tiga

8.6K 449 32
                                    

Walisah tidak berhenti membebel kerana belum puas hati dengan lelaki yang melanggarnya sebentar tadi. Muka dah kacak tapi perangai macam apa je.

Pintu kereta dibuka lalu masuk ke dalam dalam. Dia memikirkan tentang lelaki tersebut sebelum enjin dihidupkan.

"Siapa ek nama dia? Nampak gaya macam orang kaya." katanya sendiri. Kedua bahu diangkat. Malas nak mengambil tahu. Lantaklah apapun nama dia. Bukan calon suami aku.

Semasa dalam perjalanan pulang, keretanya tiba-tiba mati sahaja. Matanya melihat kearah bar minyak. Minyak keretanya sudah habis. Kepala dihantukkan pada cermin kereta.

"Aduh..asal waktu macam ni kau nak buat hal. Aku nak cepat tapi kau pula boleh buat hal. Ini semua salah mamat tu!" marahnya menyalahkan lelaki yang melanggarnya di mall.

Telefon bimbit diambil lalu nama Harish dicari dan dihubungi. Panggilan tersebut tidak dijawab. Walisah cuba berkali-kali tetap sama sahaja tidak dijawab.

"Erghh!!! Jawablah! Bencilah." katanya. Nama Aniq pula dicari lalu dihubungi. Setelah dia mencuba berkali-kali akhirnya lelaki tersebut menjawab panggilan darinya.

"Hello."

"Waalaikumsalam,"

"Perghh!!! Ustazah dari mana ni? Sesat ke? Assalamualaikum."

"Walaikumsalam, setan. Woii, kau pergi tempat aku sekarang. Minyak kereta aku habis ah. Cepat! Nanti aku send location. Okey, bye!" tanpa menunggu jawapan dari Aniq, dia terus mematikan panggilan tersebut. Mesej location dihantar kepada Aniq.

Jam dijeling sekilas. Tidak lama lagi mummy dan daddynya pulang ke rumah. Bibirnya mengeluh kecil sebelum dia menyandarkan tubuhnya ke belakang.

Telefon bimbit dihidupkan lalu aplikasi YouTube dibuka dan mencari drama kegemarannya sementara menunggu Aniq sampai.

10 minit selepas itu, ada sebuah kereta mewah berhenti tepat di hadapan keretanya. Walisah mematikan telefonnya dan memandang kereta tersebut.

Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut. Walisah mengecilkan matanya sebelum dia turut keluar dari keretanya juga.

"Kenapa dengan kereta kau?" soal lelaki tersebut kepada Walisah. Walisah diam beberapa saat sebelum dia menjawab.

"Kehabisan minyak," jawab Walisah sepatah. Lelaki tersebut memandang wajah Walisah sekilas dengan senyuman sinis.

"Kau rupanya."

"Memang aku pun mamat setan," balas Walisah kasar.

"Aku ada nama, girl" kata orang itu kepada Walisah. Gadis itu membuat muka menyampah. Fikir dia kisah sangat ke dengan nama tu?

"Suka hati akulah nak panggil kau apa. Ada masalah dengan kau ke?" ujar Walisah malas. Lelaki itu tergelak sinis.

Gadis dihadapan itu sangat kasar dan berani. Muka dah lawa tapi perangai macam lelaki. Kepala digelengkan.

"Crazy girl." kutuk Ikmal kepada Walisah. Membulat mata Walisah mendengar lelaki itu mengutuk dirinya. Dia memandang Ikmal dari atas hingga bawah.

'Tinggi betul mamat ni. Dah macam tiang elektrik aku tengok.' katanya dalam hati.

"Kau tengok apa? Aku tahu aku kacak." puji Ikmal sendiri. Walisah membuat muka loya mendengarnya.

"Eww! Ada ke aku cakap kau kacak? Muka dah macam berok. Tak kacak langsung!" kutuk Walisah kepada Ikmal.

Lelaki itu hanya mengendahkan sahaja kutukan dari Walisah. Bercakap dengan perempuan memang takkan menang.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now