Part 37 -The Revenge

485 32 4
                                    

Markas kumpulan Evil Dark...

Mikail banyak luka dan darah dibadannya. Tapi dia telah menewaskan pengawal dan ahli kumpulan itu dengan mudah. Tiada istilah putus asa dalam kamus hidupnya.

Mikail melangkah ke arah pintu besar yang terbuka luas. Mikail tahu lambat laun dia akan diserang dengan Yuka dan Hakim. Tapi dia tidak kisah sekiranya dia mati di medan perang yang dicipta oleh Hakim.

Bunyi tepukan singgah dicorong telinganya. Mikail mencari di mana sumber bunyi tepukan itu.

"Hebat kau tewaskan ahli dan pengawal aku dengan mudah ya, Mikail? "

Dan di atas pentas besar itulah muncul Hakim yang memberikan tepukan pada Mikail. Turut muncul juga Yuka. Wajahnya hanya dihiasi dengan senyuman melebarnya.

"Bukan senang nak kalahkan dalam 50 orang sekaligus. Kau nampak dah hebat ya, Mike? No wonder lah sebab ayah kau pandai dalam perlawanan beramai-ramai macam ni. Tapi sayang dia dah tak ada di sini. Kenapa ya?? " kata-kata terakhir dari Hakim seolah-olah mencabar diri Mikail.

"Hoi, kau tak ingat ke? Kau lah punca kematian ayah aku. Aku memang akui yang ayah aku pandai dalam perlawanan beramai-ramai ni. Dia pun sempat ajar aku teknik perlawanan ni. Tapi kau tergamak bunuh dia hanya sebab ayah aku memburu kau. Dalam diam kau ni... "

Mikail berhenti bercakap bila teringat bagaimana ayahnya nazak di depan matanya. Betapa luluhnya perasaannya bila lihat ayahnya mati di depan matanya. Sangat sakit hatinya!!

"Apa dia Mike? Sambung lah ayat kau tu. "

Mikail senyum sinis lalu menyambung...

"Kau nak tahu sangat ke? AKU NAK CAKAP YANG KAU NI PENGECUT!! " akhirnya keluar juga perasaan bencinya.

Hakim menghela nafasnya. Matanya memandang ke arah Mikail semula.

"Semua orang yang aku bunuh ada sebab tertentu. Ayah kau buru aku untuk bunuh aku apa lagi? King Qaill dengan Queen Myara tu aku bunuh sebab diorang dah salurkan kuasa diorang pada Qisya dan Qaira. Jadi dah menyusahkan aku untuk dapatkan kuasa tu semula. Satu lagi ibu ayah Yuka dan Yuu aku bunuh sebab degil dengan aku. Nampak semua yang aku pernah bunuh ada sebab dia. JADI JANGAN PANGGIL AKU PENGECUT. " kata Hakim tanpa rasa bersalah.

Yuka disisi Hakim hanya menunduk sayu bila Hakim berkata sesuatu yang berkenaan ibu dan ayahnya. Peristiwa tidak akan hilang dalam memorinya.

"Tapi kau membuta tuli je bunuh orang yang selayaknya melindungi kuasa tu. kuasa King dan Queen tu tak patut jatuh ke tangan orang macam kau. Kau akan menyusahkan orang disekeliling kau. " tegas Mikail lagi. Perasaan tidak puas hati terhadap Hakim semakin bertambah.

Tapi kata-kata Hakim hanya disambut dengan gelak ketawa. Mikail dan Yuka memadang Hakim dengan pandangan yang aneh. Sesungguhnya mereka sama-sama tidak faham kenapa Hakim perlu ketawa sebegitu.

"Cara kau cakap macam kau tahu apa yang aku pernah lalui. Kau tahu ke apa yang aku lalui? Aku lalui sesuatu yang kamu semua tidak tahu.

Pelbagai persoalan yang muncul di dalam kepala Mikail. sejujurnya dia sememangnya tidak faham apa yang Hakim katakan.

"Maaf lah. Aku lupa korang mana pernah lalui apa yang aku dah lalui. Jadi aku akan tunjukkan pada korang apa yang aku dah lalui. "

Tiba-tiba suasana sekeliling markas itu berpusing seperti ada puting beliung di dalam markas tersebut. Mikail dan Yuka berpinar mata di dalam pusaran tersebut. Cara terbaik untuk hilngkan mata mereka yang berpinar, mereka hanya menutup mata dan berharap mereka baik sahaja.

*******************************************

Hey, masih bacakah story ni?

Sebenarnya author nak cakap terima kasih sangat sebab still support story ni. Kalau ada antara korang yang baca dari awal sampai part ni sampai 2k readers baca story ni, for sure sangat berterima kasih. Lagi-lagi ada yang vote dan commet. Commet pun sebab ada setengah part story ni pelik kalau korang baca. Betulkan...... Jujur je la.

Punya lah nak menaipnya sampaikan jari rasa sakit. Nak buat part story pun kena ada semangat, baru boleh jalan. Lagipun author pun rajin cek kalau ada typo. Kalau je cepat-cepat author pergi edit.

Idea datang je cepat-cepat juga author gi tulis new part story ni. Kadang-kadang ada juga author paksa otak author perah idea. Tapi tak apa janji kalau story ni masih korang anggap best, author akan taip sampai habis satu story ni.



Daripada

Si Author

*moga story habis dengan cepat sebab author sendiri pun tak jangka bila story ni nak habis



Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now