empat puluh lapan

5.8K 275 2
                                    

Seperti yang dijanji oleh Ikmal kepada Walisah yang dia akan pulang awal ke rumah dan membawanya jalan.

Mereka berdua sedang berada di luar. Ikmal dan Walisah membeli-belah dengan banyak. Kesemua barang tersebut semuanya milik Walisah. Ikmal hanya membiarkan isterinya berbelanja tanpa menghalangnya.

"Abang. Sayang lapar. Nak makan." adu Walisah manja. Ikmal tergelak. Dia mengusap kepala isterinya lalu tangan Walisah digenggam.

"Lapar? Nak makan?"

"Nak!"

"Nak makan apa?"

"Tak kisah. Sayang makan apa je. Sayang ikut abang," balas Walisah kepadanya. Ikmal mengganguk faham lalu dia membawa isterinya untuk makan di sebuah restoran yang mewah dan mahal.

Sampai sahaja di restoran tersebut. Mereka memilih tempat duduk dan melabuhkan punggung mereka disitu. Ikmal membuat pesanan untuk mereka berdua sebelum memulakan sembang kosong dengan isterinya yang tersayang.

"Lepas ni sayang nak pergi mana lagi?" soal Ikmal ingin tahu. Walisah berfikir sejenak.

"Emm..rasanya dah takde. Kita terus pulang jelah," balas Walisah tersenyum. Ikmal turut mengukirkan senyuman.

"Yelah sayang. Betul ni?"

"Betul abang,"

"Okey sayang," balas Ikmal. Walisah hanya mengganguk. Dia teringat akan sesuatu. Sudah lama dia ingin bertanya kepada suaminya tapi dia asyik terlupa.

"Abang?"

"Ye sayang. Kenapa sayang?"

"Siapa Viona? Apa yang jadi dekat hubungan abang dengan dia dulu?" soal Walisah ingin tahu. Ikmal terdiam seribu kata. Dia benci mendengar nama gadis tersebut. Gadis yang telah membuat hidupnya hampir hancur.

"Dari mana sayang tahu ni?" soal Ikmal pelik. Setahu dia, takde sekalipun dia memberitahu hal tersebut kepada Walisah.

"Sayang tahu dari adik abang. Dia yang cerita dekat sayang dulu. Kenapa abang?"

"Takde apa sayang. Benda tu tak penting pun sayang," balas Ikmal malas. Walisah terasa dirinya seakan tidak penting sehingga lelaki itu tidak mahu memberitahunya.

"Ouh..okey," balas Walisah perlahan lalu menundukkan wajahnya. Ikmal meraup wajahnya. Dia tahu gadis itu pasti terasa dengannya.

"Sayang.."

"Ye?"

"Baiklah. Abang cerita dekat sayang eh? Dah. Jangan sedih," balas Ikmal. Walisah terus mengangkat wajahnya dengan senyuman yang lebar.

"Betul ke abang?"

"Betul sayang,"

"Terima kasih."

"Sama-sama,"

Ikmal menarik nafas sebelum dihembuskan. Walisah pula setia menunggu cerita daripada suaminya.

"Sebenarnya dulu abang dengan Viona tu hanyalah kawan. Kami kenal pun dari ayah dan ibu. Ayah dan ibu yang jumpa Viona tu. Mereka jumpa dia yang duduk di tepi jalan tanpa ada keluarga. And then ayah dan ibu bawa dia pulang ke rumah dan jaga dia macam anak sendiri." ujar Ikmal. Dia menarik nafas sebelum menyambung semula ceritanya. Walisah tekun mendengarnya tanpa menyampuk.

"Abang tak suka pun dengan Viona. Abang dan adik abang memang tak suka dengan dia sejak dia datang ke rumah kami. Namun, kami terpaksa terima dia sebab nak jaga hati ayah dan ibu. Dan paling abang tak boleh nak lupakan adalah ibu dan ayah suruh abang khawin dengan dia. Abang berkeras taknak khawin tapi mereka paksa abang. Abang pun terpaksa terima walaupun abang taknak sebenarnya dengan rancangan tu nak satukan kami berdua."

"Bila kami dua dah khawin, dia memang baik namun dia tak sebaik yang kami sangka. Dia hanya berlakon untuk mengaburi mata kami semua. Dia sebenarnya adalah anak kepada Micheal iaitu musuh ayah waktu dulu. Ayah dia sudah mati di tangan ayah abang. Dia nak balas dendam atas kematian ayahnya." panjang lebar Ikmal bercerita. Nak je dia tergelak melihat wajah isterinya yang tekun dan serius mendengarnya bercerita. Comel.

"Lepastu apa jadi abang?"

"Abang hampir jadi gila disebabkan dia. Dia yang letakkan pil di dalam makanan setiap kali abang makan. Pil tersebut boleh membuatkan seseorang menjadi gila dan hilang waras. Nasib sahaja hal tersebut anak buah abang sempat melihat perbuatan jahat dia. Waktu tu abang marah sangat. Abang juga waktu tu segera mendapat rawatan dari doktor peribadi abang. Nasib baik abang tidak makan banyak. Kalau tak mungkin abang dah jadi gila," jelas Ikmal lagi.

"Lepastu apa jadi dekat dia?"

"Abang halau dia keluar dari rumah. Ayah dan ibu kecewa dan tidak sangka yang mereka membawa dan menjaga anak musuh mereka sendiri. Kalau mereka tahu dari awal, mereka takkan bawa pulang dia ke rumah. Tapi bukan sampai situ je Viona berhenti. Dialah orang yang merancang penculikan adik abang sehingga buat adik abang jadi trauma dan muncul satu sisi dalam diri dia," kata Ikmal. Walisah mengerutkan dahinya tidak faham.

"Satu sisi? Maksud abang? Sayang tak fahamlah." katanya dengan sengihan. Ikmal tersenyum kecil. Alahai comel je dia tengok.

"Dalam diri Putri Amelia ada lagi satu orang. Nama dia Amyra. Sejak kejadian yang buatkan dia trauma. Adik abang mempunyai DID disebabkan hal itu," balas Ikmal menjelaskan kepada Walisah. Isterinya mengganguk faham.

"Sadis juga eh jalan cerita abang. Tak sangka pula dia tu anak kepada musuh ayah dulu. Sekarang dia dekat mana? Abang tak tangkap dia?" soalnya lagi. Ikmal menggeleng.

"Kami dah cuba cari dia. Kedudukan dia tersembunyi. Abang yakin yang dia takkan berdiam diri. Sebab itu abang taknak sayang jalan seorang diri. Abang risaukan sayang. Abang yakin yang dia akan muncul pada bila-bila masa sahaja yang dia ingin," balas Ikmal dilanda perasaan risau mengenangkan hal itu. Walisah tersenyum manis lalu menggengam tangan Ikmal.

"Sayang janji yang sayang hanya akan keluar dengan abang je," balas Walisah. Ikmal turut mengukirkan senyuman lalu mengganguk.

Selepas beberapa minit, makanan mereka sudah siap lalu dihidangkan di atas meja. Ikmal membaca doa sebelum mereka menjamu selera tanpa sebarang suara.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now