TAMAT

12.1K 356 26
                                    

Hari itu adalah hari Walisah melahirkan anak mereka yang pertama. Keluarganya menunggu Walisah di ruangan yang telah disediakan.

Ikmal tidak berhenti berdoa agar isteri dan anaknya akan selamat. Dia tidak sanggup kehilangan salah satu dari mereka.

"Ikmal?"

"Ye, ayah?"

"Ikmal jangan risau. Insyallah semua akan okey. Ikmal jangan berhenti berdoa," kata Irfan memberi kata-kata semangat kepada anak sulungnya. Ikmal tersenyum lalu menggangukkan kepalanya.

"Baiklah,"

Mereka setia menunggu Walisah yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka yang pertama. Setelah menunggu dengan masa yang lama. Doktor keluar dari wad tersebut. Mereka semua terus menyerbu doktor tersebut.

"Macam mana keadaan anak dan isteri saya? Mereka berdua baik-baik je kan?" soal Ikmal dengan degupan jantung yang sangat laju.

"Alhamdulillah. Isteri dan anak encik selamat. Tahniah. Encik mendapat bayi lelaki," ucap doktor tersebut. Ikmal menghembuskan nafas lega dengan senyuman yang gembira. Keluarga mereka juga turut tersenyum lega.

"Ayah, ibu. Ikmal dapat baby boy!!" teruja Ikmal berkata lalu memeluk tubuh Irfan dan Putri Qhaisara.

"Guys!! Aku dapat baby boy!! Yes!!" teruja dia berkata. Keluarganya yang berada disitu turut gembira dengan kehadiran anak Ikmal yang pertama.

'Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah.'











Walisah membuka matanya perlahan-lahan. Ikmal yang sedang bermain bersama bayi mereka menjadi tatapannya.

"Abang?" serunya perlahan. Ikmal terus memandang ke arahnya.

"Sayang dah sedar? Ada sakit mana-mana tak?" risau Ikmal kepadanya. Walisah menggelengkan kepalanya dengan senyuman pada bibirnya pucat.

"Anak kita ke tu?"

"Ye sayang. Anak kita,"

"Lelaki ke perempuan?"

"Lelaki sayang," balas Ikmal dengan gembira. Walisah turut gembira. Dia tidak kisah jantina anak mereka apa asalkan anak mereka selamat dilahirkan dan sihat.

"Abang dah bagi nama?" soal Walisah lalu mengucup wajah anak mereka.

"Dah sayang. Tengku Daiyan Danish," jawab Ikmal dengan senyuman lebar. Walisah hanya menurut sahaja. Dia suka akan nama tersebut. Daiyan yang memberi maksud hakim atau pembalas manakala Danish pula memberi maksud berpengetahuan dan seorang yang bijak.

"Cantik nama tu. Pandai abang pilih." puji Walisah. Ikmal tersengih.

"Mana yang lain?"

"Me—-"

"Assalamualaikum." belum sempat Ikmal menghabiskan ayatnya. Keluarga mereka semua melangkah masuk ke dalam wad tersebut.

"Walisah dah lama ke sedar?" soal Putri Qhaisara.

"Baru je. Dalam beberapa minit lepas," jawab Ikmal bagi pihak isterinya.

"Comelnya cucu nenek. Macam nenek dia." kata Putri Qhaisara. Irfan menggelengkan kepalanya. Isteri siapakah tu? HAHAHAHAH.

"Haih..sayang. Bukannya sayang yang buat anak tu. Macam mana pula boleh jadi macam rupa sayang." sampuk Irfan malas. Putri Qhaisara menjeling tajam. Sibuk je!

"Suka hati sayanglah. Sibuk je," balasnya malas. Mereka yang lain tergelak melihat pasangan suami isteri tersebut.

"Ikmal dah bagi nama dekat anak Ikmal?" soal ibu mertuanya iaitu Puan Nurhidayah. Ikmal mengganguk.

"Dah mummy. Tengku Daiyan Danish," balas Ikmal. Keluarga mengganguk faham. Keadaan bilik tersebut sangat meriah dengan kehadiran orang baru di dalam keluarga mereka.

"Adik?"

"Ye, abang?"

"Meh sini." kata Ikmal kepada adiknya. Putri Amelia terus menuju ke tempat abangnya.

"Kenapa?"

"Adik tak gembira ke dapat anak buah?" soal Ikmal. Dia semenjak tadi memerhati gadis itu hanya berdiam diri.

"Eh, takdelah. Adik gembira. Adik gembira sebab ada anak buah baru dari abang," balas Putri Amelia jujur dengan senyuman manis.

"Betul ni?"

"Betul,"

"Yelah, abang sayang adik tau."

"Adik pun sayang abang," kata Putri Amelia. Mereka berpelukan antara satu sama lain. Walisah tersenyum senang melihat mereka berdua.

"Akak! Sinilah join!" kata Putri Amelia kepada Walisah. Gadis itu tergelak sebelum turut serta berpelukan dengan mereka berdua.

"Aku sayang korang berdua."

"Kami pun," jawab mereka berdua serentak. Keluarganya tersenyum melihat mereka bertiga. Mereka semua berbual kosong. Terpancar kegembiraan di wajah masing-masing dengan kehadiran Tengku Daiyan Danish.

Ikmal memandang kesemua wajah orang yang dia sayang. Dia bersyukur kerana diberikan keluarga yang penyayang seperti mereka.

'Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih kerana berikan aku keluarga seperti mereka semua.'

Putri Amelia tersenyum melihat kesemua orang yang berada disitu. Dia memandang wajah abangnya dengan senyuman. Lelaki itu adalah penguat semangatnya. Hanya lelaki itu mampu membuatkan dia kembali normal apabila sisi satu miliknya muncul.

'Hanya abang aku yang mampu kawal aku. Cuma dia. Sebab aku sayang dia. Dia hero kedua aku selepas ayah. Aku sayang abang. Hanya Tengku Ikmal Hakimi yang mampu kawal aku. Tiada orang lain.' desis hati Putri Amelia.

Keluarga mereka hidup dengan bahagia ditambah dengan kedatangan orang baru di dalam hidup mereka semua. Fazim dan Putri Amelia sudah menjadi rapat. Fazim juga ingin masuk meminang gadis tersebut. Dia tidak mahu menunggu dengan lama.

Keluarga mereka berdua hanya bersetuju dan tidak menghalang percintaan mereka berdua dan itu membuatkan kedua pasangan tersebut gembira.

Begitulah kisah Tengku Ikmal Hakimi iaitu anak kepada Tengku Irfansyah yang merupakan seorang yang baik dan selalu berkorban demi keluarga. Dia juga adalah orang yang mampu mengawal seorang gadis yang bergelar adik. Hanya dia sahaja mampu mengawal Putri Amelia apabila sisi satunya muncul.

'Ikmal sayang korang semua sampai ke akhir nafas Ikmal'




THE END >3🎊

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now