empat belas

5.9K 334 6
                                    

Walisah memandang ke arah luar tingkap. Malas mahu memandang wajah Ikmal yang tahu menyakitkan hati sahaja. Nak je dia cakar muka kacak milik Ikmal biar takde siapa yang khawin dengan mamat tu. Biar dia rasa hidup membujang hingga tua.

Ikmal memerhatikan Walisah yang jelas tidak mahu memandangnya. Dia membuat muka menyampah. Apa dia ingat aku nak sangat ke tengok muka dia yang tak seberapa lawa tu? Tolonglah. Tak ingin aku.

Sampai di hadapan sebuah restoran yang mewah. Ikmal keluar mendahului Walisah. Gadis itu hanya membiarkan Ikmal keluar untuk makan. Dia malas nak ikut lelaki itu. Lebih baik dia berehat di dalam kereta milik Ikmal. Baru sahaja dia ingin melelapkan matanya. Ikmal mengetuk tingkap kereta sebanyak 3 kali.

Tok! Tok! Tok!

"Aduh..dia ni kan. Nak apa lagi!! Geram betul ah! Kang ada juga aku bunuh tak lama lagi." omel Walisah lalu membuka pintu dengan kasar sehingga pintu tersebut terkena pada perut Ikmal.

Pap!

"Shit!!!"

"Opss!!! Maafkan saya, awak. Tak sengajalah." kata Walisah tidak ikhlas. Ikmal merengus geram. Bukannya dia tidak tahu yang gadis itu sengaja berbuat sedemikian.

"Kau ni dah kenapa huh? Tak reti buka pintu tu elok-elok ke? Kau nak aku mati ke apa?" marah Ikmal dengan suara di celah gigi. Walisah hanya buat endah sahaja.

"Haih...encik abang. Kan dah kata tadi tak sengaja. Chill lah. Benda boleh bawa bincang buat apa nak gaduh?" kata Walisah selamba. Ikmal semakin bertambah geram.

"Aku paling pantang dan tak suka kalau orang bersikap kurang ajar dengan aku." dingin Ikmal berkata. Walisah terdiam. Terasa aura lelaki itu sangat menyeramkan. Dia berdehem untuk menghilangkan perasaan takutnya.

"Amboii...tak suka konon. Kalau tak suka orang bersikap kurang ajar dekat kau. Kau pun janganlah kerek sangat dengan orang," balas Walisah tidak mahu kalah. Ikmal tersenyum sinis.

"Aku tak kisah kalau orang anggap aku kerek. Takde masalah pun bagi aku. Sekarang aku nak kau ikut aku makan sekali." kata Ikmal dengan wajah dingin. Walisah membuat muka menyampah.

"Aku dah kata—-"

"Aku tak suka bantahan. Ikut atau tak?"

"Tak,"

"Aku malas nak ulang apa yang aku cakap sebentar tadi."

"Dan aku pun malas mahu ulang yang aku taknak ikut,"

Ikmal hanya memandang wajah Walisah kosong dan dingin. Walisah menyilangkan tangannya di dadanya sambil memandang wajah Ikmal.

"Stupid girl!"

Ikmal terus jalan meninggalkan Walisah. Malas mahu berdebat dengannya. Lebih baik dia mengisi perutnya yang lapar daripada layan minah senget tu.

Walisah terbuntang. Tak berkelip dia melihat kelibat Ikmal yang semakin lama semakin menjauh. Selepas itu, dia hanya membuat tidak tahu.

"Apa-apa jelah. Ingat aku kisah sangat ke? Kau nak pergi mati pun..aku tak kisah." omelnya tanpa berlesen. Suka sangat berkata kasar tanpa memikirkan perasaan orang tu nanti. Dia sememangnya orang yang bersikap kasar.

Walisah memandang ke arah langit yang akan bertukar menjadi malam tak lama lagi. Tak terasa jam berlalu dengan pantas. Dia menghirup udara segar sebelum masuk ke dalam kereta semula.

Nasib sahaja lelaki itu tidak mengunci keretanya. Senang sikit Walisah untuk berehat tanpa ada Ikmal. Hampir setengahjam dia berada di dalam kereta tanpa gangguan sebelum Ikmal datang bersama beg plastik di tangannya. Walisah mengerutkan keningnya.

Pintu kereta dibuka dan Ikmal masuk ke dalam bersama beg plastik di tangannya. Walisah terdiam melihat wajah Ikmal yang dingin dan beku.

"Makan." katanya sepatah. Gadis itu memandang makanan di hadapannya tanpa berkelip. Ikmal pula sudah menjamu selera di dalam kereta.

'Eh..dia tak makan dekat dalam ke? Asal dia bawa makanan dalam kereta ni?' soalnya di dalam hati.

"Aku cakap makan. Takde telinga? Ke dah jadi bisu?" perli Ikmal dingin tanpa memandang wajahnya. Walisah mendengus geram.

"Aku cakap aku taknak——"

Belum sempat Walisah menghabiskan ayatnya. Ikmal terlebih dahulu menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya.

"Bising. Asyik menjawab je. Sakit telinga aku." bebel Ikmal. Walisah tergamam. Dia ni memang sengaja betul! Dia sumbat makanan macam tu je dekat mulut aku? Kurang ajar!

"Makan. Ini kali terakhir aku cakap. Kalau kau tak dengar juga. Kau tahulah nasib kau." katanya. Walisah menjadi seram. Lantas dia mengambil makanan tersebut. Doa dibaca sebelum dia menjamu selera tanpa sebarang suara.

Ikmal menggelengkan kepalanya. Degil. Asyik nak melawan je. Dasar minah tomboy. Keadaan di dalam kereta sunyi tanpa sebarang suara.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now