sebelas

6.2K 346 10
                                    

Walisah keluar bersama Diana memandangkan waktu itu mereka berdua tidak masuk kerja. Kedua gadis itu bekerja dia syarikat milik ayah Walisah.

Walisah ada boss manakala Diana pula adalah pembantu peribadinya. Hari itu mereka tidak masuk dan meminta agar daddynya gantikan dirinya. Dia mahu menenangkan fikirannya yang serabut dengan hal-hal syarikat.

Nasib baik daddynya seorang yang baik hati dan sangat menyayangi dirinya. Mudah untuk dia minta apa sahaja apa yang dia inginkan.

"Wal, lepas ni kita nak pergi mana pula?" soal Diana sambil mengunyah keropok potato. Walisah berfikir sejenak.

"Hmm, tak tahu lagi. Kau pula nak pergi mana?" soalnya kembali kepada Diana. Rakannya berfikir sebelum menjawab soalannya.

"Aku nak pergi taman kanak-kanak," jawab Diana dengan senyuman riang. Walisah memandangnya seketika.

"Kau biar betul? Takde tempat lain ke?" soal Walisah lagi. Diana berfikir sejenak sebelum dia menggangukkan kepala.

"Ada. Kita pergi pantai," balas Diana dengan riang. Walisah tersenyum kecil sebelum dia menurut sahaja apa yang dikatakan oleh Diana.

"Yelah. Lepas ni kita pergi pantai." ujar Walisah. Diana tersenyum suka. Dia menarik pergelangan tangan Walisah lalu digenggam.

"Jom!"

"Jom,"

Mereka berdua jalan bersama seperti pasangan adik-beradik. Kedua gadis itu sama cantik dan sama padan.

Selepas puas berjalan di mall. Mereka menuju ke tempat kereta dan masuk ke dalam. Destinasi mereka yang seterusnya adalah pantai yang menjadi kegemaran mereka.

Semasa dalam perjalanan ke pantai. Terlihat sebuah kereta mewah yang sedang hangus terbakar akibat kemalangan.

"Weh, apa jadi tu?" soal Diana cemas. Walisah juga turut cemas seperti dirinya. Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri mereka.

"Tak tahu. Kita tengok dulu," balas Walisah kepada Diana. Rakannya menggangukkan kepala. Kereta diletakkan tidak jauh dari kawasan kemalangan tersebut.

Ramai orang yang menyerbu tempat tersebut. Terlihat seorang wanita yang sudah berusia namun tetap cantik dengan cedera yang parah terbaring di atas jalan raya.

"Apa jadi ni?" soal Walisah cemas. Wanita itu dihampiri. Sepertinya dia mengenali wajah wanita itu.  Dia cuba mengingati wajah tersebut.

'Muka ni macam...' desis hatinya.

"Weh, Wal. Kesian ni. Apa kata kita bawa dia pergi hospital." cadang Diana risau. Keadaan wanita itu sangat teruk. Pemandu kereta tersebut sudah tidak dapat diselamatkan.

"Korang dah call ambulans ke?" soal Walisah kepada orang yang berada di situ.

"Belum lagi. Kejadian ni pun baru je. Dalam beberapa minit yang lalu," jelas seorang gadis yang menjadi saksi berlakunya kemalangan tersebut.

"Kau kenal ke dengan orang ni?" soal gadis itu kepada Walisah. Diana memandang wajah rakannya.

"Aku kenal. Dia makcik aku," balas Walisah dengan lancar. Diana memandangnya dengan riak terkejut. Betul ke apa yang gadis itu cakap?

"Ouh, kalau macam tu bawa dia pergi ke hospital cepat." Arah gadis itu dibalas anggukan dari Walisah. Mereka meminta agar wanita itu dimasukkan ke dalam kereta miliknya.

Walisah dan Diana masuk ke dalam perut kereta setelah wanita itu sudah selamat dimasukkan ke dalam kenderaannya.

"Dia makcik kau ke?" soal Diana inginkan kepastian. Walisah menggangukkan kepalanya. Diana hanya mengganguk faham.

Mereka berdua membawa wanita itu menuju ke hospital. Walisah berdoa agar wanita itu akan selamat.









