lima puluh lapan

8.7K 283 0
                                    

1 tahun kemudian....

"Abang! Sayang nak makan aiskrim!" rengek Walisah kepada Ikmal. Dia berusaha memujuk suaminya untuk membenarkan dia makan aiskrim.

"Sayang..tak boleh sayang. Sayang baru je lepas makan aiskrim. Dah banyak sangat sayang makan tu sayang. Tak baik untuk kesihatan baby nanti sayang," balas Ikmal lembut. Walisah pada waktu itu sudah berbadan dua.

Mereka akan mendapat cahaya mata mereka yang pertama. Ikmal sentiasa menjaga isterinya dengan baik dan tidak membiarkan Walisah membuat kerja yang berat.

"Sayang nak makan juga! Bukan sayang yang nak makan tapi anak abang!" katanya dengan geram. Dia menghentakkan kedua kakinya. Ikmal menjadi pening melayan karenah isterinya yang sangat manja.

"Abang tahu tapi makanan tu tak sihat sayang. Nanti sayang sakit macam mana? Abang yang susah nanti sayang," balasnya bersabar dengan isterinya. Walisah menangis kerana suaminya tidak membenarkan dia makan.

"Abang jahat! Abang tak sayang pun dekat sayang. Tak sayang dekat anak kita."

"Ya Allah, sayang. Abang sayang dekat sayang. Sayang sangat. Abang sayang anak kita juga sebab tu abang taknak sayang sakit. Kalau sayang sakit nanti anak kita akan ikut sakit sayang," pujuk Ikmal dengan lembut. Walisah semakin menguatkan tangisannya.

"Abang tipu! Abang tak sayang kami pun! Abang tipu!"

"Ya Allah, sayang. Tak sayang. Abang tak tipu. Betul," balas Ikmal bersungguh-sungguh. Dia hanya mampu menahan sabar dengan isterinya.

"Kalau sayang dekat sayang bagilah sayang makan aiskrim." kata Walisah sambil membuat muka comel. Ikmal menggelengkan kepalanya.

"Sayang..tak lama lagi sayang nak bersalin dah. Tinggal tunggu hari je sayang. Sayang janganlah makan yang manis dan sejuk lagi," kata Ikmal tetap melarang isterinya. Walisah terdiam.

"Sikit je abang. Bagi sayang makan sikit je. Sikit pun tak apa asalkan sayang dapat makan. Bolehlah abang." pujuk Walisah tidak berhenti memujuk suaminya. Ikmal mengeluh kecil dengan kedegilan isterinya.

"Yelah. Tapi makan sikit je tau. Jangan banyak. Faham?"

"Faham!!"

"Yelah. Tunggu sini. Abang ambilkan aiskrim untuk sayang," kata Ikmal dibalas anggukan dari Walisah dengan senyuman yang lebar. Selepas beberapa minit, Ikmal datang bersama gelas yang berisi aiskrim.

"Nah."

"Wahh!! Terima kasih, abang."

"Sama-sama, sayang," balas Ikmal lalu mengucup dahi isterinya. Walisah membaca doa lalu memasukkan aiskrim tersebut ke dalam mulutnya.

"Sedapnya abang. Abang nak ke?"

"Takpe. Sayang makanlah. Abang taknak," tolak Ikmal dengan lembut. Walisah mengganguk faham lalu menyambung makan aiskrim tersebut.

Selepas beberapa minit makan. Aiskrim tersebut sudah habis dimakan olehnya. Dia tersenyum lega. Ikmal tergelak melihat isterinya.

"Dah kenyang?"

"Dah,"

"Sekarang kita tidur ye sayang."

"Okey, abang," balas Walisah lalu tubuhnya dibaringkan oleh Ikmal. Gelas tersebut diletakkan di atas meja sebelum dia turut baring di sebelah isterinya.

"Tidur ye sayang."

"Okey. Goodnight abang."

"Goodnight sayang," balas Ikmal lalu memejamkan matanya. Walisah juga turut memejamkan matanya. Mereka berdua tidur dalam keadaan berpelukan.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now