tiga puluh satu

6K 305 0
                                    

Tetamu sudah beransur pulang. Putri Amelia sudah berada di dalam biliknya seperti biasa manakala Putri Qhaisara mencari kelibat dua pengantin baru tersebut yang tidak muncul sejak tadi lagi.

"Abang! Abang ada nampak Ikmal dan Wal ke?" soalnya kepada sang suami. Puan Nurhuda dan yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing termasuk keluarga angkat Walisah. Begitu juga dengan Iskandar, Aiman, Daniel dan yang lain.

"Tak nampak pula sayang. Sayang dah tengok dekat luar? Mana tahu Ikmal dan Wal ada dekat luar," balas Irfan kepadanya. Putri Qhaisara mengganguk faham dan menuju ke kawasan luar. Dia mencari kelibat kedua pasangan tersebut. Bibirnya tersenyum bahagia melihat pasangan tersebut yang tidur dalam keadaan yang duduk.

Kakinya melangkah menghampiri pasangan yang tidur itu. Dia mengejutkan Ikmal secara berkali-kali sehingga lelaki itu terjaga.

"Eh, ibu. Kenapa bu?" soal Ikmal dengan suara serak. Putri Qhaisara tersenyum sahaja. Lena sangat tidur tu.

"Takde. Ibu cari korang dekat dalam takde. Sebab tu ibu cari dekat sini. Rupanya korang berdua dekat sini pula,"

"Sorry. Ikmal tertidur sekali pula dengan Wal,"

"Takpe. Ikmal pergi bawa Wal naik tidur. Dah malam ni."

"Okey. Ikmal naik dulu ye."

"Yelah,"

Ikmal mencempung tubuh Walisah secara perlahan-lahan agar gadis itu tidak terjaga dan bergegas naik ke atas. Putri Qhaisara tersenyum sendiri melihat pasangan tersebut.

"Ibu harap perkhawinan korang berdua akan kekal."

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now