik telinga abang ni. Esok jelah abang korek. Lagipun, telinga abang sentiasa bersih." ujar Irfan. Putri menjulingkan bebola matanya keatas.

"Apa-apa jelah."

"Jom, tidur. Selamat malam sayang."

"Selamat malam juga, abang,"

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now