tiga puluh

6.1K 322 1
                                    

"Erkk.."

"Aku tanya kan? Kenapa tak jawab?"

"Betul, Wal cuma nak ambil angin dekat sini," balas Walisah. Ikmal memandang wajah Walisah dengan tajam. Namun, Walisah tidak dapat melihat pandangan tersebut kerana dia menundukkan kepalanya.

"Kenapa asyik tengok dekat bawah? Kepala kau dah tak boleh angkat ke? Leher kau dah patah ke?" perlu Ikmal. Walisah mengutuk Ikmal di dalam hati.

"Bukan macam tu. Wal tak selesa dekat macam ni," jujur Walisah. Dia sebenarnya tidak selesa dengan keadaan mereka yang seperti itu. Ikmal mengerutkan keningnya.

"So? Ada nampak aku kisah ke? Kau bini aku dah kan? Suka hati aku lah nak buat macam mana," selamba Ikmal berkata. Walisah hanya pasrah.

"Awak.."

"Kenapa?"

"Awak..aku..aku.."

"Kau apa?"

"Aku nak tidur," balas Walisah dengan sengihan. Ikmal memandangnya dingin. Walisah pula hanya tersengih dengan wajah yang ditundukkan.

"Majlis belum habis lagi. Nanti kalau dah habis. Kau boleh tidur." kata Ikmal. Walisah mengeluh kecil.

"Tapi...aku mengantuk," kata Walisah sayu. Dia sudah tidak dapat menahan mengantuk yang menguasai dirinya.

"Kau boleh tidur dekat aku,"

"Eh?"

"Jangan banyak cakap. Aku tak suka dengar kau bercakap. Bising. Lebih baik kau diam dan tidur je."

"Taknak aku,"

"Aku tak suka mendengar bantahan. Kau yang cakap kau mengantuk tadi kan?"

"Yelah. Memang aku mengantuk pun tapi bukannya aku nak tidur dekat kau. Aku nak tidur dekat katil," balas Walisah.

"Tidur."

"Tak——"

"Aku cakap tidur," Walisah hanya pasrah. Dia terus melentokkan kepalanya pada bidang dada Ikmal. Ikmal memeluk pinggang Walisah menggunakan sebelah tangannya.

Walisah hanya membiarkan sahaja kerana lelaki itu sudah menjadi suaminya yang sah. Dia berada tenang dan selamat berada dalam dakapan lelaki tersebut. Selepas beberapa minit, Walisah sudah tertidur di dalam dakapan Ikmal.

Ikmal memandang wajah Walisah yang elok sahaja tidur. Bibirnya tersenyum kecil melihat gadis tersebut. Tangannya mengusap pipi Walisah dengan lembut.

"Aku yakin kau tak sama macam dia. Aku yakin kau baik dan tak tipu aku." kata Ikmal. Dia makin mengetatkan pelukannya. Sebelum dia turut tidur bersama Walisah dengan posisi duduk.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now