tiga puluh tujuh

5.8K 279 1
                                    

Sampai di hadapan rumah mewah dan besar. Ikmal dan Walisah keluar dari perut kereta milik Ikmal. Walisah terpegun melihat rumah tersebut. Besar dan mewah.

Mulutnya ternganga melihat rumah tersebut. Ramai anak buah Ikmal yang mengawal setiap bahagian rumah tersebut.

"Besarnya...." katanya perlahan. Ikmal menggelengkan kepalanya melihat isterinya yang nampak teruja melihat orang tersebut.

"Tutup mulut tu. Nanti masuk lalat." tegur Ikmal kepadanya. Walisah tersengih kambing. Malu ditegur oleh suami.

"Erkk..hehe."

"Jom."

Anak buah Ikmal menundukkan hormat kepada mereka berdua. Walisah hanya tersenyum sahaja manakala Ikmal dengan wajah yang serius dan dingin dipamerkan. Dia hanya menggangukkan kepalanya kepada anak buahnya.

"Kenapa kau tak reti nak senyum eh? Cubalah senyum sikit." kata Walisah pelik. Lelaki itu jarang senyum.

"Aku tak suka. Malas," balasnya mendatar. Walisah mencebik malas. Senyum pun malas ke? Kerek betul dia ni. Menyampah pula aku.

"Senyum tu kan rezeki. Kenapa kau taknak senyum? Memang kau ada masalah nak senyum ke apa ni?" perli Walisah tidak puashati. Ikmal hanya membiarkan isterinya membebel. Malas mahu berdebat dengannya. Kalau dilayan sampai ke esok tak reti nak habis.

"Eh..asal tak jawab? Hish! Kerek betul kau ni. Menyampah pula aku. Baik tak payah jadi manusia. Geram pula aku."

"So? Ada aku kisah? Dah habis membebel? Kalau dah habis, kau pergi ke bilik hujung sana tu. Dekat situ bilik kita berdua," kata Ikmal dingin. Walisah menyilangkan kedua tangannya di dada.

"Haih..payah dapat suami dingin macam kau ni. Elok sangat tinggal dekat salji."

"Dah. Jangan banyak cakap. Ikut je cakap aku. Pergi sana,"

Dengan hati yang geram, Walisah terpaksa menurut apa yang dikatakan oleh suaminya. Diikutkan hati, nak je dia cekik. Tak cukup dengan cekik. Dia nak tumbuk wajah kacak milik Ikmal itu. Geram sangat. Nasib sahaja lelaki tersebut adalah suaminya kalau tak memang tak lama dia tumbuk, cekik, cakar lelaki tersebut! Geram!

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now