dua puluh

6.2K 303 2
                                    

"Arghh!!!!! Macam mana bini aku boleh kena culik sial?" marahnya kepada anak buahnya. Wajahnya semakin membengis.

Waktu itu dia baru sahaja ingin pergi ke hospital untuk melawat isterinya semula namun anak buahnya memberitahu yang isterinya sudah tiada dan diculik oleh musuhnya sendiri.

"Maafkan kami, boss. Kami akan cuba jejak Puan Putri," ujar salah seorang anak buahnya. Irfa merenung tajam. Pistol diambil di dalam poket seluarnya lalu dihalakan tepat pada dahi lelaki tersebut.

"Jangan cakap cuba. Aku nak korang cari bini aku sampai dapat. Kalau korang tak dapat jumpa bini aku. Korang tahulah nasib korang nanti," dingin dia berkata. Anak buahnya yang lain menelan air liur dengan kesat. Perlahan-lahan mereka menganggukkan faham.

Klak!

"Bro, apa jadi?" soal Iskandar diikuti dengan Aiman, Raziq dan Daniel di belakang. Irfan menurunkan pistolnya lalu memberi isyarat mata menyuruh anak buahnya keluar dari bilik tersebut.

"Aku tak tahu," balasnya lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi empuk. Matanya dipejam untuk membuatkan dirinya tenang. Dalam hati dia sangat risaukan isterinya yang tidak diketahui dimana keberadaannya.

"Adik aku kena culik ke? Siapa culik?" soal Iskandar ingin tahu. Dia cuba beriak tenang kerana tidak mahu menambahkan stress kepada Irfan. Lelaki tersebut membuka matanya lalu mengeluh panjang.

"Orang yang sama culik dia. Aku geram betul dengan dia tu! Apa lagi yang dia tak puashati? Bini aku takde salah apa-apa pun!" bengangnya. Urat-urat hijau dibahagian lehernya mulai kelihatan.

"Bro, mungkin dia ada benda yang belum selesai dengan kau. Aku yakin benda tu," kata Raziq.

"Betul tu. Along kena kuat! Jangan tunjukkan yang diri along tu lemah!" sampuk Aiman pula.  Irfan hanya berdiam dan merenung wajah mereka satu persatu. Dia sendiri bingung dan susah hati dengan keadaan isterinya yang diculik oleh salah satu musuh mereka.

"Is..aku minta maaf. Ini semua salah aku. Kalau aku tak tinggalkan adik kau dekat hospital. Mesti semua ni takkan jadi." kesal Irfan dengan wajah yang ditundukkan. Iskandar tersenyum segaris. Bahu rakannya ditepuk perlahan.

"Takpelah. Kau tak salah pun. Kau sendiri tak minta pun benda ni jadi kan? Kau janganlah salahkan diri kau. Kita akan cari adik aku sampai jumpa," balas Iskandar kepadanya. Mereka yang lain turut mengukirkan senyuman yang kecil untuk Irfan yang sedang kusut memikirkan tentang isterinya yang masih belum pulih keadaannya selepas kemalangan.

"T-tapi...ini dah kali keberapa adik kau kena culik, Is. Aku memang kurang peka dengan keadaan. Aku bodoh sebab tak reti nak jaga isteri sendiri. Ketua mafia jenis apa aku ni?" sayu dia berkata kepada mereka semua.

"Syah, kau janganlah macam ni. Kau jangan risau semuanya akan okey. Kau kena kuat," celah Daniel. Baru sahaja Irfan ingin membalas. Pintu bilik dibuka dari luar oleh Ikmal.

"Apa jadi ni? Aku dapat info dari anak buah aku yang ibu kena culik. Betul ke?" soal Ikmal terus dan menuju ke arah mereka.

"Hmmm," kata Irfan sepatah.

"Siapa yang culik ibu?" soalnya lagi. Dia sudah mulai menunjukkan sikap barannya. Dia sangat menyayangi ibunya kerana wanita itu adalah satu-satunya perempuan yang dia sayangi selepas adiknya dan juga seseorang di masa lampaunya.

"Orang yang culik ibu kau adalah orang yang sama yang buat ibu kau kemalangan," jawab Aiman bagi pihak Irfan yang tidak menjawab soalan anaknya dan sedang berada di dalam dunianya sendiri.

"Sial! Memang nak kena dengan aku!" marah Ikmal lalu menumbuk meja dengan kuat. Mereka yang lain hanya membiarkan lelaki muda tersebut melepaskan kemarahannya.

"Sekarang korang dah dapat jejak ibu aku ke?"

"Buat sekarang ni masih belum. Sebab Sandy masih berusaha mencari kedudukan ibu kau," jawab Aiman lagi. Masih ingat dengan orang yang bernama Sandy? Dia adalah rakan kepada Tengku Aimansyah. Dia juga orang yang membantu Tengku Aimansyah sehingga dia berjaya dan menjadi seorang ketua mafia yang berjaya.

"Baiklah. Kalau macam tu apa-apa keputusan yang Sandy dapat nanti. Jangan lupa beritahu dekat aku,"

"Okey,"

Ikmal mengganguk faham. Matanya jatuh memandang wajah ayahnya yang sedang termenung jauh. Dia menepuk bahu lelaki tersebut sehingga Irfan tersedar dari lamunannya.

"Ayah?"

"Ha? Kenapa?"

"Ayah janganlah macam ni. Ikmal yakin yang ibu tak apa-apa,"

"Hmm. Harapnya,"

Ikmal tersenyum kecil. Dia menepuk-nepuk belakang Irfan perlahan-lahan. Lelaki itu juga turut mengukirkan senyuman.

'Ibu..tunggu kami datang'

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now