empat puluh tujuh

5.8K 277 0
                                    

Sebulan kemudian.....

Kehidupan Walisah dan Ikmal sangat bahagia tanpa ada sebarang gangguan. Mereka berdua juga sudah mengenali sikap mereka masing-masing.

Ikmal yang dulu dingin dan hati beku bertukar menjadi seorang yang penyayang dan sentiasa bersabar dengan karenah isterinya.

Ikmal juga semakin jatuh cinta dengan isterinya sendiri. Dia tidak sanggup kehilangan gadis tersebut di dalam hidupnya.

"Abang balik pukul berapa nanti?" soal Walisah kepada suaminya. Mereka berdua sedang berada di hadapan pintu depan rumah mereka.

"Tak tahu lagi sayang. Kenapa?" soal Ikmal kembali. Walisah tersengih membuatkan Ikmal pelik.

"Dah kenapa sengih macam tu?"

"Kalau sayang nak keluar sekejap boleh?"

"Untuk?"

"Nak beli something," jawab Walisah. Ikmal mengeluh kecil.

"Tak boleh. Tunggu abang balik. Nanti kita jalan sama-sama ye sayang," balas Ikmal lembut. Walisah hanya mampu pasrah sahaja.

"Hmm..yelah," balas Walisah lemah. Ikmal tergelak melihat wajah isterinya. Bukannya dia melarang namun dia risaukan isterinya kerana musuhnya ada dimana-mana sahaja.

"Sayang janganlah sedih. Abang janji yang abang akan pulang awal. Nanti kita boleh jalan sama-sama. Sayang bagitahu je sayang nak pergi mana. Okey?" pujuk Ikmal kepadanya. Walisah tersenyum lebar.

"Betul eh? Janji?"

"Janji sayang," balasnya. Walisah mengganguk lalu membuat simbol ok kepada suaminya. Ikmal tersenyum lalu mengucup dahi Walisah dengan lama.

"Abang pergi dulu eh? Jangan keluar tanpa kebenaran abang. Ingat tu."

"Ye, sayang ingat,"

"Good. Abang pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, abang. Hati-hati ye abang," pesan Walisah dibalas anggukan dari Ikmal. Ikmal masuk ke dalam perut kereta dan meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

Setelah kelibat kereta milik Ikmal sudah tiada. Dia terus masuk ke dalam dan menuju ke bilik mereka. Anak buah Ikmal yang menyapanya, dia hanya balas dengan senyuman sahaja. Tidak sabar ingin keluar bersama suaminya nanti.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now