Part 19 -Old Creation

571 40 0
                                    

Hakim menunding jari telunjuk ke arah sesuatu. Apabila Qaira berpaling, dia ternganga dengan sangat luasnya.

"Itu... Bukan... Ke... " tergagap-gagap Qaira untuk menutur kata-katanya.

"Kenapa fikir aku tak dapat cipta alat ni? Kalau kau nak tahu aku try hard untuk cipta balik benda ni."

Alat yang dimaksudkan itu adalah alat pemisah kuasa. Ia merupakan alat yang berteknologi yang pernah dicipta oleh beberapa saintis diraja. Di katakan alat itu dicipta untuk memisahkan kuasa jahat musuh untuk mengelakkan berlaku peperangan dahyat di Kota Rainbow Magic. (alat tu korang just boleh membayangkan saja😉)

"Dengan alat tu aku boleh pisahkan kuasa kuat kau. Bila dah terpisah, benda tu pun boleh serapkan kuasa tu pada aku. Aku tambah perincian baru pada alat ni. Amacam hebat tak plan aku ni? " kata Hakim dengan penuh keangkuhannya.

"TAK!! Kau jangan sentuh kuasa aku walaupun dengan jari kau sekali pun. "

"Oh jangan degil lah Qaira. Kau sekarang dah lemah dah. Aku sendiri sedut 50% kuasa kau. Jangan mimpi lah nak lawan dengan aku. "

Qaira terpaksa mengakuinya bahawa dia sudah lemah. Apakah akan terjadi selepas kuasa kuatnya terpisah dari badannya? Apatah lagi kuasa milik ibunya.

"Ok aku tak nak buang masa lagi. Jom kita mulakan. Aku cukup tak sabar nak takluk semuanya di tangan aku ni. Hahaha!!!"

"Tolonglah abang jangan buat macam tu. Kenapa awak tamak sangat nak kuasa mereka tu? Kesian mereka..."

"Eh, ingat sikit ya aku bukan lagi suami kau sejak kau nak bela diaorang ni. Aku sikit pun tak pernah setuju." tengking Hakim pada Zana.

"Tapi ingat tak awak sendiri pun dulu tak nak mereka ni sebab diaorang bahaya sangat pada awak? Sekarang mana pendirian awak ni? " kata Zana dengan sangat lantang sekali.

Hakim menuju ke arah Zana lalu mencengkam rahangnya. "Sekarang ni baik kau senyap. Kalau tak, baik aku tutup mulut kau yang murai sangat tu."

Hakim memegang alat itu. Alat itu dihalakan ke arah Qaira. "Jangan risau Qaira sakit dia sikit je. Lepas tu hilang dah sikit-sikit. Alah, macam kena suntik je. "

Alat menunjuk cahaya hitam. Cahaya itu menuju ke arah Qaira. Tetapi di tepis oleh salah satu kelibat yang tidak pasti. Hakim memandang alat itu. Kemudian berpaling ke arah Qaira. Dia terkejut mata dan rambut Qaira bertukar biru.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now