Part 30 -My Childhood

470 34 1
                                    

Satu cahaya muncul di hutan lalu Yuka dan Qisya muncul disebalik cahaya itu.

"Kau bawa aku ke mana ni? " tanya Qisya. Dia memandang sekeliling. Ada rumah di depan mereka dan belakang mereka ada hutan.

"Memori silam aku. " jawab Yuka pula. Dia beriak sedih. Qisya pula memandang ke arah mereka yang berada di dalam rumah itu.

-----------------------------------------------------------

Di situ terlihatnya dua adik beradik itu. Si kecil yang sedang bermain itu bernama Yuka Gardner dan abangnya Yuu Gardner. Mereka bersama-sama meluangkan masa bersama.

"Abang, bila mama dengan papa nak balik? " tanya si kecil itu.

"Hmm... Abang tak tahu lah. Kenapa Yuka nak mama dengan papa ni? Rindu? " tanya si abang pula.

"Takdelah Yuka teringin nak pergi bercuti dengan mama dan papa. Macam dulu. Tapi kenapa sekarang lain? " wajah si kecil itu bertukar sayu.

Lalu dengan cepat Yuu memeluk tubuh kecil itu. Dia ingin meredakan kesedihan yang tiba-tiba melanda si adiknya.

"Tak. Mama dengan papa sama je Yuka. Cuma mereka bekerja untuk kita. Nanti mesti diorang akan bercuti dengan kita. Macam dulu-dulu. Ok? " pujuk Yuu.

Yuka menarik nafas lalu berkata "Baik abang. " semakin erat pelukan Yuka pada abang yang dikasihinya.

Tiba-tiba pintu rumah mereka terbuka dengan kasar. Dan muncul lah ibu bapa mereka.

"Yuu, bawa Yuka ke bilik kamu. Kunci bilik lepas tu sorok dalam almari. CEPAT!!! " jerit bapanya.

Yuu menarik tangan Yuka mengikut arahan ayahnya. Tapi Yuka statik dengan tempatnya.

"Kenapa ni? Apa yang berlaku? " tanya Yuka. Dia tidak pernah lihat ibu ayahnya seresah ini. Si ibu melangkah ke arah Yuka

"Yuka, sayang. Pandang mama sayang. Yuka ikut abang. Jangan risau pasal mama. Mama dengan Papa boleh jaga diri. Yuka ikut abang... " kata-kata dia terhenti bila si ibu menangis teresak-esak.

Yuka sudah mula menangis. Manakala Yuu pula sudah mengendong adiknya mengikut dia. Tapi perjalanan Yuu terhenti bila terdengar ibunya berkata sesuatu.

"Yuu, jaga adik baik-baik. Mama sayang Yuu dengan Yuka. "

Yuu segera ke biliknya dengan deraian air mata yang tertumpah. Yuka yang dikendong menangis tak berhenti. Dia terjerit-jerit memanggil ibu dan ayahnya.

Mereka tiba di bilik Yuu. Dengan cepat Yuu mengunci lalu pergi ke almari biliknya. Dia dan Yuka sama-sama menunggu sesuatu.

-----------------------------------------------------------

"Apa yang kau nak hah Hakim? " jerit Gary dengan kuat.

"Susah sangat ke permintaan aku tu. Aku nak kau cipta alat pemisah kuasa tu. Kau sorang saja yang boleh buat. " rayu Hakim bagaikan sudah terdesak.

"Aku tak nak buat alat tu untuk kau. Walaupun aku tahu sekalipun, jangan harap aku cipta dia. Kau dah lupa ke, kau penyebab King Qaill dengan Queen Myara mati dan mereka terpaksa berpisah dengan anak kembar mereka. Itu pun isteri kau bawa lari. Tak sedar lagi ke hah, Hakim? " kata Gary. Amarah dia masih tersisa kerana penyebab kerajaan mereka mundur sekarang.

"Ah, aku tak nak tahu benda lain kau nak ke tak nak? "

"Aku takkan cipta alat tu!! " jerit Gary dengan lantang.

"Oh, ok nampaknya aku kena main kasar sikit. " dia menjeling seorang ahlinya. Lalu ahlinya membuat satu portal. Hakim menyeluk portal lalu muncul Yuka dipelukannya.

"Yuka!!! " jerit pasangan itu.

"Mama. Papa!! "

"Kau nak anak kau selamat, baik kau buat apa yang aku suruh. " kata Hakim lalu menghadiahkan pasangan itu dengan senyuman sinisnya.

Gary berfikir. Adakah sanggup dia menurut apa yang Hakim mahu demi menyelamatkan nyawa anaknya atau ingkar dengan arahan itu dan anaknya terbunuh?

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now