lapan belas

5.7K 300 0
                                    

Putri Qhaisara membuka matanya yang terasa berat secara perlahan-lahan. Dia memandang sekelilingnya.

"Aku dekat mana ni? Kenapa tempat ni gelap je?" gumamnya perlahan. Dia memegang kepalanya yang berdenyut. Mata dipejam rapat menahan sakit pada bahagian kepalanya.

"Miss Tengku Irfansyah. Dah sedar?" soal satu suara garau kepadanya. Keadaan yang gelap menyukarkan Putri Qhaisara untuk melihatnya.

"Kau siapa? Aku dekat mana ni?" soal Putri Qhaisara kepadanya. Lelaki tersebut tergelak kuat seakan apa yang dikatakan olehnya adalah benda yang kelakar.

"Kau tanya kau dekat mana? Kau dekat rumah kedua kau," balasnya bersama senyuman sinis disebalik tempat gelap tersebut. Gadis itu mengerutkan keningnya tidak faham.

"Kau jangan merepek setan! Aku dekat mana ni? Kau boleh jawab elok-elok tak?" tengkingnya dengan lantang. Namun, lelaki tersebut hanya tergelak sahaja.

"Jangan marah. Benda boleh bawa bincang elok-elok kan? Kenapa perlu marah?" katanya dengan nada mengejek. Putri Qhaisara mengetap gigi menahan rasa. Dia ingin mendekati lelaki tersebut namun kakinya sudah digari berserta tangannya.

"Argh!! Lepaskan aku!! Kau nak apa hah dari aku?"

"Takde apa. Aku cuma nak kau sebagai umpan untuk laki kau yang tak guna tu," balasnya dingin. Putri Qhaisara dilanda perasaan marah. Apa yang lelaki itu nak? Siapa sebenarnya lelaki itu?

"Kau siapa?"

"Kau tak perlu tahu aku siapa. Dah! Kau duduk diam-diam dekat sini! Jangan cuba nak larikan diri kalau kau masih nak hidup." katanya berserta ugutan sebelum melangkah pergi. Dia meninggalkan Putri Qhaisara bersendirian disitu. Gadis itu menjerit kuat.

"Arghh!!!!!! Lepaskan akulah!!!!"

Jeritnya dengan kuat. Bibirnya mengeluh kecil. Pasti suaminya bimbang akan dirinya waktu itu. Andai sahaja lelaki itu bahawa dia sudah diculik oleh musuhnya sendiri.

"Abang. Tolong datang cepat, abang." katanya lalu duduk bersendirian disitu. Dia hanya mampu memandang kawasan yang gelap tanpa sebarang cahaya. Jujur dalam hatinya dia berasa takut namun perasaan tersebut dia tepis. Dia akan cuba melawan perasaan takutnya sehingga suaminya datang menyelamatkannya.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now