Part 35 -I Don't Want You

498 30 4
                                    

Mikail sedang terhendap di markas kumpulan Evil Dark itu. Dia berada di sebalik timbunan kotak itu. Kepalanya tersembul di sebalik kotak .

"Aku tak tahu apa yang diorang dah rancang. Aku akan siasat sampai lubang cacing . " kata Mikail.

Mikail bergerak ke arah salah satu pengawal yang mengawal di pintu hadapan markas kumpulan Evil Dark . Dia mengambil salah satu bebola sihir yang ada di dalam poket jaketnya. Bebola sihir itu adalah sihir tidur. Mikail membaling bebola itu ke arah pengawal itu. dalam 5 saat, muncul asap hijau di kawasan itu. Mikail sudah bersiap sedia menutup mulut dan hidungnya dengan topeng asap.

Dalam beberapa minit, asap hijau itu sudah hilang. Mikail membuka topeng asap lalu melangkah perlahan untuk masuk ke dalam markas tersebut. Melangkah dengan berhati-hati kerana tubuh badan pengawal yang sudah kena sihir tidur.

Mikail menarik nafas lega sebaik sahaja masuk ke dalam markas kumpulan itu.

"Ok langkah pertama dah selesai. Now langkah kedua. " kata Mikail

Mikail memulakan langkah kedua. Untuk tumbangkan kumpulan Evil Dark itu.

-----------------------------------------------------------

Darleena termenung di dalam sel di markas kumpulan Evil Dark. Dia seperti tidak kesahkan keadaan di luar sel itu.

Yuka melangkah ke sel Darleena. Dia menayangkan muka dinginnya.

"Apa kau tengah fikir sekarang ni, Leena? " tanya Yuka.

"Kau tak layak panggil nama panggilan aku. Lepas kau serang kitaorang dekat rumah aku, aku dah tak anggap kau sebagai kawan aku. Never ever ever jadi kawan aku. " kata Darleena. Nama panggilan yang kawan-kawannya panggil dia adalah Leena.

"Ada aku peduli ke? Aku nak cakap yang kawasan kita tengah diserang. Aku syak mesti ada salah seorang dari korang yang ikut sampai ke sini. " kata Yuka dengan perasaan geram.

"So, apa masalah dengan kau? Biarlah diorang datang nak selamatkan aku. Dari aku duduk dalam sel ni, baik kau lepaskan aku je. Bukan aku ada guna pun kan? " bidas Darleena.

Yuka mencengkam leher Darleena. Darleena tercungap-cungap menarik nafas. Cengkaman di leher Darleena sangat kuat.

"Hey, aku tak kan lepaskan kau. Walaupun kau berguna ke tak. Aku nak gunakan kau sebagai senjata terakhir aku. Aku takkan sesekali lepaskan kau. Faham? " kata Yuka dengan kata-kata yang menakutkan Darleena.

Leher Darleena dilepaskan. Dengan cepat dia menarik nafas untuk meredakan pernafasannya.

"Sudahlah. Aku kena uruskan kawan kau tu. Kau. Jaga sel ni. Jangan bagi dia terlepas. " arah Yuka pada salah seorang pengawal di situ.

Darleena terpinga-pinga di dalam sel itu. Dia mengalirkan air mata lesu.

"Abang, korang semua... Tolong Leena... " rintih Darleena.

Tanpa disedari urat tangan Darleena bercahaya.

Power Of Twin Sister Where stories live. Discover now