sembilan belas

5.8K 326 2
                                    

Walisah tersedar dari tidurnya. Dia menggeliat kecil lalu membuka matanya. Dia melihat tangannya yang masih digenggam kemas oleh Ikmal. Kening dijongketkan sebelah.

"Kenapa kau tak lepaskan tangan kau dari aku? Rimas tahu tak." bebel Walisah kepadanya. Lelaki tersebut menoleh ke arahnya seketika sebelum dia fokus dengan pemanduannya semula.

"Woii!! Kau ni dengar ke tak hah? Kau pekak ke? Aku tengah bercakap dengan kau kot!" bengang gadis tersebut kepada Ikmal namun dia dianggap seperti tidak wujud oleh Ikmal. Walisah mendengus geram.

'Eh...mamat ni. Dia ingat aku ni bercakap dengan tunggul ke? Ada juga aku putuskan telinga biar tak dengar langsung! Ada telinga tapi macam takde telinga!' bebel Walisah di dalam hati.

"Aku takde masa nak bergaduh dengan kau." ujar Ikmal mendatar. Walisah menjeling tajam. Tangannya dilepaskan secara kasar sehingga genggaman tersebut terlerai.

"Rimas! Kau ingat aku ni bini kau yang kau nak pegang bagai!" kata Walisah. Ikmal hanya berdiam tanpa menjawab. Walisah menjadi geram. Aku bercakap dengan tunggul bernyawa ke apa ni? Bencilah!!!

"Ada telinga tapi macam—-"

"Diam! Aku tak suka dengar kau membebel. Faham?" potong Ikmal dengan laju dengan nada yang agak tinggi. Walisah terdiam. Namun, di dalam hati dia sudah memaki hamun lelaki tersebut. Kerek betul. Semua benda nak ikut cakap dia.

Walisah pun membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan sebarang suara lagi. Dia membuka telefon bimbitnya dan mulai membuka YouTube dan menonton movie.

Sampai sahaja di hospital. Ikmal meletakkan keretanya pada parking kereta sebelum dia melangkah keluar. Sebelum dia keluar, sempat dia berkata sesuatu kepada Walisah.

"Kau masuklah dulu. Aku nak pergi dekat tandas sekejap. Tolong angkat baju ibu aku. Faham?" kata Ikmal lalu dibalas anggukan dari Walisah. Lelaki itu terus meninggalkan Walisah disitu dan menuju ke arah tandas yang tidak jauh daripada mereka berdua.

Walisah meletakkan telefon bimbitnya di dalam beg lalu keluar dari perut kereta Ikmal. Pakaian Putri Qhaisara diambil pada bahagian belakang. Semasa Walisah mengambil pakaian tersebut. Ada beberapa orang lelaki menekup mulutnya menggunakan sehelai tuala. Gadis itu meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Hmmmpp!!!"

Walisah memukul lengan lelaki yang menekup mulutnya berkali-kali sebelum dia tewas dan pengsan di dalam dakapan lelaki tersebut.

Tubuh Walisah di cempung lalu dimasukkan ke dalam sebuah van hitam dan melangkah pergi dari tempat tersebut.

Selepas beberapa minit, Ikmal keluar dari tandas dan menuju ke tempat keretanya semula untuk melihat jika Walisah sudah masuk ke dalam ataupun masih berada di sana.

Pintu belakang keretanya tidak tertutup. Ikmal berasa pelik. Hatinya juga tidak berasa enak.

"Aik? Minah tomboy ni takde tutup pintu ke atau apa? Haihh.." katanya lalu menutup pintu tersebut. Namun, beg bilik Walisah sudah berada di atas jalan raya. Ikmal terkaku.

"Jangan cakap......"

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now