Part 1 -Break Marriage

1.3K 85 2
                                    

Masa dulu...

"Aku tak nak mereka ni. Aku tak sukakannya. Benci" kata si suami

"Awak anggap mereka sampah ke sampai bencikan mereka. Mereka ni masih kecil." kata si isteri

"Aku tak kira buang mereka ni. Nanti pasti mereka menyusahkan kita awak tahu tak? " kata si suami yang masih tidak mahu mengalah.

"Saya ni bukan awak. Bagi saya mereka ni harta saya yang terindah." kata si isteri yang sudah tersedu-sedan

"Kalau Itu yang awak inginkan, aku juga tak perlukan kau disini. Bawak diorang tinggal dengan awak kalau itu yang awak mahukan."

"Kenapa awak nak pergi mana? "

"Tak payah sibuk lah. Bagi aku, kau dan diaorang ni bukan sesiapa dalam hidup aku. Selamat tinggal."

Si suami melangkah keluar dari rumah tersebut meninggalkan si isteri yang menitiskan air matanya.

"Sampai hati awak buat dekat mereka macam ni. Mereka masih kecil. Saya tak kisah kalau ia berlaku pada saya tapi jangan mereka."

Si isteri berlalu ke katil bayi. Dia merenung ke arah bayi kembarnya. Sambil menangis dia berkata.

"Sayang-sayang ibu, ibu janji akan jaga kamu sepenuh kudrat yang ada. Bagi ibu kamu istimewa. Bukan sahaja kamu tetapi kuasa kamu."

Pada malam itu dia tertidur bersama anak-anaknya.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now