Part 45 -Help Us

416 28 5
                                    

Hakim terkedu. Pedang tersebut tidak mengenai Yuu tapi bertembung dengan pedang kilat dari Qisya. Pedang air itu di tangan Hakim.

"Mana... Mana pedang aku? " kata Hakim dengan tergagap-gagap.

Qaill tidak menjawab soalan Hakim. Dia memandang Yuu.

"Maafkan beta. Bawa adik kamu ke Leya. Dia akan heal kan dia. " arah Qaill.

Memandangkan arahan itu dari raja, Yuu menurut dengan segera membawa Yuka ke Leya. Qaill memandang semula ke arah Hakim.

"Kau mungkin lupa yang kuasa kilat boleh menghilangkan apa saja dari kuasa air. Kuasa aku sama macam Qisya. Jadi itu sebabnya. Buatlah berapa banyak senjata air tu, aku boleh hilangkan ia. " jelas Qaill.

"Tak guna kau!!! "

Hakim menyerang lagi Qaill dengan senjata air. Tapi buatlah berapa banyak senjata sekalipun, ia dapat dipatahkan mudah oleh Qaill.

Mereka berlawan sehinggalah Hakim mula kepenatan. Dia bersembunyi di dalam bilik untuk heal kan dirinya. Qaill pula tiada rasa penat memandangkan dia cuma roh yang menumpang di dalam badan Qisya.

"Liat betul kau ni... " Hakim merengus dengan perlawanan sebentar tadi. Qaill cuba mencari Hakim.

Hakim mula heal kan dirinya . Dalam pada masa yang sama, dia melihat Zana yang tidak jauh dari Qaill. Dia mula menghantar poisen racun secara halimunan kepada Zana.

Seminit kemudian, Zana mula rebah tak sedarkan diri. Mereka mula kelam-kabut ke arah Zana.

Hakim bergerak mendekati Qisya. Mereka tak sedarkan kehadiran Hakim. Tapi Syakir mengangkat kepalanya dan melihat Hakim dibelakang Qisya.

"Qisya!!! "

Tapi terlambat kerana Qisya sudah direnjat dengan alat pemisah kuasa itu. Mereka ingin menyerang Hakim namun pergerakan mereka terhenti kerana selain poisen racun, Hakim turut menghantar poisen membeku.

Sesudah itu, Hakim menyimpulkan senyuman bangga. Kuasa kilat mula memasuki ke dalam badannya dengan alat itu juga.

Hakim memandang mereka lalu membuat aliran kilat ke arah mereka. Mereka tercampak jauh dari Hakim. Senyuman kepuasan terdampar di mukanya.

"Ya, ini lah yang aku nak. Akhirnya aku boleh buktikan yang aku boleh jadi hebat. Lebih hebat dari Qaill. Lebih hebat dari korang semua. Hahaha... " gelak jahat dari Hakim mula menebitkan rasa gelisah mereka semua.

Qaira yang masih tidak boleh bergerak. Dia memandang ke arah Qisya yang dekat dengannya.

"Kak... Kakak... " rintih Qaira. Air mata mengalir di matanya. Qisya masih tidak sedar dari kesan renjatan itu.

"Kakak... Kakak kena kuat. Demi Qai. Demi kuasa bonda dan ayahanda. Demi keamanan dunia kita. "

Hakim melangkah perlahan ke arah Qaira. Dia mula merancang untuk membunuh kembar itu. Dengan itu dia boleh perintah kerajaan Rainbow itu.

"With the power of royal magic in our parents, we call upon some of the power present to us. In order to save our kingdom and for all our people. "

Sesudah Qaira mengucapkan kata-kata itu, tanah mula bergegar.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now