dua

10.7K 472 25
                                    

Seorang gadis yang cantik bersama dua orang lelaki yang sedang bersamanya makan di sebuah restoran yang mahal.

Gadis tersebut bergelak tawa bersama dua orang lelaki itu. Pandangan sekeliling tidak dihiraukan oleh mereka.

"Harish, kau takde meeting ke dekat office kau?" soal gadis itu kepada lelaki yang bernama Harish.

"Takde. Kalau ada meeting, aku takkan keluar dengan korang berdua yang dah macam berok dari zoo," balas Harish selamba. Mereka berdua memandang wajah kacak lelaki itu dengan perasaan yang geram.

"Kau cakap apa? Kau kata kami berok? What the..erghh!!"

"Hell!" sambung lelaki yang duduk bersebelahan dengan gadis cantik tersebut. Gadis itu memandang wajahnya dengan tajam.

"Kenapa kau sambung ayat aku? Biar aku yang sambung. Tak payahlah sibuk." marahnya pula kepada lelaki itu.

"Biar jelah aku sambung. Kau ni Wal, garang sangat," cebiknya. Menyampah betul dengan sikap gadis itu yang seperti lelaki sahaja. Kasar dan agak menjengkelkan.

"Macam je kau tak kenal perangai dia, Aniq. Dia kan tomboy." sampuk Harish pula. Kedua lelaki itu diberikan cubitan maut oleh Walisah.

"Sedap mak bapak korang je cakap aku tomboy eh? Kau ada nampak aku macam tomboy ke setan?" geramnya. Harish dan Aniq menggosok lengan mereka yang dicubit oleh Walisah sebentar tadi.

"Adalah iblis. Kau tengok perangai kau tu. Dah macam lelaki. Kasar betul," balas Aniq. Harish menggangukkan kepalanya.

"Aku perempuan tulen! Suka hati korang je cakap aku macam tu." katanya kepada Harish dan Aniq. Kedua lelaki itu menjulingkan mata mereka keatas.

Walisah melihat jam di pergelangan tangannya. Hanya ada beberapa minit sahaja lagi sebelum dia bergerak pulang ke rumah. Dia kena berada di rumah sebelum kedua orang tuanya datang. Kedua ibubapa Walisah berada di Italy untuk menguruskan hal mengenai syarikat mereka.

"Aku gerak dulu. Ada apa-apa hal, call je." katanya dibalas anggukan dari kedua lelaki tersebut.

"Pandu kereta tu jangan laju sangat. Kalau nak jumpa tuhan pun pastikan kau dah khawin dah ada anak baru boleh jumpa tuhan." kata Harish.

"Betul tu. Tapi, kalau kau nak jumpa tuhan awal pun takpe. Kan, bro?" sampuk Aniq pula lalu mereka ketawa terbahak-bahak di depan Walisah.

'Mamat dua ekor ni kan, memang nak kena dengan aku ah.' desis hati Walisah.

Pang! Pang!

Dua tamparan hinggap di muka mereka berdua. Satu di wajah Aniq dan satu lagi di wajah Harish. Orang lain memandang mereka dengan pelik. Mereka berfikir mungkin kedua lelaki itu merupakan kekasih kepada Walisah.

"Mak...sakitnya. Ya Allah, berbisa sungguh tamparanmu wahai kaum hawa." kata Aniq lalu mengusap pipinya.

"Tamparan dia tidaklah sesakit mana wahai kawanku. Tapi, tamparan dia terasa penuh syahdu." kata Harish pula. Mereka berdua tergelak bersama terasa tamparan yang diberikan oleh Walisah itu tiada kesan bagi mereka. Sudah terbiasa dengan sikap gadis itu.

Walisah hanya pasrah sahaja. Dua ekor itu kalau tak menyakitkan hati dia memang tak sah. Mereka adalah sepupu kepada gadis itu.

"Dahlah! Aku nak blah! Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam," jawab mereka serentak. Walisah terus melangkah keluar dari restoran tersebut dengan perasaan geram.

Kereta miliknya ditujui lalu kunci kereta dikeluarkan dari beg yang berjenama gucci. Pintu kereta dibuka lalu dia meloloskan diri ke dalam. Enjin kereta dihidupkan dan meluncur laju di atas jalan raya.










Walisah fokus dengan pemanduannya. Dia singgah di mall sebentar untuk membeli barang keperluannya yang sudah habis.

