Part 14 -Kidnap

694 41 0
                                    

"Ah! Aku... Dekat mana ni? "

Kata Qaira setelah terjaga dari pengsan. Qaira memandang siling bilik bukan seperti bilik di rumah Daffi. Qaira ingin bangun tetapi kepalanya berdenyut dengan kuat.

"Ah... Sakit... "

Dia cuba untuk bangun dan akhirnya dia berjaya bangun dari pembaringan.

"Dekat mana aku ni? Mana kak Qis?"

Qaira ingin mengingati dirinya apa yang sudah berlaku. Akhirnya dia ingat.

Sewaktu kejadian...

Beberapa minit setelah Mikail keluar dari bilik Qaira, Qaira terjaga dari tidurnya. Qaira sebenarnya sudah terjaga sewaktu Mikail berada di dalam biliknya.

"Apa maksud awak tu Mikail? "

Qaira bagaikan ingin mengetahui apa yang ingin Mikail katakan.

"Sudahlah daripada aku fikir pasal benda tu, baik aku turun ke bawah."

Qaira baru turun katil, tiba-tiba terdengar bunyi kaki melangkah ke arah bilik Qaira. Qaira terkaku. Dia tak pasti ingin bergerak ke mana.

"Kenapa pula rasa seram rumah Daffi ni? "

Qaira bergerak ke arah pintu dan menjenguk keluar untuk memeriksa sesiapa di koridor biliknya. Namun tiada sesiapa berada di situ.

"Huh, pelik tadi ada terdengar bunyi orang berjalan. Takde pula orang tu."

Qaira masuk dan menutup pintu biliknya. Dia bergerak ke arah tingkap untuk memeriksa perkara yang sama.

"Takde juga. Pelik... "

Qaira masih melihat ke luar tingkap. Dan Qaira mengesan sesuatu. Baru Qaira berpaling, mulutnya ditekup dengan kain.

Qaira ingin menjerit tetapi suaranya tenggelam dalam kain itu. Semakin lama Qaira, semakin lemah. Sebelum Qaira memejamkan matanya, dia terdengar satu suara.

"Bersedia untuk menghadapinya. "

Kembali kepada sekarang...

Qaira pasti dirinya diculik. Tapi siapa dia tidak tahu. Dia tidak dapat mengecam suara yang berkata sebelum dia pengsan.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Seorang lelaki melangkah masuk dan menghampiri Qaira.

"Kau nampak dah ok. Aku akan bawa kau jumpa dia. "

"Hah, kau nak bawa aku jumpa siapa? Ke mana?" tanya Qaira bertalu-talu. Dia tidak mengerti siapa 'dia' yang lelaki itu maksudkan.

Namun lelaki itu tidak pedulikan soalan tadi. Dia membawa Qaira kenapa sebuah kerusi besi. Di situ Qaira didudukkan lalu lelaki itu mengikat Qaira di lengan kerusi.

"HEY, JAWAPLAH. KE MANA KAU NAK BAWA AKU PERGI?? " Qaira berasa bengang kerana persoalannya tadi tidak terjawab. Tetapi lelaki itu terus mencengkam rahang Qaira. Dia tersenyum sinis kepada Qaira.

"In case kalau kau nak tahu, nama aku Zack. Aku cuma jalankan tanggunjawab aku je."

"Hey, tak ingin aku nak tahu nama kau. Apa kau nak buat dengan aku, hah? "

"Aku tak boleh jawab soalan kau. Better diam sekarang. "

Qaira yang baru mengangkat mulutnya, ditutup dengan plaster.

"Soalan kau akan terjawab bila berjumpa dengan 'dia'. Sudah mari kita gerak sekarang. "

Kerusi besi itu bergerak mengikut Zack. Qaira berharap kakaknya datang selamatkan dia. Qaira mula rasa ketakutan untuk menghadap 'dia'.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now