enam belas

6K 348 12
                                    

Ikmal memandu dengan wajah yang serius. Walisah pula sibuk dengan telefon bimbitnya. Selepas mengambil pakaian Putri Qhaisara. Mereka terus kembali ke hospital.

Tengku Irfansyah sudah memberitahunya bahawa dia dengan Putri Amelia pulang ke rumah sekejap untuk berehat dan memintanya untuk menjaga Putri Qhaisara. Ikmal hanya menurut sahaja dengan apa yang dikatakan oleh ayahnya.

"Kau ada apa-apa urusan ke?" soalnya mendatar kepada Walisah. Gadis itu tersentak sebelum matanya diahlikan memandang wajah Ikmal.

"Takde," balasnya sepatah. Ikmal mengangguk sebelum kembali senyap. Walisah pun turut senyap tanpa bersuara.

Dalam perjalanan pergi ke hospital. Beberapa buah kereta yang tidak dikenali sedang mengekori mereka dari belakang. Ikmal perasan akan hal tersebut. Dia melajukan keretanya dengan wajah yang dingin.

Walisah yang berada di sebelah terkejut dengan kelajuan kereta Ikmal secara tiba-tiba. Kepala dipusing memandang ke arah lelaki tersebut.

"Kenapa bawa kereta laju sangat?" soalnya namun tidak dijawab oleh Ikmal. Walisah memandang ke arah belakang. Beberapa buah kereta ingin mengepung kenderaan Ikmal.

"Wehh!! Kenapa tu? Kenapa mereka ikut kita ni? Penjahat ke tu?" soal Walisah kepada Ikmal. Riak wajahnya sudah cemas. Ikmal masih dalam keadaannya seperti tadi.

"Duduk je diam-diam. Kau tutup mata kau dan tidur."

"Apa? Aku salah dengar ke? Kau suruh aku tidur? Waktu genting macam ni pun kau suruh aku tidur? Otak mana otak?" soal Walisah bengang. Ikmal berdecit halus.

"Diam je. Buat apa yang aku suruh,"

"Taknak. Macam mana aku nak tidur? Kalau ada penjahat dekat belakang,"

"Tidur dan tutup mata."

Walisah terdiam melihat pandangan Ikmal yang sangat menakutkan. Walaupun lelaki itu memandangnya dengan waktu yang singkat namun cukup menyeramkan.

"O-okey,"

Jawabnya tergagap-gagap. Dengan hati yang terpaksa. Walisah menutup matanya dan cuba untuk tidur. Ikmal tersenyum sinis.

Pistol diambil lalu cermin kereta diturunkan dan 3 das tembakan dilepaskan. Walisah hanya mendengar bunyi tembakan tersebut dengan jantung yang berdegup laju.

Bang! Bang! Bang!

Boom!!!

Salah satu kereta musuh mereka berjaya ditumpaskan. Hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi. Ikmal mengambil telefon bimbitnya dan menghubungi Iskandar.

"Hello? Kenapa?"

"Tolong jejak lokasi aku. Ada beberapa anak buah musuh kita sedang ekori aku. Cepat!"

"Okey. Kau tunggu kejap,"

Panggilan tersebut terus dimatikan. Dia memandu dengan kelajuan yang maksimum. Walisah pula sudah hampir menitiskan airmatanya.

Dia takut dan pada masa yang sama dia takut bersama dengan lelaki itu. Dalam fikirannya lelaki itu adalah orang jahat dan pembunuh.

"Kau jangan nangis. Aku ada je dengan kau. Jangan takut." kata Ikmal. Walisah terkejut. Matanya dibuka perlahan-lahan.

"Aku dah kata jangan buka mata kau. Kenapa kau buka?"

"Erkk..aku.."

"Dah. Tutup mata kau balik. Aku taknak kau tengok benda-benda yang macam ni. Tutup mata dan tidur," balas Ikmal kepadanya. Tangan Walisah digenggam erat. Gadis itu terkejut. Lidahnya terkeluh. Jantungnya pula sudah berdegup laju.

"K-kena—"

"Tidur," cantas Ikmal laju. Walisah terdiam namun selepas itu dia terus melelapkan matanya seperti yang diarahkan oleh Ikmal sebentar tadi.

Ikmal memandang seketika wajah Walisah dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Tangannya tidak dilepaskan daripada menggengam tangan Walisah. Malah dia semakin mengeratkan pegangan tersebut.

Bibirnya tersenyum sinis melihat beberapa kereta anak buah musuhnya. Dia pasti tak lama lagi anak buah mereka akan sampai untuk membantunya.

'Stupid!'

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now