empat puluh sembilan

5.7K 261 2
                                    

Viona memerhatikan Walisah dan Ikmal dari jauh dengan senyuman sinis. Dia sudah lama bersembunyi dan sudah tiba waktunya untuk dia membalas dendam untuk kematian ayahnya.

"Sayang nak buat apa nanti?" soal Lee iaitu teman lelakinya. Lelaki tersebut juga membenci Ikmal kerana lelaki muda itu berjaya mengugat kedudukannya di dalam dunia mafia.

"Ikut je kemana dua orang tu pergi. Kerja kita senang je memandangkan anak buah dia takde ikut bersama dengan dia," balas Viona kepada Lee. Lelaki tersebut mengganguk faham.

"Korang perhatikan je gerak-geri mereka berdua. Pastikan jangan terlepas pandang." keras Lee berkata kepada anak buahnya.

"Faham, boss!"







Walisah dan Ikmal menuju ke tempat parking kereta untuk pulang ke rumah mereka setelah selesai membeli-belah.

Kesemua barang yang dibeli oleh Walisah diletakkan pada bahagian belakang sebelum mereka masuk ke dalam bahagian depan.

"Abang. Esok kita pergi rumah mummy tau. Abang sayang dah balik Malaysia. Tak sabar nak jumpa dengan mereka berdua." kata Walisah dengan teruja. Kedua abangnya berangkat pulang ke Malaysia esok. Puan Nurhidayah yang memberitahu hal tersebut kepadanya.

"Boleh sayang. Sayang nak pergi pukul berapa nanti?" soal Ikmal sambil menghidupkan enjin keretanya.

"Dalam pukul 9 macam tu. Sambil tunggu mereka berdua, kita boleh lepak dekat rumah mummy nanti," balas Walisah kepada suaminya. Ikmal hanya menurut sahaja dengan apa yang dikatakan oleh isterinya.

"Yelah sayang. Nanti kita pergi sana esok eh?"

"Okey," balas Walisah tersenyum lebar. Kereta milik Ikmal meluncur laju di atas jalan raya.

Dalam mereka tidak sedar yang kereta mereka diikuti oleh Kumpulan Dragon. Viona tersenyum penuh makna melihat kenderaan Ikmal yang tidak jauh dari mereka.

"Kejar kereta tu! Jangan biarkan mereka terlepas! Aku nak korang kepung kereta tersebut!" Arahnya tegas. Kesemua anak buah Lee dan anak buahnya mengepung kereta Ikmal sehingga tiada jalan keluar.

Walisah dan Ikmal terkejut. Ikmal sudah tidak sedap hati. Dia memandang wajah isterinya yang jelas takut.

"Abang, siapa mereka tu? Mereka nak apa dekat kita?"

"Sayang ambil telefon bimbit. Hantar sms dekat ayah sekarang. Cakap yang kita dalam bahaya." Arah Ikmal kepadanya. Walisah terus melakukan apa yang diarahkan oleh suaminya tanpa banyak soal.

Anak buah Lee dan Viona turun dan memecahkan tingkap kereta milik Ikmal lalu kedua tubuh mereka dikeluarkan. Nasib baik Walisah sempat menghantar mesej tersebut kepada ayah mertuanya.

"Lepaslah!"

Buk!! Buk!!

"Arghh!!"

"Abang!"

Ikmal jatuh terduduk. Terasa senak di bahagian perutnya. Walisah jatuh kasihan dengan suaminya. Matanya tajam memandang ke arah orang yang menumbuk suaminya.

"Korang nak apa dari kami hah?" tengking Walisah. Satu tamparan hinggap di pipinya. Ikmal menahan amarah melihat isterinya diperlakukan seperti itu.

"Sial!"

Buk!! Buk!! Buk!!

"Argh!!"

"Berani kau sentuh isteri aku!" marah Ikmal sambil menumbuk wajah yang menyentuh isterinya berkali-kali tanpa henti. Namun, Ikmal tewas akibat jumlah musuhnya yang terlalu ramai.

Belakang lehernya dipukul menggunakan kayu sehingga dia jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Kepala Walisah pula ditutup menggunakan kain hitam dan mereka berdua di bawa masuk ke dalam van.

Viona tersenyum puas. Tidak sabar untuk menyeksa anak kepada musuh ayahnya. Dia akan pastikan lelaki itu akan mati! Nyawa harus dibayar dengan nyawa! Itu prinsipnya.

'Jumpa nanti, Tengku Ikmal Hakimi'

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Donde viven las historias. Descúbrelo ahora