Sampai sahaja di mall, kaki melangkah keluar dari kereta dan berjalan menuju masuk ke dalam mall tersebut.

Kedebuk!

"Woii! Mamat buta, mata mana hah? Tak reti tengok jalan elok-elok ke?" marah Walisah agak sedikit kuat. Elok sahaja punggungnya mencium lantai. Dia lantas bangun dan memandang wajah lelaki yang melanggarnya.

'Kacak, tapi tak sekacak daddy aku.' getus hatinya.

"Apa woi? Girl better you diam! Cakap itu biar lembut sedikit," balas lelaki itu dingin. Naik menyampah pula Walisah dibuatnya.

"Mr. Uknown or jambalang, setan, jin, mata kaji, perigi, kau boleh pergi mati! Eh, siapa kau nak suruh aku diam? Aku ni bercakap guna mulut aku, bukan mulut kau. Biarlah nak kata lembut ke kasar ke? Ada masalah dengan kau ke?" kata gadis itu berani mati. Tangan disilangkan di dada dengan wajah yang geram.

"I see. Menarik." ujar lelaki tersebut dengan senyuman sinis di bibirnya. Walisah mengerutkan keningnya memandang lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Apa yang menarik? Kau ingat aku tertarik dengan kau? Takde masa aku nak tertarik dengan kau!" ujar Walisah geram. Lelaki itu tergelak sinis.

'Kau belum kenal aku siapa. Kalau kau tahu siapa aku, aku rasa kau takkan berani cakap macam ni dekat aku.' desis hati lelaki tersebut.

"Whatever, girl! Tolong bagi laluan untuk aku. Jangan nak halang laluan. Semak. Faham?" dingin dia berkata kepada Walisah.

"Semak kepala botak kau."

"Kau ada nampak kepala aku botak ke?"

"Takde pula. Kepala kau ada rambut. Aku saje je cakap macam tu," balas Walisah. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

"Aku rasa perempuan ni tak betul." katanya perlahan. Dia menolak bahu Walisah untuk memberikan dia laluan.

"Buang masa aku je." bebelnya dan melangkah pergi meninggalkan Walisah yang masih geram dengan sikapnya. Tapi, dia peduli apa?

"Ewah, mamat ni kan. Siap kau kalau aku jumpa kau lagi. Dahlah tak cakap minta maaf sebab langgar aku. Mamat sialan!" omelnya sendiri. Dia melanjutkan perjalanan masuk ke dalam mall untuk membeli barang keperluannya.






Irfan dan Putri bersiap untuk melawat Putri Amelia yang sudah sedarkan diri. Hati mereka berdua sudah berasa gembira kerana gadis itu sudah sedarkan diri.

"Abang! Cepatlah! Lembab betullah." bebel Putri. Sudah hampir 20 minit dia tunggu suaminya bersiap. Mengalahkan perempuan.

"Kejaplah. Abang tengah cari telefon abang ni. Abang lupa sayang letak dekat mana." ujar Irfan sibuk mencari telefon bimbitnya.

Putri memandangnya pelik. Telefon bimbit suaminya berada dalam poket seluar lelaki itu. Macam mana dia tahu? Kerana poket itu dari luaran berbentuk telefon bimbit.

"Woii, abang!"

"Astghfirullahalazim, sayang. Kenapa menjerit? Buat aku sakit jantung je. Kalau abang mati sebab terkejut, sayang jadi janda tahu tak?" marahnya kepada Putri. Dia mengurut dadanya akibat terkejut.

"Abang cari telefon bimbit abang?"

"Yelah, takkan abang cari bontot sayang pula," balas Irfan berloyar buruk. Putri hanya pasrah sahaja dengan perangai sengal suaminya.

"Masalahnya sekarang ni bontot sayang ada je. Dan telefon bimbit abang tu ada dalam poket seluar abang. Asal lembab betul otak abang ni hah? Makan buaya ke berok?" geram Putri. Irfan terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluar dan mengambil telefon bimbitnya.

"Eh? Eh? Magiclah sayang."

"Magic kepala otak abang! Dah, jom. Kita dah lambat ni." kata Putri. Irfan mengganguk sebelum tangan Putri diraih dan turun ke bawah sambil berpegangan tangan. Mereka berdua tidak pernah tidak sweet. Walaupun sering bergaduh tapi hanya gaduh manja sahaja.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now