Puan Nurhuda yang sedang berbual dengan suaminya Encik Mahmud menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Masih ingat dengan Puan Nurhuda dan Encik Mahmud? Mereka berdua adalah kedua ibu bapa Putri Qhaisara Qistina.

"Assalamualaikum, ini siapa?" soal Puan Nurhuda. Mendengar jawapan dari orang tersebut dan berita yang dikatakan membuatkan dia berasa terkejut.

"Terima kasih. Kami akan datang dengan segera," jawab Puan Nurhuda cemas. Suaminya Encik Mahmud memandang wajahnya dengan pelbagai persoalan.

"Kenapa?"

"Abang. Anak kita kemalangan. Sekarang dia dekat hospital," jawab Puan Nurhuda dengan airmata. Encik Mahmud terkejut.

"Siapa?"

"Putri,"

"Astghfirullahalazim. Jom, kita ke sana." kata Encik Mahmud dibalas anggukan dari Puan Nurhuda. Mereka berdua bergerak keluar dari rumah mereka untuk pergi ke hospital di mana Putri Qhaisara diletakkan.








Walisah dan Diana menunggu di ruangan kecemasan. Diana hanya diam sahaja manakala Walisah pula sudah seperti cacing kepanasan. Dia tidak berhenti berdoa agar makciknya dapat diselamatkan.

"Wal. Bertenang. Semua akan baik-baik je." ujar Diana menenangkan rakannya yang dilanda kerisauan. Walisah memandangnya.

"Aku takut."

"Kau kena yakin dengan Allah. Apa yang akan jadi nanti semua itu adalah takdir Allah. Mahupun baik ataupun buruk," balas Diana dengan senyuman kecil. Walisah menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya secara perlahan-lahan.

"Okey," balas Walisah dengan senyuman segaris. Selepas beberapa minit, kedengaran suara yang menerpa kearah mereka.

"Walisah?"

Walisah memandang kearah suara tersebut. Terlihat Puan Nurhuda dan Encik Mahmud dengan beberapa orang lagi berada disitu.

"Nenek," balas Walisah lalu memeluk tubuh Puan Nurhuda dengan senyuman hambar. Puan Nurhuda membalas pelukkan tersebut.

"Macam mana kamu boleh ada dekat sini?" soal Puan Nurhuda ingin tahu.

"Wal yang bawa aunty Putri ke hospital. Waktu dalam perjalanan ke pantai kami nampak kereta milik aunty Putri kemalangan," jelas Walisah dengan lancar. Puan Nurhuda mengganguk faham.

"Mummy Wal macam mana? Dia tahu tak pasal ni?" soal Puan Nurhuda. Walisah menggelengkan kepalanya.

"Tak tahu," balas Walisah kepadanya. Puan Nurhuda hanya mengganguk sahaja. Sebenarnya ibu Walisah adalah adik kepada Puan Nurhuda iaitu Datin Nurhidayah. Datin Nurhidayah berkhawin dengan seorang Dato pada usia yang muda. Walisah bukanlah anak kandung kepada Datin Nurhidayah. Dia merupakan anak angkat.

Sewaktu gadis itu berumur 19 tahun dia diambil sebagai anak angkat memandangnya Datin Nurhidayah tidak mempunyai anak perempuan. Dia hanya ada anak dua orang lelaki sahaja. Oleh sebab itu, Walisah diambil menjadi anak angkatnya.

Pertemuan mereka berdua adalah sama sekali tidak dirancang. Walisah yang merupakan anak yatim piatu bekerja di butik Datin Nurhidayah. Sikap gadis itu yang rajin dan baik menarik perhatian Datin Nurhidayah. Bermula sejak itu dia mengambil Walisah sebagai anak angkat mereka.

"Takpelah." kata Puan Nurhuda. Walisah hanya tersenyum kepadanya dan Encik Mahmud. Seketika dia terlihat seseorang yang sangat dia kenali.

Pandangan Walisah dan seseorang bertembung. Masing-masing memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

'Kenapa dia boleh ada dekat sini? Erghh!!!' Dia....."

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now