sembilan

6.9K 369 23
                                    

Ikmal memandang wajah adiknya yang tidur lena di atas ribanya. Selepas kejadian rumah mereka diserang gadis itu terus merehatkan dirinya.

Manakala, gadis lain yang tercedera sedang dirawat oleh doktor peribadi mereka sendiri. Suami mereka masing-masing dalam keadaan risau dan marah.

Mereka pasti akan membalas perbuatan mereka yang telah berani menyentuh isteri-isteri kesayangan lelaki itu.

Ada sesetengah dari anak buah musuh mereka berjaya ditangkap waktu bersembunyi semasa Amyra membunuh kesemua rakan mereka.

"Haih, dia muncul lagi." keluh Putri Qhaisara memandang sayu wajah anak gadisnya. Tengku Irfansyah turut pelik kerana Amyra sudah lama tidak muncul.

"Sayang, kita tak minta pun dia muncul. Dia tu memang jahanam takde adab! Takde akal! Waktu kecil menyusahkan bila besar meranakan orang! Aku bunuh kang." marah Tengku Irfansyah. Putri Qhaisara memandangnya tajam.

"Abang kata apa? Bunuh? Abang nak bunuh abang kita ke?" marah Putri Qhaisara. Tengku Irfansyah tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"Erk..abang kata kutu sayang. Bukan bunuh anak kita," balas Tengku Irfansyah. Putri mengerutkan keningnya.

"Sejak bila pula sayang ada kutu ni?" soal Putri Qhaisara pelik. Irfan tersenyum kambing kearah isterinya.

"Akan kutunggu cintaku padamu sayang hingga akhir nafasku," balas Tengku Irfansyah romantik. Putri Qhaisara tergelak kuat. Ikmal pula tersenyum kecil melihat kemesraan ibu dan ayahnya yang tak pernah tak sweet.

"Abang mimpi apa ni? Asal jadi sweet tiba-tiba ni?" soal Putri Qhaisara dengan gelakkan. Tengku Irfansyah turut gelak bersama isterinya.

"Semenjak sayang khawin dengan abanglah," balas Tengku Irfansyah lagi. Ikmal hanya mampu jadi penonton sahaja.

Dia mengelus pipi adiknya dengan lembut. Dia pelik kenapa Amyra muncul pada waktu itu? Setelah sekian lama dia tidak muncul. Peristiwa dulu kembali terlayar di ingatannya. Kejadian yang menyebabkan Putri Amelia mempunyai DID.

DID adalah salah satu daripada beberapa penyakit dissociative yang lain seperti dissociative fugue dan dissociative amnesia. Dissociative dari segi bahasa bermakna pemisahan, atau bersifat pemisah. DID suatu ketika dahulu dipanggil split personality dan multiple personality.

Ia adalah penyakit kronik dan rumit yang melibatkan kekacauan memori autobiografi dan kesatuan identiti. Memori autobiografi bermaksud apa sahaja maklumat yang diingati tentang diri sendiri. Dalam erti kata lain, penghidap penyakit ini mempunyai lebih dari satu identiti atau personaliti. Identiti peribadinya berkecamuk dan tidak seragam.

Flashback

Putri Amelia menangis di sebuah bilik yang kosong dan kotor. Sudah beberapa bulan dia berada disitu. Dia diculik oleh musuh Tengku Irfansyah iaitu Dragon.

Kehidupannya sangat sengsara. Setiap hari dia didera dan dipukul tanpa belas kasihan dari segi mental dan fizikal. Diberi makan cacing dan daging tikus. Kejam? Memang kejam.

Dia hanya akan diberi makanan yang elok sekali dalam seminggu sahaja. Selainnya, dia akan diberi makanan cacing dan daging tikus. Minuman dia pula adalah air kencing.

Putri Amelia sanggup berlapar daripada makan benda kotor seperti itu. Tapi, nasib tidak menyebelahi dirinya. Dia dipaksa makan dan minum kesemua benda kotor tersebut sehingga dia pengsan.

Dia ingin pulang ke rumahnya semula dia sangat rindukan keluarganya waktu itu. Dia tidak berhenti berdoa agar mereka dapat menjumpai dirinya dengan segera.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now