empat puluh tiga

5.9K 309 4
                                    

Pandangan Walisah yang kabur perlahan-lahan menjadi jelas. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit sebelum matanya meliar pada kawasan bilik.

"Apa dah jadi?" soalnya sendiri. Mereka sedang berada di dalam bilik rawatan yang disediakan di dalam rumah Ikmal.

Walisah terkejut melihat Ikmal yang terbaring lesu dengan wajah yang pucat. Lelaki itu masih belum sedarkan diri.

"Macam mana dia boleh ada dekat sini?" soalnya lagi. Dia mengingati apa yang berlaku. Waktu itu dia di bawa oleh salah seorang anak buah Ikmal lalu dia dikurung. Selepas itu, dia dipatuk oleh ular sawa. Ikmal datang menyelamatkannya. Tetapi, yang menjadi persoalan di dalam benak fikirannya adalah bagaimana lelaki itu boleh berada di sebelahnya dengan keadaan seperti itu?

"Argh!! Aku tak ingat langsung! Haih.."

Walisah memerhati segenap wajah Ikmal. Sangat kacak! Tenang sahaja dia melihat wajah tersebut. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman kecil.

"Haih..jangan cakap yang aku dah jatuh cinta dekat mamat ni. Tapi aku rasa aku macam dah jatuh cinta! Argh!! Macam mana aku boleh jatuh cinta ni? Aku dahlah hodoh. Dah padan langsung dengan dia. Dia mungkin ada girlfriend kot. Mustahil takde. Orang kacak macam dia mesti ada girlfriend." ujar Walisah sendiri sambil merenung minat wajah Ikmal.

Walisah mencabut jarum di tangannya dengan penuh berhati-hati. Setelah selesai, dia mendekati katil Ikmal dan duduk di sebelah lelaki tersebut.

"Macam mana kau boleh ada dekat sini ek? Apa jadi dekat kau? Kenapa aku tak ingat ek apa yang jadi." gumamnya sendiri. Dia membelai rambut Ikmal dengan lembut.

"Tak sangka aku khawin dengan kau. Kalau jodoh takkan kemana. Macam kau dengan aku. Walaupun dulu aku benci dengan perangai kerek kau tu tapi sekarang kau dah jadi suami aku. Nak tak nak aku kena terima juga. Dah jodoh kan? Nak buat macam mana? Aku rasa aku dah jatuh cinta dekat kau tapi aku yakin aku bertepuk sebelah tangan je ni. Mustahil kau suka aku." katanya lagi dengan gelakkan.

"But..it's okey. Yang penting aku suka dekat kau! Tak salah pun suka dekat suami sendiri kan? Kalau suka dekat suami orang lain tu memang cari nahas tu." ujarnya lagi.

"Jangan berani nak cari orang lain."

Suara garau yang menyapa gegendang telinga Walisah membuatkan dia terdiam seribu kata. Mulutnya seakan terkunci.

"Erkk...."

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now